" Ria, mama tak ajar Ria tau bergaduh dengan orang. Ni kenapa sampai ke depan mama dengar suara Ria dengan Efzan ni? " Mama bercekak pinggang.
Ampun, ma. Bukan salah Aria tapi dia ni ha. Mulut langsung tak reti nak jaga. Kecil-kecil makan apa la sampai mulut busuk bila dah besar.
Zafran pula dah jeling Efzan. Ha padan muka. Itu la, kacau orang lagi. Tak reti-reti nak duduk diam-diam dekat depan.
" Fal tau tak ni rumah orang? Kenapa susah sangat nak jaga adab? Fal ingat ni rumah siapa? Kalau umi dapat tahu memang kau mati. " Muka Zafran yang putih melepak itu berubah merah.
Nasib bukan hijau bang, jadi Hulk kau nanti.
" Sorry la. " Efzan menunduk.
Ah kau, patutnya minta maaf dekat aku. Bukan Zafran.
" Bukan dekat aku, Fal tapi Aria. Aunty, maafkan adik saya. Saya malu sangat dengan family aunty. " Zafran memohon maaf berkali-kali. Kesal dengan perangai adiknya yang seorang itu.
" Eh tak payah la Zafran. Aunty tak salahkan kamu dengan Efzan ni. Aunty marah Aria je sebab perangai budak-budak dia muncul. " Aku mencebik. Bukan salah aku pun. Kalau Efzan tak cari pasal, tak adanya aku nak buang tenaga layan dia.
" Eh tak apa, aunty. Biar saya yang handle diaorang ni. Maaf sangat-sangat. " Aku dan Efzan meneguk kelat air liur. Kalau Zafran yang handle, memang habislah. Ada sebab kenapa Zafran ketua pengawas... dan ini la sebabnya...
" Ye la. Aunty serah dekat kamu ya? Aunty naik dulu. " Selepas bayangan mama hilang, mata helang Zafran terus tertumpu dekat aku dan Efzan.
Mana nak lari ni oi?!
" Tunggu apa lagi? Minta maaf cepat! " Aku dan Efzan menjeling satu sama lain. Aku nak minta maaf dulu?
Memang tak la. Bukan aku yang start benda ni dulu.
" Baik korang minta maaf sekarang sebelum aku kahwinkan korang. Jangan sampai aku bawa tok kadi nanti. " Ugut Zafran.
Oi oi apa ni?
" TAK NAK! "
" Kalau tak nak, tak apa. Aku bagi masa 3 minit dari sekarang. Aku nak korang minta maaf seikhlas hati dan janji tak buat lagi. Jangan cabar aku, kalau aku kata aku buat, memang aku buat. " Eh eh apa ni.
Suka-suki nak kahwinkan orang.
Tak nak oi!
Kecut perut aku dan Efzan dengar. Aku menghembus nafas dengan kuat. Dengan Efzan yang keras kepala, aku tak rasa dia nak minta maaf dulu. Nak tak nak, aku la ni yang kena mula.
" Sorry... "
" Aku pun. Dah kan? Aku nak mandi. Toilet mana? "
Ini yang dia kata ikhlas? Wah wah, rasa macam nak tendang orang sampai lunyai. Zafran pun diam je.
Aku yang tak bersalah tau sekarang ni. Kenapa aku rasa aku yang buat salah dulu?
" Efzan kau pergi naik bilik sebelah Aria. Mandi dekat sini. Alang-alang ni korang nak tidur rumah aku kan? So perempuan tidur dalam bilik Ria, Zafran dengan Shafiq tidur bilik aku. Efzan tidur bilik Aryan okey? " Aku menjeling Efzan yang sedang naik ke bilik atas.
Aku harap kau jatuh tergolek dari tangga!
Lepas solat isyak, kami berkumpul di ruang tamu dan memulakan perbincangan kami. Nasiblah papa dan along tengah outstation sekarang, kalau tak kesian pula bising sana sini.
" Now macam mana? " Aku mula bersuara.
" Kes yang kali ni serius susah nak handle. Lagi-lagi bila Syamel tu join sekali. "
" Habis tu macam mana? "
" Memang kena handle jugak ke? "
" Memang kena handle. But kita jela tapi si Syamel tu join susah sikit kut. "
" Then? "
" Aku rasa kan macam nak give up la. "
" Ala senang je. Hari Guru je kan? Tak susah mana. Suruh jela si Syamel tu sediakan bahan-bahan dengan budak Falio. Mesti senang. " Yang lain hanya mengangguk setuju.
Pengetua bagi kuasa pada kami untuk mengendalikan sambut Hari Guru yang bakal tiba tidak lama lagi. Gila tak susah. Dah la kelam kabut dengan kem then ni pula.
Dari pukul 8:45 sampai tengah malam kami masih tidak habis bincang lagi. Bukan apa, setiap kali aku bagi cadangan, Efzan protes. Kalau Efzan bagi idea aku pula yang protes. Macam-macam betul dia ni haih!
Bukan salah aku kalau idea dia tak best.
YOU ARE READING
Musuh Jadi Partner In Crime? [ ✔ ]
RomanceSetiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol seperti BTS dan Wanna One yang diminatinya. Namun , setiap perjalanan untuk mencapai impiannya yang satu itu ditimpa dengan berbagai dugaan. ...