psycho 2

208 8 2
                                    

Aiden

Aku menuju ke arah bus stop. Kenapa la member-member aku ajak lepak tapi tak boleh hantar aku balik!! Benci sia!!! Mentang-mentang kereta aku masuk bengkel dorang palau aku. Cilaka!!

Ketika aku hampir sampai ke bus stop, aku ternampak kelibat orang sedang sedap tidur di tempat duduk. Aku melajukan langkah dan menuju ke arah orang itu.

Eh, Ayein! Kenapa dia tidur dekat sini?! Bahaya kot!! Aku menggoyangkan tubuhnya perlahan untuk menggerakkan dia.

“ Ayein, wake up. Sini bahaya la untuk kau tidur. Bangun la,”

Aku menggeraknya namun tiada sahutan darinya. Hmm, tidur mati minah ni. Aku duduk di sebelah tempat dia berbaring dan meneliti wajahnya. Hmm, dia ada parut dekat bawah mata dia. Parut tu tak jelas sangat. Comel orangnya. Lagi comel dari ex-girlfriend aku dulu.

Tiba-tiba,

“ Mama!!! Sakit mama!!! Jangan pukul Ayein lagi!!! Tolong!!! Sakit!!! Lepaskan Ayein!!!,”

Ayein meracau  didalam tidurnya sambil tangan dia bergerak seperti sedang menolak sesuatu. Peluh dingin menitis pantas dari dahinya. Aku dah gelabah tak tahu nak buat apa. Aku terus memegang kedua belah bahunya dan memanggil namanya berkali-kali untuk menenangkan dirinya.

Namun, tetap tiada perubahan. Ayein meracau seperti diseksa. Akhirnya, dia berhenti meracau namun nafasnya begitu berat. Peluh dingim membasahi dirinya.

Ketika itu juga, teksi datang. Aku tak berani nak tinggalkan dia seorang diri dekat bus stop ni. Aku mengangkat tubuhnya lalu memasuki ke teksi tersebut.

♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣

Ayein tersedar dari lenanya dan dia terkejut melihat dirinya berada di dalam bilik bukan di bus stop.

Aku dekat mana ni?! Sial!! Siapa yang berani bawak aku balik ni?! Memang mati lahanat tu aku kerjakan!!,”

Ayein keluar dari bilik tersebut dengan berhati-hati lalu menuju ke arah dapur dan mengambil pisau sebelum menyorokkan pisau itu dibelakang tubuhnya.

Ayein menuju ke arah ruang tamu dan ketika itu dia ternampak seorang lelaki sedang membaca buku.

Dia menuju dengan berhati-hati ke arah lelaki itu.

Tanpa dia perasan, sesuatu berada di lantai dan Ayein tersadung menyebabkan lelaki itu memusingkan tubuhnya menghadap dirinya.

“ Ayein! Kau dah bangun,”

Ujar lelaki itu. Ayein hanya mendiamkan dirinya dan terus mengeluarkan pisau dari belakangnya. Aiden yang melihat pisau itu terkedu dan terus bangun dari duduknya. Ayein tersenyum sinis melihat perubahan lelaki itu.

“ Do I make you scare?,”

Ujar Ayein sinis lalu menuju ke arah Aiden. Aiden melangkah ke belakang dan Ayein terus menerpa ke arahnya dan pergelutan berlaku.

Ayein cuba menikam dada lelaki itu namun, Aiden lebih pantas mengelak dan menolak tubuh Ayein jauh darinya.

“ Ayein!! Bawa bertenang!! ,”

Aiden cuba menenangkan gadis itu. Ayein tidak mempedulikan kata-kata lelaki itu dan cuba menikam lelaki itu lagi sekali. Aiden cuba mengelak namun pisau itu telah menoreh bahagian tepi abdomennya. Aiden merintih kesakitan.

Ayein yang baru sedar dengan apa yang dia buat terus mencampak pisau tersebut dan wajahnya berubah pucat.

“ A.a..aku ta..tak sen..gaja,”

Ujar Ayein lalu berlari keluar meninggalkan Aiden yang masih kesakitan.

♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣

Ayein

God, damn it!!!! Kenapa aku tak boleh kawal gila aku ni?! Aku melihat kedua belah tangan aku dan tangan aku menggigil. Aku tak nak sakiti sesiapa lagi. Tangan ni dah banyak membunuh orang.

“ Ayein!,”

Aku mendengar nama aku dilaung dari jauh, aku terus memusingkan tubuh aku menghadap suara itu. Aku terlihat kelibat Aiden berlari menuju ke arah aku sambil memegang tempat yang aku toreh.

Aku melajukan langkah aku untuk meninggalkan dirinya namun belum sempat aku melarikan diri, Aiden sudah berada di belakang ku dan dia menarik tangan aku.

“ Lepaskan kalau kau tak nak tercedera lagi, Aiden!!,”

Aku menengking dirinya.

“ Sikit je ni. Jom ikut aku balik,”

Ujarnya lembut.

Kenapa dia masih baik dengan aku selepas apa yang telah aku buat dekat dia??

“ Pergi!!,”

Aku menolak tubuhnya. Aiden terus memeluk tubuh aku menyebabkan aku terkedu dengan tindakannya.

“ Aku tak sanggup biarkan kau keseorangan Ayein. Tolong ikut aku balik,”

Pujuknya. Kenapa dia begitu mengambil berat tentang aku walaupun aku baru kenal dia semalam?!

♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣

PsychoWhere stories live. Discover now