Prolog
Lambakan kerja di atas meja dijadikan santapan sebelum jari jemarinya kembali laju menaip dan menari di atas papan kekunci komputernya.Telefon bimbit yang berbunyi bunyi minta diangkat dibiarkan sahaja tanpa jemu mendengar jeritannya.
Dalam ralit menaip, bibir merahnya masih sempat mengukir senyuman sinis di hujung bibir.Jangan haraplah panggilan itu akan diangkat, tahu sangat gerangan gila gila yang menelefonnya tanpa henti itu.
Fokusnya pada kerja di hadapan bertambah baik sebaik sahaja keadaan menjadi sunyi daripada gangguan seorang homosapien yang sering dia terima sejak dulu lagi.Ketika ini barulah dia dapat merasa ketenangan.
Namun rasa tenang itu hanya seketika, kerana tidak lama kemudian telefon pejabatnya pula berdering minta diangkat. Sempat dia berkira kira sama ada mahu menjawab atau tidak panggilan itu.Beberapa saat kemudian, tarian jarinya di atas papan kekunci terhenti.Dahinya berkerut tanpa dirancang sebelum telefon di atas meja dicapai.
"You nak apa, tak puas lagi ganggu I dekat luar sekarang telefon pejabat pulak ? Dah jangan ganggu I."
"Woo...woo...kenapa ni, tiba tiba melenting ?"
"Lah kau.Sorry bro aku ingat betina tu tadi."
"It's okay, aku faham. Assalamualaikum."
"Hmm...walaikumussalam.Ada apa kau call aku ni ?"
"Aii...nak call pun tak boleh ke ? Busy sangat ?"
Dia tergelak besar. "Takdelah kau kan off harini."
"Saje je.Due date jom."
"Aku tengah sibuk siapkan laporan pasal kes dua hari lepas ni.Kita jumpa petang nanti lah, itupun aku tak janji sebab takut tiba tiba ada job."
"Lupa kau kan orang penting."
"Nonsense. Banyaklah kau punya orang penting."
"Hhahahaha! Kau dah buka e-mel aku ?"
"Tak! Aku belum sempat online lagi dari tadi.Ada apa, kes besar ke ?"
"Buka e-mel kau sekarang."
"Okey dah.Ceh setakat kes ni nak buat apa.Bukan dah lama selesai ke ?"
"Belum lagi.Kita silap suspek."
"What ? Bukan ke haritu pihak atasan memang dah sahkan kes ni ditutup ?"
Tangannya laju menekan butang download.Tertera tulisan panjang dan gambar sebenar tentang identiti suspek.Belakang kepala yang tidak gatal digaru perlahan. 'Macam mana boleh silap suspek ni.Mustahillah.' Mengeluh.
"Menurut hemat aku, lepas ni kita dah tak ada masa rehat.Kita perlu bersedia mendengar amarah dan apa apa sahaja arahan yang keluar dari mulut Pengarah Hazlan.Tak payah stress lah dah memang tugas kita pun, redha je.Assalamualaikum."
"Walaikumussalam." Telefon diletakkan kembali.Matanya ralit membaca setiap patah perkataan yang tertaip kemas di skrin komputernya.Kepalanya menjadi kusut.Tak habis habis kes jenayah.Sana, sini, situ jenayah. Bilalah agaknya negara Malaysia ni nak capai tahap sifar jenayah.
------------------------------------------------------
Canne guys ohkehh tak ? Sorry korang Lyana silap tulis sebenarnya . Patutnya Lyana tulis prolog dulu baru tulis chapter one , takpelah sis redho !Dah baca jangan lupe comment dan vote okey .
I will love u guys . Nak flying kiss ke ? Takyahlah hhehehehe ! 🌸✨

YOU ARE READING
Tembak Egoku Tuan Inspektor
Roman d'amourBiarpun saya bukan seorang Engineer yang boleh melakar peta kisah hidup kita, tapi saya seorang Tuan Inspektor yang boleh menembak ego awak .