Ayein
Aiden membuka bajunya yg penuh dengan darahnya. Mata aku terbuntang apabila melihat otot-otot ketaknya. (Tengok kat media, tapi jangan tengok lebih-lebih! Aku cungkil biji mata korang kang)
Wow. Itu je yang mampu aku cakap. Aiden meneliti luka di bahagian tepi abdomennya.
" Nasib sikit je lukanya. Kalau dalam naya kena pergi hospital,"
Bebel Aiden perlahan. Aku menuju ke arahnya dan melihat luka tersebut. Aiden terkedu melihat aku.
“ Sorry again sebab cederakan kau,”
Ujar aku lalu mengelap darah kering di luka tersebut.
“ Aish, aku cakap sikit je. Tak luak pun,”
Ujar Aiden lalu mengusap lembut rambut aku. Aku terkejut dengan tindakannya. Kenapa dia layan aku macam aku ni penting untuk hidup dia?
“ Stop touching my hair,”
Ujar aku keras. Aiden hanya mendiamkan dirinya dan tangannya makin galak mengusap rambut aku. Aku mendengus kegeraman sebelum memegang tangannya.
“ Kalau kau nak rasa tangan kau ditikam berkali-kali, kau usap lagi rambut aku!!,”
Aku mengugut dirinya. Aiden memusingkan tubuhku dan duduk di atas badan aku.
“ Try me, Ayein,”
Bisiknya lembut di cuping telinga aku sebelum mencium leher aku.
Perasaan apa ini? Kenapa aku rasa bahagia tanpa aku inginkan? Aku terus menarik kepalanya dan mencium rakus bibirnya.
“ I want more, Ayein,”
Ujar Aiden lalu cuba menanggalkan pakaian aku. Aku hanya mendiamkan diri dan mencium lehernya. Ketika itu baru aku sedar apa yang sedang berlaku. Aku terus menolak keras tubuhnya!!
Aiden tersentak dengan tindakan aku. Aku terus memeluk kedua belah aku. Aku menggigil ketakutan. Aiden yang melihat perubahan aku terus menuju ke arah aku.
“ Hey, kenapa ni?,”
Tanya Aiden lembut. Dia cuba memujuk diri aku.
“ Apa yang kau dah buat dekat aku?! Kenapa kau cium aku? Kenapa?! Kenapa kau layan aku terlampau baik?! Padahal kau langsung tak kenal aku!!!,”
Aku menengking dirinya. Aiden yang mendengar kata-kata aku terus meraup wajahnya sebelum mengambil tempat di sebelah aku.
“ Aku pun tak tahu kenapa aku sanggup bawa kau balik rumah aku. Just yang aku tahu yang aku nak lindungi kau, Ayein. Maafkan aku kalau aku buat kau tak selesa,”
Ujarnya lalu memegang bahu aku.
Dia nak lindungi aku?? Kalau aku bagitau siapa diri aku yang sebenar, masih ke dia nak lindungi aku atau dia akan meninggalkan aku terkontang-kanting?“ Aku tak layak untuk dilindungi. Aku tak layak untuk semua tu, Aiden!,”
Ujar aku keras.
“ Kenapa kau cakap macam tu, Ayein? Aku tak faham?,”
Aiden bertanya lagi. Hati aku memberontak nak memberitahu siapa diri aku yang sebenar tapi mulut aku berat mengungkapkan kata-kata itu.
“ Kalau kau tau apa yang telah aku buat, kau akan lari kerana ketakutan,”
Ujar aku perlahan namun masih mampu didengari dirinya. Aiden memusingkan tubuhnya lalu memeluk erat tubuh aku. Aku berasa selamat dalam pelukannya namun dalam masa yang sama, aku takut dia akan meninggalkan diri aku selepas dia tahu siapa sebenarnya diri aku.
Aku meletakkan kepala aku di bahunya.
♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣
Aiden termenung memikirkan perkara yang hampir dia lakukan dengan Ayein sebentar tadi. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh mencium gadis itu. Adakah dia dah jatuh cinta terhadap gadis itu? Aiden termenung memikirkan perasaannya. Dia rasa dia perlu berfikir dan menyelami perasaannya sebelum terus membuat keputusan.
♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣

ANDA SEDANG MEMBACA
Psycho
غموض / إثارةHidup aku sentiasa dalam kecelakaan... Aku selalu didera tak kira fizikal dan mental.. Budak-budak sebaya aku, mereka selalu bermain dengan make up, pakaian mewah dan barang-barang aksesori yang cantik tapi aku.. darah, benda tajam dan seksaan main...