" Ari, kau okey tak? " Soal Xavia perlahan. Muka aku memang nampak macam tengah bermasalah ke?
Gabisa la.
" Okey je. Kenapa? "
" Aku tengok kau macam ada masalah je. Nak share ke? "
" Lek la. Aku okey. Kalau aku rasa ada aku share dekat kau eh? " Aku hadiahkan Xavia senyuman manis. Kalau tak manis tu, tambah gula sikit la. Kalau still tak manis, kau niat je. Nanti manis la tu.
Tiba-tiba ada tangan yang menyentuh bahu aku dari belakang. Memang hobi semua orang nak bagi aku terkejut ke?
Jangan meninggal awal oi, aku nak kahwin.
" Ayan dengan Iyan kenapa? "
" Bukan kitaorang kenapa. Tapi Ria tu kenapa? " Aku tak menjawab.
Betul la orang kata. Muka cantik mesti banyak masalah. Tak apa Aria, yang penting kau gojes-gojes girl.
" Ria, kenapa diam je? " Allahuakbar, lupa nak jawab.
Kalau aku cerita, confirm diaorang risau. Tak apalah, pendam je la dulu. Nanti dekat rumah kalau ingat, baru aku cerita. Kalau tak ingat, tak ada rezeki la tu.
Kalau ada, jadi tak ada kan.
" Tak ada apa-apa. Ria cuma fobia nak duduk dekat hutan. Korang pun tahu kan? " Iryan dan Aryan terdiam.
Sebenarnya, dulu waktu aku kecil, aku pernah hilang dalam hutan masa family day dulu-dulu. Sampai malam pun tak jumpa. Aku sendiri tak berapa ingat secara detail, tapi apa yang aku ingat, aku memang tak suka tempat luas yang gelap-gelita.
" Hari ini kita akan adakan night walk. Night walk kali ni dia lain sikit sebab korang kena tinggal dalam hutan semalaman. Kumpulan dah bagi kan? So abang akan hantar korang dekat pondok yang kami bina. " Ya Allah, aku baru kata aku takut.
Aryan yang perasan dengan perubah aku terus mendekati aku. Aryan pegang tangan aku dengan niat cuba menenangkan aku.
Uish, boleh eh baca niat orang, Aria?
" Don't worry Aria. Ayan dengan Iyan ada untuk jaga Ria. Kalau Ria takut, boleh je peluk. Jangan risau, tak haram desu. " Aku hanya mendiamkan diri.
Boleh pula loyar buruk. Redha je la Aria, nak tak nak kau kena juga try nak hadap fobia kau yang satu ni.
Ingat Aria, gojes-gojes girl kena kuat.
Abang Thomas bawa kitaorang pergi ke pondok kecil . Sebenarnya pondok-pondok yang mereka bina dekat je dengan satu sama lain. Perempuan di sebelah kanan manakala lelaki di sebelah kiri.
Tapi macam biasa, abang-abang aku dan kawan-kawan aku yang lain bukan dengar cakap. Semua berkumpul dengan budak perempuan yang lain. Cuma diaorang pun malas layan sebab dah tengok perangai diaorang sejak semalam lagi.
Aku tak tahu la kenapa diaorang ni ada jawatan. Membantah cakap orang nombor satu.
" Weh Aria, kenapa muka kau pucat ni? " Soal Rika.
" Aku..aku... "
" Dia takut gelap. " Rika sudah mengerut dahi. Pelik. Aku pun pelik. Macam mana mamat tepung ni tahu aku takut gelap?
Ke dia curi-curi dengar apa yang aku sembang dengan abang-abang aku tadi?
" Serius la kau takut gelap? " Aku mengangguk. Rika bawa aku ke tempat Alys duduk.
Okey la, at least ramai juga orang.
Abang Thomas biar betul suruh kitaorang bermalam dekat sini? Jangan la oi, aku dah kecut dah ni.
" Sekarang dah gelap. Yang lelaki cari kayu api. Yang perempuan duduk sini. Yang tinggal sini cuma Aryan dengan Shafiq je. Yang lain pergi cari sekarang. " Arah Zafran tegas.
Yang lain dah gerak mengikut arahan yang diberikan oleh Zafran. Aryan pula duduk berdekatan dengan aku sambil mengengam tangan aku dan dia. Rika sudah tertidur dekat bahu Alys dan begitu juga Alys.
Aku nak tidur? Lambat lagi la. Dengan keadaan yang tak berapa selesa ni.
Entah macam mana, lilin yang elok saja menyala tiba-tiba terpadam. Aku dan yang lain menjerit.
Boleh la ni nyanyi high note lepas ni.
" Mama! " Alys juga.
" Woi, siapa main tiup lilin ni! " Shafiq menyalakan semula lilin tersebut dengan menggunakan lighter yang diberi oleh Abang Thomas tadi. Aryan mula melilau. Cuba mencari adiknya itu.
" Weh, Aria mana?!"
" Ha Aria? "
" Ari hilang? "
" Mana Aria! Dia fobia gelap. Aku risau. Ya Allah Aria! "
" Sabar Aryan, kita sama-sama cari Aria. " Alys cuba menenangkan Aryan.
" Dah jom cari cepat. " Sementara mencari Aria, mereka tidak menemui tanda-tanda keberadaan Aria. Aryan semakin resah. Dia buntu. Mana Aria?!
.............
Efzan mencari kayu jauh sedikit dengan yang lain. Tiba-tiba dia terdengar esakan seseorang. Bulu romanya tegak. Efzan memberanikan diri untuk melihat gerangan itu. Dia menyuluh ke arah seseorang itu.
" Aria?! " Aria yang sedang menangis itu segera berpaling. Dia terus memeluk Efzan kerana terlalu takut. Efzan tersentak. Dia hanya membiarkan Aria memeluknya.
" Dah jom aku bawa kau dekat Iryan. " Efzan mendukung Aria kerana kakinya terlalu lemah untuk berjalan. Dia terus membawa Aria kepada mereka.
" Aria?! " Iryan terus berpaling. Dia terkejut melihat Aria yang sedang didukung oleh Efzan. Dia segera mendekati mereka dengan perasaan cemas.
" Ria?! Mana kau jumpa Ria? Kenapa dengan dia? Macam mana dia ada dekat sini?! "
" Aku jumpa dia dekat semak tadi. Aku tak tahu macam mana dia dekat sini. " Balas Efzan.
" Ria? Ria ni Iyan. " Aria segera menoleh. Efzan menurunkan Aria. Dia terus memeluk Iryan. Aria menangis semahu mahunya di bahu Iryan.
" Abang ... Ria....takut... "
" Shuh . Abang ada kan dekat sini. Ria jangan takut eh. "Pencarian kayu api dihentikan. Nasib dah jumpa banyak. Mereka terus pulang ke pondok yang disediakan. Iryan mendukung Aria. Dia risau melihat wajah Aria yang semakin pucat.
YOU ARE READING
Musuh Jadi Partner In Crime? [ ✔ ]
Roman d'amourSetiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol seperti BTS dan Wanna One yang diminatinya. Namun , setiap perjalanan untuk mencapai impiannya yang satu itu ditimpa dengan berbagai dugaan. ...