V, Jungkook dan Jimin berjalan kaki pulang dari sekolah. Mereka singgah ke kedai untuk membeli makanan. Mereka memilih perisa mi segera yang terdapat di situ.
"Nak ambil berapa ni, hyung?" Soal Jungkook. V menggaru dagunya.
"3 la."
Jungkook mengambil 3 mi segera kemudian menuju ke kaunter pembayaran. Jimin teringatkan sesuatu.
"We, minah tu ada lagi tak kat rumah kita?" Soal Jimin.
V melihat Jungkook dan Jimin. Baru mereka teringatkan Ri Ah.
"Ada lah kot." Balas Jungkook.
"Nak ambil untuk dia sekali ke?" Soal V. Jimin mengeluh.
"Ambil la. Jin hyung kan keluar dengan yang lain. Mana ada orang masak. Kang dia mati kebulur kat rumah kita nanti kita jugak yang susah nak urus mayat dia."
Jungkook mencapai 1 lagi mi segera lalu membuat pembayaran di kaunter.
***
V, Jimin dan Jungkook membuat kerja sekolah mereka selepas makan. Jungkook melihat sekeliling mencari seseorang.
"Mana minah tu?"
V dan Jimin melihat sekeliling.
"Berhajat kot." Teka V.
Mereka menyambung melakukan kerja sekolah mereka. Ri Ah berlari keluar dari biliknya menuju ke arah ruang tamu.
Dia bersila di hadapan V, Jimin dan Jungkook.
"Kau pergi mana?" Soal V kepada Ri Ah.
"Masuk bilik kejap."
Ri Ah melihat mereka membuat kerja sekolah. Dia mengambil pensel di sebelah Jungkook kemudian membuat latihan matematik milik Jimin.
Ri Ah cuba menjawab soalan matematik itu. Dia menunjukkan kepada Jimin.
"Betul tak?" Soalnya.
Jimin menoleh ke arahnya. Dia melihat jawapan Ri Ah. Dia mengambil pensel sambil menggelengkan kepalanya.
"Salah ni. Jawapan kau tak habis lagi. Permudahkan sampai habis."
Ri Ah mengangguk² kemudian melakukannya semula. Dia menunjukkan kepada Jimin semula.
"Macam ni?"
Jimin melihat jawapannya dan mengangguk.
"Haa betul lah tu."
Ri Ah tersengih. Dia cuba menjawab soalan seterusnya. V melihat Ri Ah.
"Awak ni pandai jugak." V menongkat dagunya.
"Biasa² je." Ri Ah memaparkan wajah poker. V mecari latihan matematiknya.
"Saya rasa kalau awak buat latihan ni mesti awak lagi pandai." V menghulurkan latihan matematik. Jungkook merengus.
"Kalau dah malas tu memang malas lah." Perli Jungkook. V menjeling Jungkook.
"Kau diam, anak Jeon."
Ri Ah mengambil latihan matematik V dan menjawab soalan. V tersengih.
"Untunglah kalau ada minah ni :3 "
Jimin menggelengkan kepalanya.
"Awak form 5 la kiranya kan? Tapi awak boleh jawab soalan form 6 kira awak pandai la tu." Ringkas Jimin. Ri Ah menggaru kepalanya apabila tidak dapat jawapan.
"Mesti awak pergi sekolah elit tu yang boleh pandai macam ni. Sekolah awak kat mana? Nama sekolah awak?" Soal Jungkook.
Ri Ah mengangkat kepalanya melihat Jungkook.
YOU ARE READING
[C] Weirdo + BTS
HumorPerempuan menyusahkan? Yeah that's right. Even aku yang perempuan ni pon rasa perempuan ni menyusahkan. Tambah² yang umur 18 tahun ke bawah. Memang menyusahkan. Dengan perangai kebudak-budakannya, dengan gediknya, dengan manjanya, dengan mengadanya...