Bab 14

5.2K 278 9
                                    

" Aria! Keluar sekarang kalau tak aku masuk khemah kau ni. " Aku keluar dengan muka masam. Pukul 5 pagi pun nak terpekik sana sini. Orang nak tidur pun tak senang la.

" Kau nak apa ha? Aku nak tidur pun tak senang. Macam kena lari 10 kali tau? " Aku memprotes.

" Pergi siap. Nak solat jemaah. " Arah Efzan tegas.

Lah, dia ni kenapa? Aku yang nak solat ke dia yang nak solat?

" Hish, ye la. Kau pergi la sana. Tunggu sini buat apa lagi. "

" No, dengar cakap aku Aria. Jangan sampai aku buat benda yang kau tak suka. " Efzan mengugut.

Eh engkau, dah macam nak jadi papa aku kenapa? 

" Kau jangan nak otak kuning sangat eh. Tunggulah kejap. " Selepas beberapa minit yang lama, aku keluar dengan baju yang bersesuaian.

" Dah jom pergi solat. " Ajak Efzan.

" Tak nak. " Ujar aku perlahan. Ya Allah, malunya!

" Aria, kau nak benda kelmarin jadi balik ke? " Aku mengeluh. Macam mana la aku nak bagi tahu dia ni? Muka aku dah mula panas.

" Boleh tak jangan paksa? Aku dah kata tak nak tu tak nak la. "

" Aria, kau pergi sendiri atau aku yang heret. Choose. " Efzan menunjuk ke arah surau yang berhampiran.

Suka hati mamat ni je nak heret aku. Hak alah dia ni, abang-abang aku pun tak macam ni. Aku rasa diaorang pun belum bangun lagi.

" Aku uzur lah uzur! " Aku menahan geram. Dengan orang macam Efzan ni tak boleh berkias. Kena cakap straight to the point. Kalau tak, sampai ke sudah dia tak faham.

Agak la aku nak tinggal solat saja-saja? Kalau mama dengan papa tahu, mati aku.

" Lain kali cakap terus. Jangan dalih. " Aku pula kena marah. Yang dia tiba-tiba beria datang khemah aku suruh solat kenapa? 

Mesti kain sendiri tak cukup sebab tu jaga tepi kain orang.

" Kau tak sucikan? Duduk dalam khemah diam-diam. " Amboi mulut!

 " Aku sucilah! " Aku tahan marah. Tadi malu, sekarang marah. Jangan sampai kejap lagi ada orang tak bernyawa.




...........






Akhirnya, aku dah balik ke rumah beberapa hari lepas. Hari ni hari ahad. Ha cantik, aku nak rest puas-puas dan tengok TV drama Korea. Tidak lain tidak bukan, Weightlifting Fairy Kim Bok Ju. Comel je Nam Joo-Hyuk. Haih, terasa single la pula. 

Tiba-tiba kdrama aku ditukar dengan channel Animax. Aku menjeling tajam Aryan dan Iryan. Ni dua orang lagi. Buta ke apa tak nampak aku tengah syok layan kdrama?

Aku suka anime, tapi buat masa sekarang aku nak kdrama aku.

" Iyan kenapa tukar! Ria nak tengok k-drama la. " Aku nak tengok Nam Joo-Hyuk aku oi.

" No, Ria pergi siap cepat. Tv ni Iyan punya. " Udah kena siap pula. 

 " Ala beruk mana nak datang rumah time-time ni. " Aku mengeluh. Aku baru nak rehat oi. Mana best rehat berapa hari je.

" Diaorang la, siapa lagi. Diaorang dah nak sampai dah tu. Kenapa? Boyfriend Ria nak datang ke? Eh jap, Ria single lupa pula. " Syok betul dia perli aku depan-depan. 

Dia pun single, ada hati nak cakap orang. 

Dengan tak rela, aku pergi la bersiap sekejap. Tukar baju dengan seluar je sebenarnya. Agak la nak berboxer depan diaorang. 

Walaupun aku free hair, tapi ada batas oi. 

Rika dah start mesej aku tanya aku dekat mana. Aku malas nak turun sebenarnya tapi mengenangkan Rika dan Alys, aku gagahkan juga la turun. 

Pergi dapur dulu la, aku dahaga,

" Minum tu duduk. " Aku yang tengah minum, tersembur sikit dekat orang yang tegur aku. 

" Baju aku! " Sergah Efzan kuat.

Aik, kau yang terkejutkan aku then aku yang kena?

" Kau buat apa ha kat dapur? Tiba-tiba sergah aku. Padan muka. " Aku menjelirkan lidah. Itu la, kacau aku lagi.

Aku yang baru nak bergaduh mulut dengan Efzan terhenti bila nampak mama dah bercekak pinggang.

Ah, mati la aku!

" ARIA EFFA! "

" EFZAN NAUFAL! " 

" Alamak! "

Aria tak salah, mama!

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now