Tembak Egoku Tuan Inspektor

217 8 0
                                    

Bab 8

"Bang! Bang! Abang!"

"Ha..apa? Kau panggil aku ke Esah?"

"Iyelah...banyak kali saya panggil, abang tak sahut pun. Ralit sangat baca surat khabar." Rungut Mak Esah.Geram dengan tingkah suaminya yang tidak memgendahkan panggilannya sejak dari pagi tadi.

"Mana tak ralitnya kalau dah baca tentang ekonomi negara. Haruslah ralit." Jawab Pak Nordin pula.

Mak Esah meletakkan bekas berisi makanan di hadapan suaminya.Menunya pagi ini ialah mi basah.Dia mencapai pinggan. Mi basah terus dicedok dan diletakkan di atas pinggan, lalu diletakkan di hadapan suaminya. Mak Esah menuang pula minuman yang dibancuhnya untuk suaminya, Arzaq dan untuk dirinya sendiri.

"Makan bang." Pelawa Mak Esah.

Mak Esah kembali ke dapur.Pak Nordin ditinggalkan sendirian di meja makan.Bayang Arzaq selaku anak angkatnya belum lagi kelihatan.

Belum bangun lagi agaknya si budak Arzaq tu.

"Arzaq mana? Belum bangun lagi?" Tanya Pak Nordin apabila menyedari bayang Arzaq masih lagi tidak kelihatan di ruang makan.

"Kat bilik dia lah.Belum bangun lagi kot."

Pak Nordin terus bangun.

"Abang nak ke mana tu?" Soal Mak Esah.

"Nak panggil Arzaq lah ajak dia sarapan sekali."

"Biar saya panggil la.Abang tunggu sini saja." Usul Mak Esah pula.

"Hurm"

Pak Nordin kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Tanpa membuang masa dia terus menyuapkan mi basah ke dalam mulutnya.Masakan yang dimasak isterinya sangat kena dengan deria rasanya.Sedap!

Pintu bilik Arzaq diketuk perlahan.

Tiada respon!

Pintu diketuk lagi.Kali ini sedikit kuat daripada tadi.Sambil mengetuk Mak Esah memanggil nama Arzaq.

"Ya mak." Arzaq bersuara dari dalam.Suaranya kedengaran serak basah kerana baru terjaga dari tidur.Bunyi pintu diketuk berkali kali ditambah dengan suara Mak Esah yang memanggilnya membuatkan lenanya terganggu.

Pintu bilik Arzaq dibuka.

"Arzaq bangun nak, dah pagi dah. Kita sarapan sekali." Arzaq mengeliat kemalasan.Matanya digenyeh sebelum bangkit dari katil.Dia menutup mulutnya yang menguap.Dia melihat jam di skrin telefon bimbitnya sebelum kembali merebahkan badan untuk tidur balik.

"Awal lagi la mak." Arzaq bersuara sambil menarik selimut menutup badannya.

"Arzaq dahla tidur tu bangun sarapan.Ayah dah tunggu dekat bawah." Kejut Mak Esah lagi sambil tangannya menarik selimut yang menutupi badan Arzaq.

Ni mesti sebab terlalu penat ni.Biasanya Arzaq tak macam ni. Dia bukan jenis liat nak bangun pagi.Tetapi harini Mak Esah terpaksa kejutkannya.Sebelum ni tak payah nak kejutkan sebab Arzaq elok aja bangun sendiri. Setelah puas dikejutkan, akhirnya Arzaq mengalah.Dia bangun jua dari katilnya.

Arzaq turun dengan memakai baju sukan lengkap.Baju t-shirt warna grey dan seluar adidas hitam.Dia yang baru muncul terus melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan berhadapan dengan Pak Nordin. Pantas tangannya mencapai pinggan yang satu satunya berisi mi basah yang telahpun dicedok oleh Mak Esah untuk dirinya. Iyelah untuk siapa lagi kalau bukan untuk dirinya, sebab Mak Esah dengan Pak Nordin tengah makan dah pun.

Pergh! Sedap ni.Confirm.

Ye, ye aje Arzaq ni, belum makan lagi sudah puji sedap.Air liurnya pula sudah banyak kali ditelan kerana terlalu banyak meleleh. Tahu sangat kepakaran Mak Esah dalam bab memasak.Memang tak ada siapa boleh lawan.Arzaq menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Nikmat.

Tembak Egoku Tuan InspektorWhere stories live. Discover now