Ri Ah membetulkan cekak rambut yang Suga beli untuknya pagi tadi. Dia melihat V, Jhope dan Rapmon mengemas bilik bawah.
V mengelap peluhnya. Dia memandang Ri Ah.
"Awak kira beruntung tau kitorang kasi bilik ni kat awak. Siap kemas lagi." Kata V.
Ri Ah sengih menampakkan barisan giginya yang putih.
"Terima kasih."
Rapmon memandang Ri Ah.
"Awak ni tak banyak cakap lah." Kata Rapmon sambil membuang sampah.
Ri Ah menggaru kepalanya. Tak banyak cakap pon salah ke?
"Awak tak selesa dengan kami ke?" Soal Jhope.
Ri Ah menggeleng laju.
"Saya selesa je ngan korang. Cuma saya tak tahu nak cakap apa."
Jhope mengangguk kemudian senyum. Ri Ah berlalu pergi. V menggelengkan kepalanya.
"Hyung, sampai bila dia nak duduk sini?" Soal V agak tidak puas hati.
Ye lah, orang dah bagi tidur satu malam tu cukup la. Balik tidur kat rumah la.
"Dia kan tak ingat nombor telefon mak ayah dia. Dia pon tak tahu kawasan kat sini. Biarlah dia duduk kat sini beberapa hari." Balas Jhope.
"Ala, dia bukannya hilang ingatan pon." V berkata perlahan. Rapmon menggeleng kepalanya.
"Yang kau nak membebel ni pahal? Hari tu kau jugak yang setuju nak bawak dia balik rumah kita." Marah Rapmon.
"Ye la, tapi.."
Jhope dan Rapmon memandang V.
"Tapi takkan lah dia nak tinggal sini selamanya? Dia perempuan, hyung. Kita ni lelaki.." Kata V agak perlahan. Rapmon memandangnya tajam.
"Dasar byuntae tak bertauliah."
***
Ri Ah mula menapak ke bilik barunya. Dia tersenyum gembira.
"Awak tinggal lah kat bilik ni sementara kitorang cari rumah awak. Bilik ni tak besar mana pon, biasa² je tapi semua perabot lengkap." Kata Jin. Ri Ah mengangguk.
"Saya suka bilik ni."
Jin memandang Ri Ah sambil tersenyum. Jin menguap. Dia berasa sangat mengantuk. Dia berlalu naik ke biliknya.
Ri Ah melihat keadaan bilik itu. Dia berasa teruja.
"Bilik macam ni la yang aku nak. Simple je." Gumamnya.
Dia berguling² di atas katil. Dia terfikirkan sesuatu.
"Diorang ni baik lah."
Ri Ah tersenyum.
"Demi membalas jasa baik diorang. Aku nak tolong diorang kemas rumah."
Ri Ah berlalu keluar ke ruang tamu. Ruang tamu kelihatan sedikit serabut dengan barang² Bangtan. Dia mengambil barang² itu dan susun dengan kemas.
"Haa kan cantik susun macam ni?"
Ri Ah melihat ruang tamu itu. Dia menyusun bantal² seperti piramid.
Boleh bayangkan?
Seseorang turun dari atas. Ri Ah tersentak. Dia menyorok di balik dinding.
"Siapa tu?" Ri Ah sengaja mendalamkan suaranya.
Rapmon mengurut dadanya. Terkejut dengan suara yang dibuat oleh Ri Ah.
"Laa awak ke? Terkejut tahu tak?" Marah Rapmon. Ri Ah tersengih. Rapmon cebik.
"Hobi awak ni memang suka sengih ae? Jangan buat macam tu lagi." Rapmon menggelengkan kepalanya. Rapmon berlalu ke dapur.
Ri Ah kembali ke ruang tamu. Dia menyusun majalah yang berada di atas meja.
Rapmon tertanya² apakah yang Ri Ah sedang lakukan. Dia meneguk airnya sehingga habis kemudian berlalu ke ruang tamu.
