Tembak Egoku Tuan Inspektor

197 7 0
                                    

Bab 7

Pagi itu Fiona bangun awal.Keadaan tidurnya semalam terlalu lena barangkali.Mudah saja Fiona bangun pagi itu.Tidak sempat Puan Hasyati hendak mengejutkan dirinya.Tapi sayangnya, bangun aje awal pagi bukan terus mandi.Kalau masuk bilik air pun sekadar membasuh muka dengan gosok gigi je.Kalau nak tengok Fiona mandi kenelah tunggu lima minit sebelum masuk waktu zohor.

Fiona keluar dari bilik air sambil menyapu mukanya menggunakan tuala yang tergantung di belakang tekaknya. Mulutnya sedang riang bernyanyi sampaikan uminya sudah naik pelik melihat gelagat anak tunggalnya pagi itu.

Cerianya anak aku pagi ni.Kata Puan Hasyati kepada diri sendiri. Matanya masih lagi menoleh ke arah Fiona.Kalau dilihat dari riak wajah anak tunggalnya itu, memang menunjukkan yang dia sedang bergembira.

Sudah lama Puan Hasyati tidak melihat Fiona seceria itu.Benar benar gembira gamaknya kali ni. Tak cukup dengan itu, mulutnya pula bernyanyi riang.Ingatkan bathroom singer je, keluar dari bilik mandi pun masih lagi mennyanyi.Anak siapalah.

Mata Puan Hasyati masih lagi tidak lekang dari memandang anak tunggalnya.Tangannya pula, sibuk menggaul nasi goreng di dalam kuali.

"Fin, happy semacam je umi tengok kamu hari ni.Dapat hadiah dari langit ke?" Puan Hasyati meneka setelah melihat anaknya keluar dari bilik berjalan menuju ke arahnya.

"A'ahh umi orang dapat cinta dari langit." Fiona sudah menekup mulutnya dengan kelima lima jari tangannya.Tidak menyangka kata kata itu dikeluarkan betul betul dari mulutnya.Sangkanya tadi, hanya dalam hatinya.Aduh parah! Langkahnya sudah terhenti di tengah tengah jalan menuju ke ruang dapur.Matanya pula Sudan terjegil.

Pandangan uminya masih terarah kepada Fiona yang sudah kaku di hadapannya.Tidak menyangka anak tunggalnya sudah berani untuk bercinta lagi. Atau dia yang silap dengar? Tak kata kata tadi memamg keluar dari mulut anak tunggalnya.

Alamak! Macam mana ni? Umi dengar ke apa yang aku cakap tadi? Agak agak?

"I'm hear everything Fin." Uminya tersenyum.

Alah umi ni macam tahu tahu je apa yang ada dalam minda anaknya ni.Argh...malangnya nasib! Ni lah orang cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, pandai pandailah tanggung sendiri.Malu! Malu! Malu! Mana nak sorok muka ni? Oven mana oven? Kalaulah badan aku muat, memang dah lama aku masuk dalam oven tu. Bakar diri sendiri hidup hidup. Malu weh!

"Sejak bila Fin bercinta? Lepas ni bolehla bawa balik bakal menantu umi ya? Umi pun nak kenal juga.Hensem ke dia? Putih ke dia? Baik tak dia?"

Fiona batuk dek tersedak air liur sendiri.Tekaknya juga sudah mula terasa pedih.Tak sangka uminya mengambil serius tentang apa yang baru diungkapkannya tadi.

Hah itulah kau Fiona.Akal pendek, tidak berfikir panjang sebelum bercakap.Mulut main lepas je.Kan dah kene berdepan dengan soalan maut.Fiona mengutuk diri sendiri.Kakinya tadi yang kaku terus dipercepatkan menuju ke peti sejuk untuk mengambil air.

"Hah! Kenapa batuk? Ni mesti bakal menantu umi tengah rindukan anak umi ni." Puan Hasyati menyakat Fiona sambil tangnnya menyedok nasi goreng di dalam kuali untuk diletakkan di atas pinggan sebelum dihidangkan.

Cepat sahaja Fiona menuangkam air di dalam gelas lalu diteguknya rakus.Rasa pedih di tekaknya harus dihilangkan secepat mungkin.

'Err...umi Fin laparlah.Fin makan dulu ya." Cepat cepat Fiona menuju ke meja makan sebelum lagi banyak soalan tentang bakal menantu ditanyakan kepadanya.Tidak sanggup dia nak mendengar lagi.

"Eh dah lapar konon.Bukan ke kamu selalu sarapan waktu orang makan tengah hari?"

Bebel Puan Hasyati walaupun matanya telah melihat anaknya sudahpun menyuapkan nasi ke mulut. Sudah jatuh ke perut dah pun nasi yang dimakan anaknya.

"Fiona memang lapar lah umi. Umi kenapa tercegat dekat situ? Marilah makan sekali.Kalau umi tak nak makan pun takpe, Fiona masih larat nak habiskan bahagian umi punya." Ujar Fiona yang kononnya sanggup menjadi tong sampah bergerak dengan mulut ketat kerana dipenuhi dengan nasi goreng yang dimakannya.

Mujur Fiona betul betul lapar pagi itu gara gara dia tidak makan semalam.Jadi dia berkata benar.

"Tengoklah tu cakap saja pasal calon menantu, terus ubah topik perbincangan.Padahal dia yang buka dulu bab ni tadi." Adu Puan Hasyati.

"Ala...umi, ada jodoh nanti orang kahwin la.Masa tu nanti bolehlah umi nak makan nasi minyak.Tapi kalau tak ada jodoh...makan nasi goreng ni pun dah lebih dari cukup."

Puan Hasyati sudah menjeling mendengar bicara anak tunggalnya itu.

Fiona menayangkan muka selamba badak.Sememangnys tidak gemar apabila uminya mendesak dirinya untuk bawa balik calon menantu.Dia sudah tawar hati dengan lelaki.Ada jodoh nanti, tentulah dia akan kahwin juga walaupun dirinya sudah tidak berminat bila berbicara soal berkahwin.

Sekarang tak sabar nak terima menantu, lepas ni bila dah dapat menantu tak sabar nak ada cucu pula.Bukannya dia tak tahu perangai uminya ni.Alahai !

Sejujurnya Fiona akui, dia tidak suka bila berbicara soal lelaki. Buang masa baginya.Tetapi kali ini benar benar berbeza setelah dia bertemu dengan pemuda berlesung pipit yang tidak dia kenali itu.Memang ada getaran di jantungnya tadi sewaktu uminya bercerita soal menantu. Dia merasakan seolah olah lelaki itu terbaik untuknya.Sudah banyak kali dia cuba menghalau perasaan itu, namun ianya masih juga datang kembali dan bermain main di dalam minda Fiona.Sehinggakan kata kata soal cinta pun meluncur laju dari mulutnya tanpa sedar, seperti ada suara lain yang berkata begitu.Angau ke dia?

____________________________________

Macam biasa lha you all. Lepas baca jangan lupa vote , comment dan follow

Tembak Egoku Tuan InspektorWhere stories live. Discover now