Bab 1
Kaki Fiona melangkah masuk ke kafe.Matanya liar mencari meja kosong.Nasib tidak memihak kepadanya hari ini kerana tiada satu pun meja kosong ketika ini.Beberapa minit telah berlalu, kelihatan tiada sesiapa yang berura ura hendak bangun dari kerusi.
Ketika Fiona hendak memusingkan badan untuk melangkah keluar mencari kafe lain, tiba tiba dia terpandang satu meja kosong di penjuru kafe itu yang tadinya ada orang tetapi kini telah tiada.Orang itu telah beredar barangkali.Tetapi bila ? Dia tidak nampak pula kelibat sesiapa keluar dari kafe ni tadi.Ah, biarlah!
Fiona berjalan ke arah meja tersebut dan terus melabuhkan punggung di kerusi.Dia mula mencari cari menu yang hendak dimakan bagi mengisi perutnya yang sudah menyanyi kelaparan.
"Err...kenapa awak duduk sini ? Boleh saya duduk sekali ? " Tiba tiba muncul satu suara seorang pemuda di sisi meja yang sedang diduduki Fiona.
Fiona terkejut.Kepalanya didonggakkan untuk memandang pemuda itu.Dia ni stalker aku ke ? Apahal tanya aku kenapa duduk sini ? Sepatutnya aku tanya dia sebab dia yang nak duduk semeja dengan aku.Tak kenapa dia nak duduk semeja dengan aku pula ? Kenal pun tidak takkan nak duduk semeja dengan dia dan menghadap muka dia sepanjang tengah makan.Lepastu buat buat kenal.Macamtu ? Alahai...
Sekarang ni, walaupun kau langsung tak kenal dia tapi cara pertanyaan lelaki di hadapan kau ni dalam nada yang sungguh ikhlas.Takkan kau nak suruh dia cari meja lain, sedangkan tak ada meja kosong langsung.Haish tak boleh...tak boleh...kau tak boleh jadi kejam macam ni Fiona Azzahra.
Fiona cuba menimbang tara tindakannya.Buat beberapa detik, dia berperang dengan perasaan sendiri dan membiarkan pemuda itu terus menanti jawapannya.
"Err...kenapa awak pilih nak duduk semeja dengan saya ? Kenapa tak duduk meja lain ? I mean duduk semeja dengan orang sama jantina.Kan ramai lagi ni." Fiona bertanya cuba meminta kepastian.
Lantas pemuda itu terus ketawa sehingga menampakkan kedua dua belah lesung pipitnya.Mak aii...dalamnya lesung pipit dia.Ni kalau boleh ambil dah lama aku bawa balik bagi dekat umi biar umi guna buat tumbuk bawang.Haish...Fiona tolong sedar, abang lesung pipit ni kau langsung tak kenal siapa dan sekarang dia gelakkan kau.Tolong sedar Fiona.
"Ehem...hmm...yang awak gelak ni kenapa ? Apa yang kelakar ? "
"Kelakar jugak awak ni kan." Ucap pemuda itu dengan sisa ketawanya.
"Sepatutnya, saya yang tanya awak kenapa awak duduk di meja ni.Sebab tadi, saya duduk dekat meja ni lepastu lepas buat order saya terus pergi toilet."
Ya Allah Fiona apa kau dah buat ni ? Patutlah laki ni gelakkan kau rupanya kau rembat tempat dia.Bukannya dia yang nak duduk tempat kau.Patutlah tadi meja ni tiba tiba kosong padahal tak ada orang keluar pun dari kafe ni.Rupa rupanya tuan dia pergi tandas aje.Buat malu keturunan ajelah kau ni Fiona.Malapetaka sungguh! Kele wa do now.
"Maaf awak saya tak tahu.Kalau macam tu saya pergi dulu.Lagipun saya belum order apa apa lagi." Fiona sudah mengambil beg tangannya dan mahu mengangkat punggung untuk pergi.
"Ehh...tak apa awak boleh duduk sini.Nanti kesian pula dekat awak kena pergi kafe lain.Makan masa.Apakata awak duduk aje dekat sini, boleh kita makan sama sama.
Fiona berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
"Girl !"
"Ye ? "
"Hey are you okay ? Saya cakap awak boleh duduk sini.Have a seat.Jangan risau, sebab belum keluar lagi dalam apa apa media yang mengatakan saya pernah makan orang.Tapi kalau makan hati selalu jugaklah."
YOU ARE READING
Tembak Egoku Tuan Inspektor
RomanceBiarpun saya bukan seorang Engineer yang boleh melakar peta kisah hidup kita, tapi saya seorang Tuan Inspektor yang boleh menembak ego awak .