°10° :- Happy

49 6 0
                                    

"Semua dah ready?"

Jin memerhati kawan²nya. Semua mengangguk.

Jin mengangkat bakul yang penuh dengan makanan. Rapmon dan Jhope dengan air minuman di tangan mereka. Suga memegang tikar gulung.

Jin menggaru kepalanya. Dia melihat ke arah ruang tamu kemudian memandang mereka semula.

"Mana maknae line?"

Semua mengangkat bahu. Jin mengeluh.

"Pergi panggil diorang. Suruh diorang cepat sikit." Rapmon mengangguk kemudian berlari naik ke atas.

Jin menghulurkan baju Ri Ah semasa kali pertama mereka jumpa Ri Ah kepada Suga. Suga memandangnya pelik.

"Nak buat apa ni?" Soal Suga kepada Jin.

"Nak kau buat teh."

Suga menjeling Jin. Jin mencebik.

"Pergi bagi kat Ri Ah la lepastu suruh dia bersiap. Jangan bagitahu plan kita."

Suga mengambil baju itu dengan kasar.

"Dasar orang tua pink tak guna."

***

Suga membuka pintu bilik Ri Ah tanpa mengetuk dulu. Ri Ah sedang baring di katilnya terkejut. Suga membaling baju ke arah muka Ri Ah.

Ri Ah kebelakang sedikit akibat balingan Suga. Ri Ah memandang baju itu.

"Kau dah mandi?" Soal Suga. Ri Ah mengangguk perlahan.

"Kau salin pakai baju tu, lepastu kejap lagi keluar pergi ruang tamu."

Suga melangkah keluar dari bilik Ri Ah. Ri Ah memanggilnya.

"Suga hyung."

Suga menoleh.

"Korang dah nak hantar saya balik ke?" Soal Ri Ah.

Suga tidak menjawab soalan Ri Ah terus berlalu pergi. Ri Ah mengeluh dengan sikap dingin Suga.

"Nampak gayanya dia masih marah aku."

***

Semua sudah berkumpul menanti Ri Ah. Ri Ah berjalan ke arah ruang tamu dengan muka masam.

Jin, Jhope dan Rapmon cuba mengawal ekspresi muka mereka agar rancangan mereka tidak diketahui oleh Ri Ah.

Ri Ah memegang sesuatu di tangannya. Dia mendekati Suga. Suga memandangnya.

"Tolong." Ri Ah menghulur sikat dan getah rambut. Suga mengeluh.

"Duduk bawah."

Ri Ah mula tersengih kemudian duduk di bawah. Suga mula menyikat rambut Ri Ah. Jimin, Jungkook dan V melihat mereka berdua.

"Dah siap."

Suga semakin mahir mengikat rambut perempuan sejak Ri Ah tinggal bersama mereka.

Kalau dulu, dia selalu ikat senget. Tapi sekarang, senget jugak tapi tak nampak sangat :3

Ri Ah memakai kasutnya kemudian membontoti ahli Bangtan memasuki ke dalam kereta.

***

"Belok kiri."

Jin memusingkan sterengnya. Ri Ah melihat kawasan sekeliling. Dia mengangguk perlahan².

[C] Weirdo + BTSWhere stories live. Discover now