Aria berdiri di hadapan cermin. Nak mirror selfie dengan Efzan tapi dia ni lambat sangat la pula. Takpalah disebabkan sayang, Aria tunggulah dengan hati yang rela. Tapi kalau lambat sangat baik dia selfie sorang-sorang.
" Sorry lambat. Dah jom gerak. "
" Eh eh sabar dulu. Kita selfie. " Aria menarik tangan Efzan ke arah cermin. Selepas menangkap beberapa keping gambar, Aria memilih gambar dimana Efzan membuat peace untuk dipostkan di instagram. Baru comel. Tapi don't worry, muka dah cover pakai mask.
AriEff
AriEff
Bye Malaysia! Hi Korea! Gosh, asal dia ni tinggi sangat?!Zaquan.com
What the chicken?! Apa ni Aria mana boleh berpunya!Minahtersepit
SIAPA TU?!Afrinanasirr
Take care sis!Shuhadasahar
#followmyigAkimandthesevendwarf
WHO'S THAT GUY?! IM YOUR BOYFRIEND ARIAAAA!Dia tergelak. Sebelum ini, dia tidak pernah post gambar lelaki selain familynya sendiri. Habis kecoh dekat ruangan komen jadinya.
" Suka tengok orang cemburu ke? " Efzan bersuara tiba-tiba. Aria memandang ke arah Efzan yang mukanya sudah berubah riak. Aik, marah ke?
" Siapa cemburu? Kau eh? Alolo comelnya blushing! " Aria mencubit pipi Efzan. Dia terpaksa menjengkit sedikit kerana Efzan terlalu tinggi. Bayangkanlah Aria yang tingginya 150cm dan Efzan 185cm. Sampai ke?
..............
" Fal, jom keluar? Bosan lah duduk dekat hotel je. " Aria merengek. Sudah 3 jam mereka tiba di Korea. Habis kejang badannya kerana tidak dapat bergerak seperti selalu.
" Nak pergi makan tak? " Efzan menyoal sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabai.
" Dekat mana? "
" Cafe halal. Tadi aku ada nampak satu. "
" Jom! " Aria cepat-cepat bersiap. Perutnya sudah berkeroncong sejak tadi. Ingatkan nak makan waktu malam tapi bila suami dah tanya, dia iyakan sajalah.
Kut-kutlah jadi trainee dekat sini mana tahu. Boleh masuk Blackpink ke Twice ke tak pun masuk je Wanna One atau BTS. Berangan tak sudah!
Mereka masuk ke dalam sebuah cafe. Cafe haiwan. Lawa. Ada kucing saja. Aria duduk di satu meja sementara mahu menunggu order. Lebih baik usha insta sekejap memandangkan ramai yang tengah beratur dekat sini.
Aria mengscroll post post dari rakan-rakannya. Memandangkan sekarang musim cuti, post-post tersebut hanya dipenuhi dengan gambar-gambar bercuti. Aria tersenyum sendirian sebelum matanya teracap pada gambar yang dikenali .
Efzfal
Efzfal
Mine.Ayan.me
Amboi! Kemain lagi.Iyanhandsome
Ole-ole jangan lupa!TheAlys
Ingat sweet ke?Mirathegojes
What?! Apa ni sayang?! You curang dengan I?!Hazriqdanne
Okey aku tahu dia siapa. Tak lain tak bukan mesti @kingcoco1 tak pun @nursajat kan?!Aria membaca setiap satu komen. Ada yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang meroyan. Ada ke patut dia disamakan dengan King Coco dan Sajat? Ini langsung tidak adil! Mira.. oh ya Mira! Gadis yang menjadi musuhnya di sekolah. Entah apa yang tak puas hati pun tak tahu.
" Suka nampak? " Perli Aria.
" Memang la suka sebab tengok wife sendiri. " Aria menepuk dahi. Dia pula yang terkena. Kalau lawan dengan Efzan, Aria memang tak pernah menang. Ada saja bahan Efzan nak kenakan dia.
" Kalau kantoi macam mana? Tak risau? " Soal Aria sambil menyuap kek ke dalam mulutnya. Manis!
" Well, aku tak kisah pasal orang lain. " Aria menjeling. Berlagak sungguh suaminya ini. Mengalahkan orang saja . Tunggulah nanti.
" Cabar aku ke? " Efzan mengangguk. Aria tersenyum sinis. Efzan salah orang. Aria memang pantang di cabar! Aria menunggu masa yang sesuai. Dia kembali menikmati makanan yang baru saja sampai.
Makan dulu, kerja nanti.
...........
" ARIA EFFA! "
" Yes my husband . May I help you? " Aria tersenyum mengejek. Tahu sangat dengan apa yang dimarahkan oleh Efzan.
" What exactly are you doing right now, sayang? " Kali ini ton suaranya agak lembut berbanding sebelum ini. Aria sudah naik seram. Jauhkan diri dari husband sendiri!
Eh kejap, dia panggil aku sayang ke tadi?
" Me? There's nothing wrong. I guess la. " Aria tersengih. Efzan menunjukkan gambar yang dia post beberapa minit lalu. Fuh dah banyak likes! Well I retis you alls.
YOU ARE READING
Musuh Jadi Partner In Crime? [ ✔ ]
RomanceSetiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol seperti BTS dan Wanna One yang diminatinya. Namun , setiap perjalanan untuk mencapai impiannya yang satu itu ditimpa dengan berbagai dugaan. ...