°16° :- Discuss

47 6 0
                                    

Rapmon menyuruh Ri Ah untuk duduk di biliknya dan tidak keluar sama sekali. Rapmon menolak Ri Ah masuk ke biliknya.

"Kenapa saya kena duduk kat bilik? Saya lapar ni." Ri Ah enggan bergerak. Rapmon mengetap bibirnya.

"Alah duduk je la. Kitorang ada meeting jap. Nanti kau keluar lah lepas kami dah settle. Pastu kita makan ok?"

Ri Ah mencebik. Dia berjalan menuju ke biliknya kemudian mengunci pintu.

"Kalau dah selesai ketuk pintu tau!" Jerit Ri Ah dari biliknya.

"Ok." Balas Rapmon.

Rapmon berjalan ke ruang tamu di mana Bangtan berada. Jin memandang Rapmon.

"Dah?" Soal Jin. Rapmon mengangguk.

Keadaan menjadi hening seketika. Hanya suara TV sahaja yang memecahkan kesunyian pada malam itu. Jin mengeluh perlahan.

V, Jimin, Jungkook dan Suga mula berasa pelik melihat Jin. Wajah Jhope pula tidak dapat ditafsir.

Apa yang dah berlaku?

"Ke-kenapa hyung panggil kitorang?" Soal Jungkook.

Jhope melemparkan surat khabar yang dibelinya tadi. Semua mata memandang surat khabar tersebut.

"Kenapa dengan ni?" Suga mengambil surat khabar itu dan mula membacanya.

Serta-merta tangan Suga melepaskan surat khabar tersebut.

"H-habis tu macam mana?" Suara Suga terketar².

Melihat reaksi Suga, V, Jungkook dan Jimin mengambil surat khabar tersebut dan membacanya.

"Kau rasa?" Soal Jin kembali.

V menutup mulut ala² diva terkejut. Jungkook hanya memandang surat khabar itu dengan pandangan kosong. Jimin memandang Jin dengan poker facenya untuk mendapatkan kepastian.

"Ri Ah tahu tak pasal ni?" Soal Jimin. Jhope menggelengkan kepalanya.

"Korang rasa apa patut kita buat?" Soal Rapmon pula.

V menggaru kepalanya.

"Kita buat tak tahu je la. Lagipon Ri Ah yang tak nak balik. Kita tak boleh paksa dia." Ujar V.

"Memang la. Tapi masalahnya, Ri Ah sekarang ni ada dengan kita tahu tak? Kalau ayah Ri Ah dapat tahu Ri Ah ada dengan kita mesti ayah Ri Ah akan pikir kita culik Ri Ah. Tah² kita kena masuk penjara terus."

Mendengar kata² Jin, V terus terdiam. Ada betul juga kata² Jin.

"Berita terkini. Seorang gadis yang hilang pada sebulan lepas yang juga merupakan anak kepada pengurus syarikat terbesar di Korea iaitu CEO Kang Se Yun masih belum dijumpai..."

Semua mata tertumpu pada kaca TV. Nampaknya, berita tentang Ri Ah hilang sudah tersebar di media sosial.

Jin mengusutkan rambutnya. Tidak tahu untuk buat apa. Rapmon mengusap perlahan belakang Jin.

"Takpe hyung, aku rasa baik kita luangkan saat² terakhir kita dengan Ri Ah sebelum Ri Ah balik rumah dia."

Rapmon memandang kawan²nya. Semuanya tertunduk. Dia tahu yang mereka telah mula menyayangi Ri Ah dan tidak mahu lepaskan dia.

***

"Yey!"

Ri Ah menepuk tangannya. Teruja ada kek. Ri Ah mula memotong kek itu.

[C] Weirdo + BTSWhere stories live. Discover now