Bab 43

4.4K 252 17
                                    

Aria memegang pipinya yang terasa panas. Tak sanggup dia mahu memandang Efzan walaupun Efzan sendiri yang memulakan langkahnya. Ya Allah, malunya!

Efzan menarik tangan Aria dan berlalu dari tempat itu. Dia juga akan terkejut dengan tindakannya sendiri. Bibirnya menguntum senyuman apabila memikirkan semula adegan berani matinya sebentar tadi.

 Gatal! Efzan berhenti dengan tiba-tiba. Aria yang tidak sempat berhenti terpeluk Efzan. Dia tersenyum sinis sebelum tangannya melingkari pinggang si isteri.

" I'm sorry. Atas apa yang pernah aku cakap dekat kau selama ini. Aku tak maksudkan pun sebenarnya. " Suara Efzan yang serak basah itu seakan-akan menggoda Aria. Dia yang hampir hanyut segera menyedarkan diri.

" Ke..kenapa? " Ujar Aria gagap. Rasa sedikit janggal apabila si suami memeluk pinggangnya. Awak jangan macam ni wak. Saya ni dah rasa macam nak terjun bangunan sebab malu sangat.

" Aku suka kau dah lama. Cuma aku tak tahu nak tunjuk sayang aku macam mana. Sorry again. " Ujar Efzan sambil menatap Aria yang menunduk. Hatinya terasa lebih ringan apabila memberitahu Aria tentang perasaannya .

Efzan menarik nafas. Jarinya menolak sedikit dagu Aria supaya mata mereka bertentangan. Tangannya melekap pada pipi Aria. Kasihnya hanya tumpah untuk gadis istimewa ini.

" Aku tahu aku selalu biadap dengan kau. Tapi aku tak boleh nak tahan diri aku untuk sayang kau. " Pipi Aria semakin memanas. Mereka kini masih berada di tepi sungai . Masa-masa inilah Efzan mahu meluahkan perasaannya. Langsung tak romantik!

" Aku....aku.. ." Efzan meletakkan jarinya di bibir Aria. Dia tidak mahu memdengar jawapan itu sekarang. Dia masih tidak bersedia jika gadis itu menolaknya. Biarlah dia bertepuk tangan sekali pun asalkan gadis itu bersamanya.

" Aku dah start sayang kau. So please, jangan suruh aku tinggalkan kau. " Ya Allah aku cair!

Aduh, ingat Aria. Kau pepejal. Mana boleh cair.

Efzan menarik Aria ke arah motornya. Sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke rumah. Magrib sudah hampir tiba. Aria memakai helmetnya sendiri. Efzan menarik tangan Aria lalu diletakkan di pinggang. Dia mahu Aria memeluknya.

" Jangan lepas. Aku tak suka. "

.................

Aria keluar dari bilik air setelah siap memakai baju tidur yang agak seksi. Tak ada la seksi mana pun cuma berlengan pendek serta seluar tidur paras paha. Sepanjang dia berkahwin dengan Efzan, tak pernah sekali dia memakai baju tidurnya yang satu ini. 

" Kenapa tengok? Salah ke aku pakai macam ni? " Soal Aria apabila melihat Efzan yang hanya kaku dihadapanya. Putus nafasnya apabila melihat si isteri yang memakai pakaian yang agak mencolok mata.

" Dengan aku takpa. Dengan yang lain, time tu juga aku buat anak dengan kau. " Efzan menglingkarikan tangannya di pinggang Aria. Sejak sesi meluahkan perasaannya, Efzan semakin berani untuk memegang Aria skin to skin.

" Hish, apa peluk-peluk ni. Lepaslah. " Aria cuba melepaskan pelukkan Efzan di pinggangnya. Dia masih tidak biasa dengan keadaan ini .

Dengan tidak semena-mena dahi Aria yang bersih tanpa jerawat ditunjalnya. Tahu tak sakit? Aria yang tidak berpuas hati terus membaling bantal busuknya ke arah muka Efzan. Efzan yang tidak sempat mengelak terus tergelopok.

Akibat terlalu bengang, Efzan mengangkat Aria lalu meletakkannya di bahu Efzan. Gadis itu meronta-ronta. Malu Aria jadinya apabila Efzan mendukungnya dengan cara itu. Aria memukul mukul belakang badan Efzan.

" Fal, turunkan aku lah! " Efzan bertindak menghempaskan badan Aria di atas katil. Dia duduk di kaki Aria sebelum mengeletek badan gadis itu. Aria yang tidak tahan rasa gelinya terus ketawa. Efzan berasa bahagia apabila melihat gadis itu tertawa.

...............

" Naufal, bangunlah Fal. Subuh dah nak habis ni. Sekolah pun nanti lewatlah kalau kau tak bangun sekarang. " Aria menolak-nolak kepala Efzan. Efzan ni, memang susah nak bangun bila dah dapat bantal peluk yang bernyawa. Tidur bukan main lena lagi!

" Sabarlah. Aku mengantuk lagi ni. " Aria mencebik. Penat apanya kalau malam tadi lepas main geletek-geletek Efzan terus tidur.

" Fal...bangun la. " Merelet saja suara Aria. Efzan mengosok rambutnya dengan kasar.

" Nak morning kiss. " Ujar Efzan sambil memeluk Aria yang sudah siap berpakaian sekolah. Nak tolak tak sampai hati pula.

" No! " Ujar Aria keras.

" Minta morning kiss dengan isteri pun tak boleh. Baik tak payah kahwin. " Efzan merungut. Aria memutarkan matanya. Makin lama, makin mengada-ngada!

..............

Hari ini Pak Mat akan menghantarkan mereka ke sekolah. Memandangkan hari ini hujan, jadi Efzan tidak boleh menaiki motornya ke sekolah seperti biasa. Si kembar dan juga Zafran juga menumpang mereka untuk pergi ke sekolah.

Sampai saja di sekolah, Wafeq terus menuju ke arah Aria. Tangannya dilekapkan di wajah Aria. Efzan yang melihatnya agak panas hati. Isterinya disentuh oleh lelaki bukan muhrim! Aria segera mengalihkan tangan Wafeq daripadanya. Pipi ini asetnya. Dia tidak suka orang sesuka hati memegang pipinya tanpa keizinannya sendiri.

" Aria? Awak okey ke? Dah sihat? Dah makan? Sorry sebab saya tak sempat nak melawat. Awak kena demam kan? Ala ruginya. "  Ewah dia ni. Boleh pula kata rugi. Aku yang sakit tahu tak.

Tanpa menunggu balasan dari Aria, Efzan cepat-cepat menariknya ke arah sistem yang berada di dewan. Dia tidak suka melihat isterinya dekat dengan Wafeq. Sangatlah tak suka.

" Aku. Tak. Suka. Kau. Dekat. Dengan. Dia. " Ujar Efzan sepatah sepatah.

" Aria Effa dan Wafeq Aqasha sila ke pejabat. " Aria dan Efzan berpandangan. Kenapa bukan Efzan? Ariakan penolong dia? Kenapa mesti Wafeq?

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now