Ayein sudah berada di rumah agam tersergam besar namun dapat dirasakan betapa suramnya keadaan rumah itu. Tubuhnya menggigil ketakutan dan memori silam menerjah ke dalam ingatannya.
Dia selalu melihat keadaan luar melalui biliknya dan berharap pada 1 hari nanti, dia akan keluar dari neraka ini. Namun begitu, itu hanya mimpi di siang hari.
Perkara itu tak akan sesekali terjadi dan dia sendiri telah hampir mati terseksa hingga satu tahap, dirinya menjadi seorang psychopath.
Ayein melangkah dengan perlahan memasuki ke dalam rumahnya dan apabila sampai sahaja di dalam rumahnya, memori gelap mula menerjah ke dalam ingatannya.
Flashback
Ayein menangis teresak-esak di penjuru dinding ruang tamunya. Tubuhnya penuh dengan luka dan lebam. Ketika itu, abangnya menuju ke arahnya lalu cuba memujuknya. Namun belum sempat abangnya berbuat demikian, satu jeritan nyaring bergema. Suara puaka!!
“ Zachary!!! Don't touch that animal!! Biarkan dia mampus dekat situ!!! Kalau kau cuba pujuk dia, aku akan pastikan dia mati dibunuh hari ini juga!!!,”
Jeritan nyaring mamanya menyebabkan Zachary menghentikan perlakuannya. Zachary memandang sayu ke arah Ayein yang menangis teresak-esak sebelum menuju ke arah biliknya.
End of Flashback.
Sejujurnya, abangnya tidak mempunyai apa-apa kesalahan kepada dirinya. Ayein tahu abangnya yang selalu memasuki biliknya, merawat lebam dan luka-luka yang dialami Ayein.
Tapi pada malam itu, Ayein sudah lupa apa itu erti kemanusiaan dan hanya 1 berada didalam mindanya.
SEMUA PERLU DIBUNUH!!!!
Ayein menuju ke bilik yang dia telah membunuh kedua ibu bapanya. Sampai sahaja dibilik itu, dia masih dapat mendengari, jeritan kesakitan dan ketakutan mama dan papanya apabila dia menikam mereka berkali-kali tanpa belas kasihan.
Dia juga dapat mendengari gelak tawanya ketika membunuh kedua ibu bapanya.
Ayat yang dia ucapkan juga dia masih dapat ingat.
“ Hahaha!!! You both deserve to die!!! Selama ni aku tahan je apa yang kau buat dekat aku!!! Hahaha!!! Ada hati nak bunuh aku!!! Belum sempat kau bunuh aku, aku bunuh kau dulu, CELAKA!!!!,”
Ayein ketawa sinis lalu menoreh wajah mayat mama dan papanya. Segala perasaan sakit, dendam, benci itu dia lepaskan pada hari itu.
Abangnya hanya mampu menangis teresak-esak sambil memejamkan matanya kerana tidak sanggup melihat apa yang terjadi kepada kedua ibu bapanya.
Ayein terus menutup kedua belah telinganya apabila suara-suara yang menyuruhnya bertindak luar dek akal berbisik kembali. Dia menjerit lalu berlari meninggalkan rumah tersebut.
Hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa sakit yang dialami dirinya selama ini.
♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣
Aiden
Aku termenung memikirkan mana Ayein ni. Dah nak masuk pukul 11 malam tapi dia still tak balik lagi!! Diri aku dilanda perasaan risau namun aku cuba untuk bertenang.
Ketika itu, pintu rumah dibuka dan aku terus menuju ke arah pintu. Ayein hanya memandang kosong ke arah aku sebelum berjalan menuju ke bilik yang dikongsi kami.
Tak boleh jadi ni! Aku terus membuntuti Ayein lalu memegang pergelangan tangannya. Ayein memusingkan kepalanya dan merenung ke arah wajah aku sekilas sebelum memandang genggaman tangan aku.
“ Kenapa kau balik lambat? Kau buat aku risau!,”
Aku memarahinya. Ayein memegang genggaman tangan aku lalu melepaskan genggaman tersebut.
“ Sorry,”
Ayein terus memasuki bilik dan menguncinya. Aku mengeluh berat melihat keadaan girlfriend aku. Dia buat aku macam aku ni bukan boyfriend dia!!
Sakit pula hati aku!! Aku menuju ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Apa sebenarnya masalah Ayein??
♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣
YOU ARE READING
Psycho
Mystery / ThrillerHidup aku sentiasa dalam kecelakaan... Aku selalu didera tak kira fizikal dan mental.. Budak-budak sebaya aku, mereka selalu bermain dengan make up, pakaian mewah dan barang-barang aksesori yang cantik tapi aku.. darah, benda tajam dan seksaan main...