Special Parts :AE vs EN&NE❤

1.8K 93 34
                                    

Aria bermain dengan anak keduanya , Noah Elwin. Kadang kala bermain chak chak . Dan ada pula bermain sorok sorok. Si bayi yang baru saja mula berjalan tersengih suka apabila disakat oleh mamanya.

" Sayang.... " Efzan datang ke arah mereka berdua lalu mencium pipi Aria. Dia mengambil Noah yang masih lagi tersengih. Elvin pula entah ke mana. Masih tidur agaknya. Mungkin pukul 9:30 pagi baru bangun.

" Abang nak apa ? " ujarnya sambil menyalami tangan Efzan. Bangun bangun suami hilang. Nasiblah anak ada. Kalau tak , murung setahun.

" Tadi abang pergi hotel . Abang kasi cuti dekat semua staff sebab harini umi dengan mama nak buat Hari Keluarga dekat hotel kita. " balas Efzan. Dia masih lagi bermain dengan anaknya itu.

Aria mengiyakan saja. Sudah lama mamanya dan ibu mertuanya mahu mengadakan Hari Keluarga di hotel mereka. Namun , kerana ketiadaan masa , mereka terpaksa menunda kepada tarikh tarikh yang lain.

" Mama ! " Aria dan Efzan menoleh ke arah punca suara itu. Di tangga , kelihatan Elvin yang menggosok matanya. Bibir dijuih juihkan. Dia mahukan mamanya.

Aria mendepa tangannya. Melihat keadaan mamanya sebegitu , Elvin terus berlari untuk memeluk mamanya. Namun , siapa sangka sifat menyakat Efzan masih ada lagi. Dia terus memeluk isterinya apabila Elvin hampir tiba.

" Mama ! Tengok papa huwaaa. Evin non ama papà [ Evin tak sayang papa ] . " Air matanya berguguran. Dia menangis dengan kuat kerana tidak suka disakat oleh papanya itu.

" Dahek ? " tanda soal menari nari di kepala Efzan. Dia menyendeng dekat dengan Aria supaya dapat tahu tentang apa yang diperkatakan oleh anaknya itu. Aria menggeleng sambil tersenyum.

" Sini dekat mama , sayang. Alahai , sayangnya mama dekat intan payung mama sorang ni. Papa usik ya ? Tengok ni. Mama dah cubit papa dah. " Aria mencubit Efzan dengan kuat.

Buat anak lagi.

" Aduh ! Sakitlah sayang. Janganlah. Noah , tengok mama. Mama buat papa. " Efzan membuat muka sedih. Dia cuba mendapatkan simpati pada si bayi yang tidak tahu apa apa.

Noah mendekati Efzan sambil tersenyum manis tanpa giginya. Masih belum tumbuh gigi tetapi senyumannya dapat menawan hati. Dia menepuk nepuk muka Efzan dengan kuat seperti memukul drum. Aria dan Elvin tertawa melihat Noah yang sedang suka memukul Efzan.

" Noah ! " Efzan terjerit kecil. Noah tiba tiba berhenti. Wajahnya bertukar sedih. Air matanya jatuh apabila tiba tiba saja papanya itu meninggikan suara.

" Ma...ma....ma...." Noah menangis lalu pergi ke arah Aria. Efzan yang serba salah pergi ke dapur. Mahu mencari sesuatu untuk memikat semula hati anak anaknya.

" Arie..... Noah.... papa ada jelly. " Efzan menunjukkan jelly yang berbentuk beruang. Tetapi tidak di layan oleh mereka berdua.

" Maaf , abang. Ewin pun dah jadi geng sayang. Werk ! "

........

Hari Keluarga disambut dengan meriah. Ramai sanak saudara yang hadir ke majlis itu. Aria gembira apabila melihat anak anak saudaranya bermain dengan satu sama lain. Noah pula sudah tidur dalam dakapannya.

" Terasa tua pula bila tengok budak budak ni main. Dulu dulu kita yang main macam diaorang. " Syamel duduk di sebelah Aria. Tangannya diletakkan di atas kepala.

" Kau je tua. Aku muda lagi. "

" Tak sedar diri punya mak orang. Lagipun Ria , kita sebaya. Bezanya aku lahir dulu dari kau. " Syamel tidak mengalah. Dia tidak mahu kalah dengan Aria walaupun fizikalnya dia ternyata sudah kalah kerana Aria masih nampak muda berbanding dengannya.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now