Bab 6
Malunya! Mana aku nak sorok muka aku ni? Kenapa aku boleh terlupa untuk sarungkan tudung waktu keluar rumah tadi? Lalai betul la aku ni.Ni semua gara gara Luhan.Kalau tak kerana dia aku tak akan keluar rumah tadi dan benda ni tak akan berlaku. Percuma saja aku dapat dosa.
Tak apa Fiona.Mungkin laki tu dah lupa kot pasal ni dan langsung tak ingat macam mana rupa rambut dia.Harap haraplah.Okey Fiona Azzahra, kita tutup cerita ni.Kau anggap sahaja perkara tadi tu mimpi kau semalam dan perkara ni tak pernah berlaku.
Fiona, kau masih lagi suci, tak ada sorang pun ajnabi yang dah tengok rambut kau.Peristiwa tadi hanya mimpi.Ya mimpi, just a nightmare! Tarik nafas hembus...tarik...hembus... Fuh lega sekarang!
Setelah puas mundar mandir Fiona merebahkan badannya di atas katil.Dia menggeliat malas. Perasaan gabra dalam dirinya telah hilang dan peristiwa tadi cuba untuk dilupakan secara perlahan lahan.
------------------------------------------------------
"Luhan..." Bisik Arzaq perlahan. Dia hanya mampu menyebut nama kucing sahaja kerana belum mengetahui nama pemilik kucing tersebut.
Di sebalik tingkap, Arzaq Danial memandang tepat rumah sebelah tempat tinggal Fiona.Dia terseyum sendirian bila teringatkan peristiwa tadi. Terasa lucu melihat telatah gadis itu.Seorang gadis yang gabra, gugup dan cepat menggelabah.
Apa dia tengah buat sekarang ya? Tengah main dengan Luhan ke? Agak agak dia masih ingat lagi tak peristiwa tadi? Dia tahu tak bahawa aku tengah intai dia sekarang? Entah entah dia yang sedang intai aku kot.Arzaq bermonolog.
Allah kenapa ni? Arzaq mengeluh.Dia sendiri sudah lupa entah kali ke berapa soalan itu berlegar dalam kotak pemikirannya.Akalnya ligat berfikir untuk mengecam wajah itu kerana gadis itu seperti pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi akalnya masih lagi tidak dapat mentafsir adakah benar dia pernah bersua dengan gadis itu.Sudut hatinya benar benar berharap agar dapat bertemu lagi dengan gadis tadi agar boleh menyusulkan soalan itu terus kepada tuan punya badan.Hish... muka tak malu betul la kau ni Arzaq.Dia mengutuk diri sendiri.
'Cantiknya dia..'
Arzaq Danial menggeleng laju. Kau dah hilang akal ke Arzaq?
'Comelnya bentuk muka dia.Tapi sayang tak pakai tudung, kalau pakai tudung mesti lagi cantik'
Arzaq menampar pipinya. Gelenggannya semakin laju. Mukanya digosokkan dengan telapak tangan.Arzaq jangan jadi gila.Kepala aku ni dah kene berak dengan makhluk bertanduk agaknya sebab itu lah jadi sewel macam ni.
'Rambut dia panjang.Ikal mayang.Terurus molek pula tu.'
Pap! Laju tangannya memukul kepala sendiri.Rambutnya diramas.Dia cuba menghalau ingatan jahat yang masih bermain dalam fikirannya sejak dari pagi tadi.Ingatan negetif yang membuatkan tulang rusuk kirinya bergetar.Bermacam ayat yang telah dibacanya, solat sunat sudah lebih dua kali dia tunaikan.Tapi, ingatan terhadap gadis itu masih tidak dapat dilupakan.Perkara itu masih tajam dalam ingatannya. Sekarang ini, rumah sebelah juga yang dicari untuk dijadikan mangsa tatapan.
'Putih betul kulit tekak dia. Waktu gabra pun masih comel. Tambah tambah lagi bila dia buat muka simpati memohon kucing kesayanggannya dilepaskan.'
Laju mukanya ditekup dengan tangan.Astaghfirullahalazim! Astaghfirullahalazim! Astaghfirullahalazim! Cepat cepat Arzaq beristighfar dalam hati.Banyak kali.Kau memang nak kena Arzaq.Ingat Allah! Ingat Allah! Dia tu bukan mahram kau Arzaq.Kau kene lupakannya, tak boleh terus macam ni.
Tapi bayangan yang sama masih ada walaupun matanya sudah dipejam rapat dan muka diraup berkali kali.
Arzaq bangun beredar dari terus memandang ke arah rumah jirannya.Lagi lama dia mengintai, lagi banyak kepalanya akan ditumbuhi tanduk.Triple! Sudahlah sejak pagi tadi, satu benda pun belum dilakukannya. Lepas menyapu ubat di lukanya terus dia masuk bilik.Makan pun tak sebab perut tidak berasa lapar.Niat hendak keluar cari makanan langsung terkubur. Masanya banyak dihabiskan dengan mengingati rumah sebelah.
YOU ARE READING
Tembak Egoku Tuan Inspektor
RomanceBiarpun saya bukan seorang Engineer yang boleh melakar peta kisah hidup kita, tapi saya seorang Tuan Inspektor yang boleh menembak ego awak .