Sampai sahaja di ruang tamu..
"WOI APA YANG KAU BUAT NI?!" Rapmon membulatkan matanya melihat keadaan rumah mereka.
"Apa yang saya buat? Saya kemas rumah lah."
Rapmon menepuk dahinya.
"Tak boleh ke?"
"Ini bukan mengemas namanya. Ni kau bukak kedai, KAU TAHU?!"
Ri Ah memandang Rapmon pelik. Rapmon mengeluh.
"Bantal tu tak payah susun macam tu, ape kau ingat ni disney wonderland?
Orang kemas rumah bukan macam ni. Majalah ni kena susun macam n-"
Majalah yang Rapmon pegang terkoyak di helaian depan. Rapmon membulatkan matanya.
"N-ni kan majalah diva kesayangan Jin hyung.." Rapmon memandang majalah yang dah terkoyak itu.
"Saya dahaga lah." Ri Ah berlari ke arah dapur meninggalkan Rapmon seorang diri meramal nasibnya. Rapmon masih lagi memandang majalah Jin.
"Habislah aku."
***
Sudah sejam Jin berleter. Rapmon hanya menunduk dan menadah telinga mendengar leteran dari Jin. Dia melihat Ri Ah yang duduk di atas sofa. Dia menggenggam penumbuknya.
"Ni semua minah tu punya pasal.." Bisiknya perlahan.
"Kau kutuk aku ke Joon? Kau ni bila aku cakap kau tak nak dengar, lepastu kau kutuk aku pulak. Aku ni bukannya apa, kalau aku tak berleter korang tak dengar cakap. Kau tahu kan majalah tu aku kumpul setiap isu lepastu senang² je kau koyakkan? Aku tahu kau ni memang dilahirkan sebagai pemusnah tapi kau tahu tak yang majalah tu limited edition?"
V turun bersama Jungkook dari bilik mereka sambil menayangkan muka tidak puas hati.
"Ape hyung ni pok pek pok pek dari tadi ni? Kitorang nak main game pon tak senang." Marah V. Jungkook mengangguk².
Jin mengeluh.
"Kau tahu tak, Joon koyakkan majalah aku. Mana aku tak marah? Mana aku nak cari majalah yang limited edition macam ni lagi? Kau ingat senang nak pergi cari ni? Aku berenang merentas lautan cina selatan, naik gunung everest, redah hutan amazon semata² nak dapatkan majalah ni kau tahu? KAU PIKIR AKU BOLEH MOVE ON KE BILA TENGOK MAJALAH AKU TERKOYAK?!"
Jungkook dan Jimin ternganga. Nampaknya ini bukan masa yang sesuai untuk mereka berkomunikasi dengan Jin.
"Mian, hyung. Kau sambung je lah aktiviti kau tu." Kata V kemudian lari masuk ke bilik semula. Jungkook memandang Jin dan Rapmon bersilih ganti kemudian membontoti V naik ke bilik
"Nak ikut!" Ri Ah berlari anak mengikut V dan Jungkook ke bilik mereka.
Rapmon membulatkan matanya.
"WOI JAHAENAM PUNYA LAHANUT! BUKANNYA NAK BACKUP AKU! OI RI AH, NI SEMUA KAU PUNYA PASAL!"
Jin bercekak pinggang.
"Eh eh aku tak habis lagi. Baik kau diam. Banyak lagi aku nak cerita macam mana aku beli majalah ni. Takde orang nak backup kau pon."
Rapmon mengeluh.
"I love myself :D "
-tbc-
•alie_nvlk•
Vomment 💕
YOU ARE READING
[C] Weirdo + BTS
HumorPerempuan menyusahkan? Yeah that's right. Even aku yang perempuan ni pon rasa perempuan ni menyusahkan. Tambah² yang umur 18 tahun ke bawah. Memang menyusahkan. Dengan perangai kebudak-budakannya, dengan gediknya, dengan manjanya, dengan mengadanya...