Sedar tak sedar akhirnya Hari Sukan sekolah sudah tiba tanpa diredhai. Sedih jugalah sebab tak dapat wakil acara kerana sakit asmanya yang mengada ni. Disebabkan hal itu, Aria ditugaskan untuk menjaga gerai yang dibuka di setiap rumah sukan. Kedai jualan Nilam menjual pelbagai jenis makanan.
" Budak, cepatlah. Pak Mat dah tunggu gila. " ujar Efzan sambil menarik rambut Aria yang masih serabai itu. Dia mengaduh kesakitan.
" Eh, budak ni la isteri kau tahu.Sabar la kejap, aku tengah ikat rambut ni. " Aria membetulkan rambutnya. Hanya diikat kuda saja. Nampak kemas dengan penampilannya.
" Done! " Aria tersenyum riang apabila melihat penampilannya yang agak memuaskan. Lawa? Of course! Diri sendiri kut.
" Done done done. Pergi done done rambut kau yang macam puntianak dekat belakang almari tu. "
" Eh tu dandan la! Kejap, kau cakap apa?! " Aria meihat sekejap almari yang ada dibelakangnya. Seram pula. Dia segera berlari lalu masuk ke dalam kereta dan menguncinya sehingga Efzan tidak dapat masuk.
....................
Cikgu Sakinah dan beberapa ahli yang terpilih menghias khemah rumah sukan Nilam. Tema? Memandangkan tema sukan tahun ini berdasarkan kartun, jadi Shafiq memilih tema Frozen. Nasib Elsa lawa. Zamrud bertemakan Ninja Turtle. Baiduri pula Barry dalam Bee Movie. Delima? Power Rangers.
Tapi sayanglah sebab Aria tak terpilih untuk memakai baju Elsa yang kelip-kelap tu. Siap berjuntainya hm rugi. Rambut palsu putih kuning tu pun dia cuma dapat tengok dari jauh .
" Aria, tolong angkat ice tu letak dekat gerai. Nanti ada yang jaga bagi dekat dia. Then ambil crown mainan dekat atas meja cikgu sekali okey? "
" Crown tu nak buat apa cikgu? " Ujarnya bersemangat.
" Kamu kena pakai sebab tema kita Elsa. " Uish, teruja. Dia memang suka dengan crown-crown macam itu. Nampak comel!
Boleh la sekejap nak berangan jadi princess.
" Ala-ala DSV gitu kan cikgu? " Dia membuat gaya Qu Puteh. Cikgu Sakinah menjeling Aria sebelum mengiyakan saja anak muridnya yang seorang itu.
..............
Selepas mengangkat kotak ice sejuk dingin sampai gigil tangannya, Aria terus saja melangkah ke bilik guru. Tak sabar nak pakai crown ala-ala DSV gitu. Ada la juga niat nak buat parodi I AM Me tapi niatnya terbantut apabila Shafiq beria-ria mahu join sekali.
Sampai saja di meja Cikgu Sakinah, dia mencari crown seperti yang disuruh oleh Cikgu Sakinah. Nak juga la tengok besar bertingkat-tingkat ke crown. Tapi tetap juga jumpa. Haih, sedih la kalau macam ni. Tinggal nak jadi drama queen yang kuat nangis je. Boleh jadi pelakon kan?
" Cari apa? " Suara garau yang biasa dia dengar datang tanpa diundang.
" Cari crown. Cikgu suruh. " Aria menahan air matanya dari jatuh.
Efzan menyuruh Aria duduk di kerusi yang ada berdekatan dengan mereka. Air mata dengan hingus meleleh dia lap guna tisu yang Efzan bagi.
" Ini ke? " Efzan menunjuk satu plastik biru padanya. Senyuman lebar mula terukir. Ini sayang dekat Efzan ni!
" Yeay! Thanks Fal! " Bahagia bila dapat tengok crown yang dinanti-nantikannya. Tapi kalau Efzan pakai macam mana? Boleh imagine tak?
Efzan mengeluarkan satu crown yang bercorak bunga yang berwarna biru aqua. Uish favorat ni. Dia meletakkan crown tu atas kepala Aria .
" Jangan menangis. Tak lawa princess aku nanti. " Ujar Efzan sambil mengosok lembut kepala Aria.
" Hish! Aku sentiasa lawa okey. "
Haish, cair la kalau macam ni.
...................
Aria dan tiga orang ahli Nilam menjalankan tugas masing-masing. Aria ambil order. Seorang tukang kaunter dan dua lagi buat order. Macam kat restaurant kan? Well ini semua dia punya idea la.
" Akak, ada perisa biru tak ? " Soal pelanggan mereka yang pertama. Dia berfikir sejenak.
" Coral blue ke? Ha kejap ya. Munah! Coral Blue satu! " Aria menjerit pada Maimunah pelajar tingkatan 3 yang menolongnya.
Munah hanya mengangguk dan membuat tanda okey. Lawak betul budak ni. Aria melihat jam ditangannya. Efzan ada acara sekarang!
" Bedah, akak chaw kejap boleh? "
" Pergilah kak. Bedah tahu akak nak tengok setiausaha kita kan? " Aria tersengih sambil mengarukan kepalanya. Malu apabila junior dapat tahu.
" Bedah, Senah dengan Munah jaga kedai kejap ya? Nanti akak datang balik. ASAP kelabu! " Bedah, Senah dan Munah tergelak melihat gaya Aria yang tak berapa matang dari mereka. Matang susah nak dapat tahu? Dia tak datang golek-golek gitu. Dia datang macam berlian. Lambat sangat.
Aria berjalan menuju ke arah Alys dan Rika. Diorang pun nak sokong rumah masing-masing.
Tapi kali ini acara 100m. Nak tahu siapa wakil? Nilam sudah tentu Wafeq dan Shafiq. Zamrud dengan Baiduri dia tak berapa perasan tapi Delima ni dia perasan gila-gila. Siapa lagi kalau bukan suaminya yang tercinta.
Kejap, dia nak sokong mana ni? Kalau dia sokong Efzan nanti orang ingat dia ada affair dengan Efzan walaupun sebenarnya memang ada. Kalau dia sokong Wafeq dengan Shafiq nanti Efzan pula cemburu. Aduh!
YOU ARE READING
Musuh Jadi Partner In Crime? [ ✔ ]
RomanceSetiap orang ada cita citanya sendiri. Begitu juga dengan Aria Effa yang bercita cita untuk menjadi K-Idol seperti BTS dan Wanna One yang diminatinya. Namun , setiap perjalanan untuk mencapai impiannya yang satu itu ditimpa dengan berbagai dugaan. ...