Ri Ah yang bangun awal pada pagi itu menuju ke ruang tamu.
"Aik? Diorang tak sekolah ke hari ni?"
Sunyi sepi sahaja pagi itu. Ri Ah duduk di sofa sehingga melantun kemudian membuka TV. Dicarinya rancangan kegemarannya.
CatDog.
Ri Ah menonton sambil ketawa walhal kartun tu tak lawak pon. Setakat Wislow kena telan dengan Cat tapi tak mati pon nak gelak buat pe?
Kartun is a lie y'all.
Habis sahaja kartun CatDog, kartun Dora The Explorer pula disiarkan. Ri Ah menonton dengan tekun sekali.
"Anda nampak Swiper?"
"Tu la kat belakang Boots."
"Mana?"
"Bodo aku kata belakang Boots harap mata je lawa tapi buta pekak pula tu."
Ri Ah menggengam penumbuknya. Geram tengok kartun itu. Sampailah kartun itu hampir habis.
"Mari kita menari lagu We Did It. Tapi anda kena berdiri. Stand up!"
"Ee tak malu ajak aku menari. Tak nak. Tarian kau tak swag."
"Stand up! Stand up! Stand up!"
"Kau menari la sorang² aku kata aku tak nak jangan paksa aku k."
Ri Ah menjeling meluat melihat Dora menari dengan gembira. Selalu sahaja dia akan bertekak dengan Dora.
Habis sahaja kartun Dora The Explorer, tiada kartun yang menarik. Ri Ah menunggu sahaja rancangan "Berlari Lelaki" yang akan disiarkan.
Ri Ah membelek majalah di meja kecil berdekatan. Dia mencari majalah hiburan yang baru.
"Ergh diorang ni tak beli majalah baru ke? Bosan betul."
Ri Ah ternampak ada surat khabar di antara majalah tersebut. Dia menarik keluar surat khabar tersebut dengan tujuan baca la.
Ri Ah membelek surat khabar tersebut dan terjumpa berita tentangnya. Ri Ah senyum sinis.
"Tch. Setakat sebar macam ni ada ke orang nak jumpa aku? Agak² diorang ni dah baca ni ke belum?"
Ri Ah menepuk dahinya. Kalau dah beli mestilah dah baca.
"Ada nombor appa. Baik aku try call."
Ri Ah mengeluarkan iphone 6s yang diberi oleh Suga kemudian mendail nombor yang tertera di situ.
Setelah itu, Ri Ah menunggu beberapa saat dan seorang perempuan bercakap.
"The number you just called can't reached due to your sim card. You have not insert a sim card in your phone."
"Appa curang ke? Kenapa ada suara minah salleh yang bercakap? Dah la cakap laju~ Uish swag ah appa cari minah salleh rapper." Ri Ah mengerutkan dahinya.
Like seriously Ri Ah? Kau pandai math tapi bodoh BI?
Ri Ah menekan butang merah kemudian mendial lagi sekali :)
"The number you just called can't reached due to your sim card. You have not insert a sim card in your phone."
"Woi pompuan! Mana appa aku?! Aku nak cakap dengan dia bukan kau!"
Tut tut tut
"Haa tahu takut. Mungkin appa keluar dengan kawan² dia lepastu kawan dia yang angkat telefon."
Ri Ah berlari ke arah bilik Jungkook. Jungkook yang masih tidur terkangkang Ri Ah terpa.
V? Dia tak tidur atas katil dah. Lepas ke bawah katil dah pon. Biasa la, orang tidur jinak.
YOU ARE READING
[C] Weirdo + BTS
HumorPerempuan menyusahkan? Yeah that's right. Even aku yang perempuan ni pon rasa perempuan ni menyusahkan. Tambah² yang umur 18 tahun ke bawah. Memang menyusahkan. Dengan perangai kebudak-budakannya, dengan gediknya, dengan manjanya, dengan mengadanya...