Kepala Aria yang sedikit terangkat memandang Efzan dengan sinis. Senyumannya seram terlakar pada wajahnya. Efzan meneguk air liur. Perkara yang tidak di ingin kini berlaku. Sungguh dia tidak sangka 'benda ' itu akan mengikut Aria sampai ke sini.
" Efzan... kenapa tengok saya macam tu? " Aria bertanya sambil tangannya bermain di dada Efzan.
" Aria stop. Aku tahu kau bukan macam ni. Please Aria . " Efzan sedikit merayu.
Aria tiba-tiba saja ketawa. Dia terus memanjat ke arah almari yang tinggi. Kakinya disilangkan.
" Hahaha. Efzan, bukan kau ke yakin kau dapat bakar aku? Hm? " Efzan mengempal tanganya. Dia tahu bukan Aria yang bercakap kerana suara yang dilontarkan tersangatlah garau.
" Aria! " Jerit Aryan dan Iryan dengan gembira sebelum terkejut melihat perkara yang terjadi sekarang. Aryan dan Efzan mula mendekati Efzan yang sedang bermain mata dengan Aria.
" Efzan, apa dah jadi ni? "
" Benda yang dekat kem tu ikut Aria balik. " Aryan dan Iryan sedikit menggigil apabila Efzan menyebut perkataan 'benda'. Siapa saja kan yang tak seram?
" Hm, takut? Hehehe jangan takut. Saya tak makan orang hehehe. "
" Saya? Adik aku tak sesopan ni. Eh, kau kenapa kacau adik aku? " Soal Iryan tidak puas hati.
" Saya? Kacau? Mana ada hehehe. Saya cuma nak bersama dengan isteri saya. " Mata tiga jejaka itu terbuntang. Mana mungkin benda itu boleh mengahwini seorang gadis. Wali pun takda.
" Wo cop cop cop. Bila masa adik aku kahwin dengan kau? Saksi takda akad tak sebut. Dia masih lagi adik aku dan bukan hak kau. " Tegas Aryan bertutur.
" Saksi dengan wali takda eh? Okey sekejap. Aku terima nikahnya Aria Effa dengan mas kawinnya satu ciuman di dahi. Dah sah kan? Gembiranya hati saya. " Aria menyeregai.
Bukan main lembut ye benda ni cakap.
" Siapa kata dah sah? Sorry eh kau guna badan Aria untuk akad tu. Plus yang kena sebut akad tu lelaki. By the way, dalam masa seminggu ni aku dengan dia nak kahwin. " Semua mata kini tertumpu pada Efzan. Terkejut juga la sebab Efzan tiba-tiba saja berkata sebegitu.
" Tak! Tak ! Kau tipu ! Argh! Dia aku punya! " Jerit Aria sebelum jatuh dari almari dan sempat di sambut oleh Iryan. Aria kini lemah di pangkuan Iryan. Lemah dan tidak terdaya. Muka Aria begitu pucat sekali macam mayat.
Okey hiperbola disitu.
" Efzan, Kau serius ke? Agaklah, korang baru 16 kut. "
" Aryan, Iryan. Pernah ke aku main-main? " Aryan dan Iryan saling berpandangan. Masing masing tidak tahu apa yang harus dikatakan. Kelu lidah mereka jadinya.
" Kau okey ke? I mean ni soal hidup kau dan Aria. Kenapa mesti berkahwin baru selesai? "
" Sebab sepupu jauh aku penah kena. And now dia tersekat dekat alam tu sebab family dia tak buat apa-apa. Aku tak nak sejarah berulang. " Efzan kesal. Dulu dia dan sepupunya, Bella tersangatlah rapat. Beza mereka cuma 2 tahun. Dan Bella tua darinya.
Namun sejak beberapa tahun lepas, Bella asyik sawan dan kerasukkan. Puas dirawat oleh ramai ustaz tetapi hasilnya tetap sama. Sampaikan suatu hari, keluarga mereka berputus asa dan menyebabkan kehilangan Bella secara misteri. Dan kini, Aria pula menjadi mangsa benda itu dan dia pasti tidak akan mengulangi sikap ibu dan ayah saudaranya.
" Ikut aku balik and jangan lupa call parents kau untuk bincang pasal ni. " Efzan hanya mengangguk lemah. Dia perlu mengambil serius akan hal ini. Mungkin Aria menganggap dia sebagai musuh tetapi dia?
........
" Kenapa ajak semua berkumpul ni Iyan? Ayan? " Mama bertanya kepada Aryan dan Iryan yang dari tadi tidak senang duduk. Kini, mereka semua berkumpul di ruang tamu milik ibubapa Aria. Di sana terdapat Adriana, Aryan dan Iryan, ibubapa mereka, Efzan, Zafran dan ibubapa Efzan. Aria ditinggalkan bersama Rika dan Alys dirumah Rika kerana disana mungkin lebih selamat berbanding disini.
" Ma, pa. Iyan nak semua dengar dulu penerangan Efzan then kita semua sama-sama bincang pasal Ria. "
" Kenapa dengan Ria? "
" Along please dengar dulu. " Aryan serius. Efzan menarik nafas sebelum memulakan ceritanya. Riak muka mereka tersangatlah terkejut. Keluarga Efzan juga mengeluh kerana mendengar cerita itu. Serta-merta ingatan mereka kembali pada Bella.
" So sekarang macam mana? "
" Saya rasa baik kita kahwinkan saja. Sebab perkara ni serius. Dan ini juga boleh merapatkan silaturrahim antara keluarga saya dan keluarga awak semua. " Dua buah keluarga itu mula berbincang untuk majlis perkhawinan mereka. Ianya diadakan diadakan secara kecil-kecilan bagi menjemput saudara mara serta kenalan rapat. Sedang asyik berbincang, bunyi deringan telefon mula kedengaran.
" Maaf maaf. " Iryan segera menjawap panggilan itu. Tiba-tiba telefonnya jatuh dari pegangan. Semua mata memandang ke arah Iryan dengan pelik.
" Aria jadi lagi. "
YOU ARE READING
Musuh Jadi Partner In Crime? [ ✔ ]
RomanceSetiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol seperti BTS dan Wanna One yang diminatinya. Namun , setiap perjalanan untuk mencapai impiannya yang satu itu ditimpa dengan berbagai dugaan. ...