Aiden sedang bersiap untuk ke library. Hari ini dia ada perbincangan dengan rakan-rakannya. Ayein yang sedang menonton televisyen memandang sekilas ke arah lelaki itu.
" Kau nak pergi mana?,"
Aiden yang mendengar pertanyaan Ayein terus menghentikan perlakuannya dan tersenyum nipis.
" Library, aku ada perbincangan dengan member aku. Aku dah letak duit dekat bawah alas meja makan tu. Kalau kau nak makan, kau amik duit tu dan pergi makan kat kedai yang berdekatan. Kunci dekat tempat yang selalu aku letak phone dengan wallet aku. Maybe aku balik malam hari ni,"
Ujar Aiden panjang lebar. Ayein hanya mengangkat bahunya lalu kembali menonton televisyen. Aiden hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat gelagat gadis itu. Sudah seminggu, gadis itu tinggal dengan dia tapi Ayein hanya akan bercakap tidak lebih 10 patah perkataan.
" Ayein, aku pergi dulu,"
Ayein memandang sekilas ke arah Aiden dan menganggukkan kepalanya. Aiden keluar dari rumahnya. Hilang sahaja kelibat Aiden, Ayein terus menutup televisyen dan memasuki ke biliknya.
♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣
Ayein
Aku mengunci pintu rumah Aiden. Hmm, cari makanan lepas tu blah la.
Aku berjalan tanpa memandang kanan dan kiri. Dah nak senja kena cepat sikit sebab Aiden kata dekat sini banyak penyangak. Aku berjalan dengan pantas menuju ke gerai makan. Aku masuk sahaja gerai makan terus aku memesan 1 nasi goreng dan air fresh orange bungkus.
Selang beberapa minit, pesanan aku dah siap dan aku pun keluar dari gerai itu. Aku berjalan dengan pantas menuju ke lorong menuju ke rumah Aiden. Suasana sunyi menyebabkan aku menyesal lalu sini.
Tiba-tiba,
Tangan aku ditarik oleh seseorang dan plastik makanan aku jatuh. Fuck!!! Siapa yang berani pegang tangan aku ni?!
YOU ARE READING
Psycho
Mystery / ThrillerHidup aku sentiasa dalam kecelakaan... Aku selalu didera tak kira fizikal dan mental.. Budak-budak sebaya aku, mereka selalu bermain dengan make up, pakaian mewah dan barang-barang aksesori yang cantik tapi aku.. darah, benda tajam dan seksaan main...