Pandangan Ri Ah dilemparkan ke luar tingkap. Ri Ah hanya termenung dan tidak berkata apa² sepanjang perjalanan mereka.
Ri Ah akan kembali kepada kehidupannya yang lama. Lifeless, hopeless, schooless, dikongkongless, jamless..
Eh jamless tu Jimin.
Ri Ah mengambil handphonenya dari dalam poket kanannya dan menghulurkannya kepada Suga. Suga memandangnya pelik.
"Whut?"
"Hyung punya. Ambil lah balik."
"Takpe, aku bagi kau. Simpan buat kenangan."
Ri Ah berfikir semula. Sekiranya dia membawa balik handphone itu, pasti appanya akan buang sebab takut Ri Ah bersosial. Dia menggelengkan kepalanya.
"Hyung ambil la balik. Saya takut appa buang nanti."
"Kalau tak nak bagi aku!"
Jimin merampas handphone tersebut dari tangan Ri Ah. Suga membulatkan matanya. Suga menarik telinga Jimin.
"Kau dah lama hidup ke?"
"Aduh sakit hyung! Ajal maut kat tangan tuhan hyung."
"Aku bukannya nak matikan kau. Aku tanya kau dah lama hidup ke ketot"
"Lama la jugak, setakat ni dah 22 tahun."
"Pandai. Dah bak sini handphone aku. Habis handphone aku kau pegang."
Suga mengelap skrin handphonenya. Jimin mengusap telinganya yang sudah merah. Ri Ah ketawakan mereka.
"Haha padan muka." Kata Ri Ah. Jimin menjegil matanya ke arah Ri Ah.
"Kau pahal"
"Takde hal. Boxer lu yang mahal."
Jimin menjeling Ri Ah. Ri Ah ketawa melihat reaksi Jimin. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di hadapan rumah Ri Ah.
Ri Ah turun dari kereta dan bercakap sesuatu dan pintu pagar pon terbuka~
Ri Ah masuk ke dalam kereta semula.
"Dah, masuk."
"Kau buat ape tadi?" Soal Rapmon ingin tahu. Kepalanya dipanjangkan seperti flamingo melihat ke arah pagar. Diorang datang hari tu ada orang cakap melalui kotak yang mengeluarkan bunyi je hari tu. Ri Ah buat sekejap je?
"Oh tadi tu ke? Baca mantera."
"Mantera? Mantera apa?"
Semua mata tertumpu ke arah Ri Ah kecuali Jhope. Ye lah Jhope yang bawak kereta kang terbabas pulak dia tengok Ri Ah.
"Betul ni nak tahu?" Soal Ri Ah. Semua mengangguk. Ri Ah tersenyum.
"Mantera dia bunyi seperti ini :D
Oh angin~
Kau kirimkan kalimah kasihku~
Agar dapat ku dengari
Kalamnya berbunyi~Haa saya baca tu la tadi."
Amacam? Ada seiras lagu Wana Hasrata tak?
Mereka membulatkan mulut mereka menyerupai huruf 'o' Setibanya mereka di depan pintu rumah itu, seperti biasa akan ada orang yang menyambut kehadiran mereka.
"Cik Ri Ah! Mana cik Ri Ah pergi?!"
"Saya pergi melancong je hehe mana omma dengan appa?"
"Ade kat dalam, masuk lah."
Mereka bertujuh memandang Ri ah dengan pandangan tajam. Melancong? Oho buat kecoh kat rumah orang dia kata melancong? Grr
Jin dan Rapmon tidak berasa asing di rumah itu kerana mereka pernah ke situ. Ri Ah menyuruh mereka duduk di sofa empuk yang kalau kita duduk boleh melantun sampai ke bulan sebab empuk sangat.
YOU ARE READING
[C] Weirdo + BTS
HumorPerempuan menyusahkan? Yeah that's right. Even aku yang perempuan ni pon rasa perempuan ni menyusahkan. Tambah² yang umur 18 tahun ke bawah. Memang menyusahkan. Dengan perangai kebudak-budakannya, dengan gediknya, dengan manjanya, dengan mengadanya...