Tembak Egoku Tuan Inspektor

246 9 2
                                    

Bab 4

"Hai El, kau kenapa masam aje muka? Patah hati? Sebab baru gaduh dengan boyfriend? Boyfriend kau dah tak nak dekat kau sebab dia ada pengganti   lain?" Tegur Fiona mematikan lamunan sahabatnya El.

"Beb! Kau dari mana?" Soal El terpingga pingga.

"Dari mana apanya aku memang terpacak dekat sini dari tadi lagi. Kau kenapa? Macam orang baru mati suami saja aku tengok?" Fiona berasa pelik dengan sikap El hari ni.Dah lama dia tidak mencuka macam ni, tetapi hari ni tiba tiba sahaja.Sebetulnya dia rasa tertanya tanya dengan sikap El petang ini.Biasanya kalau mereka bersantai, jarang suasana senyap seperti ini.Ada saja modalnya nak menyakat Fiona.Mulutnya memang kalah itik sebab asyik nak potpet... potpet...aja.Tapi petang ini dia berubah senyap.Air coklat di dalam mug pun tidak disentuh.

"Tiada apa aku okey." Sah menipu.Jelas sangat yang El tidak okey.Fiona mendengus kasar.Haish...geram betul bila soalan yang diajukan tidak dijawab dengan jujur.

"El, story la."

"Hmm...betul la apa kau cakap tu." Dengan perlahan El menjawab.

"Apa? Betul? Jadi sebelum ni kau memang dah kahwin lah? Memang dah ada suami, dan sekarang suami kau meninggal? Kenapa kau tak bagitahu aku awal awal?" Fiona membeliakkan mata.Terkejut dengan jawapan yang didengarinya dari mulut El.Tidak meyangka El gadis muda yang baru berusia 23 tahun dan seusia dengannya dah kahwin, tanpa pengetahuannya pula tu.Perkara yang lebih tragis, suaminya telah meninggal dan El masih lagi di sini.Kenapa tak balik ziarah arwah suaminya? Atau sebelum ni diorang bergaduh? Kesian El muda muda lagi dah jadi janda.

"Tapi El, kenapa suami kau meninggal? Bersungguh Fiona mengambil tahu.

"Ouh! Kejap...macam ni...haritu korang suami isteri bergaduh, lepastu kau merajuk, lepastu suami kau pun merajuk juga dan dia tak nak cari kau sebab dia nak kau cari dia, lepastu arwah suami kau tunggu punya tunggu tapi kau tak datang, lepastu dia fade up dan bunuh diri. Kesiannya sad ending." Tangan Fiona diletakkan di mulut tanda simpati.

Ya Allah! kesiannya dekat kawan aku ni.Sebab tu lah dia senyap aje, rupanya ada masalah dalam rumah tangga.Lepas ni dia mesti kesunyian sebab ditinggalkan suami.Simpatinya aku dengan kau El.Aku harap sangat kejadian ngeri ini tidak lagi berulang, tambah tambah lagi dekat diri aku.Ya Allah, hambamu ini berdoa meminta dijauhkan daripada perkara sebegini.

"Betul lah apa yang kau fikir tu Fin, laki aku meninggal sebab bunuh diri.Sepatutnya harini kitorang sambut anniversary kitorang yang ke setahun, tapi tak sempat.Kitorang kahwin dekat Thailand dulu." El bernada sedih meratapi pemergian arwah suaminya.

"Sabarlah El, kau sahabat aku, aku faham perasaan kau. Mulanya memang aku rasa nak marah sangat dekat kau sebab kau kahwin tak ajak aku.Tapi lepas tahu suami kau baru meninggal, aku jadi kesian.Terus aku batalkan niat aku." Fiona menjawab setiap bicara El. Sebetulnya dia simpati dengan sahabatnya.

"Woi kau merepek apa ! El menolak perlahan tubuh Fiona.

"Aduh! Kenapa? Salah ke apa yang aku cakap?" Fiona menggosok perlahan badannya. Dia memanggung kepala memandang sahabatnya meminta jawapan.

"Memanglah betul apa yang kau cakap tu.Tapi yang aku mengiakan bukan pasal aku mati suami.Tapi pasal boyfriend aku, dia dah ada orang lain." Suara El sedikit mengendur ketika dia mengatakan kekasihnya sudah mempunyai orang lain.

"Dah kau cakap kau kahwin dekat Thailand, gila aku tak percaya."

"Sorry."

"Kalau setakat pasal kekasih kau tu tak payah nak sedih sangatlah, buat membazir air mata aje. Kumbang bukan seekor. Lagipun kau bukan tak kenal perangai lelaki ni macam mana, kalau bercakap mulut memang manis tahap kalau semut dengar pun boleh kene potong kaki." Fiona masih berasa simpati terhadap sahabatnya.Patah hati kerana cinta memang sangat memeritkan dan menyedihkan kerana melibatkan perasaan dan kasih sayang seseorang.Terlalu ramai makhluk Allah di bumi ini yang rosak kerana cinta.Ada yang rosak mental, tergadai maruah, sanggup mengkhianati keluarga, sahabat mahupun orang sekeliling semata mata kerana cinta, dan paling menyedihkan ada yang sampai sanggup membunuh.Perkara ini semua terjadi kerana terlalu percayakan cinta dan sampai satu tahap akan menjadi masalah kerana cemburu buta. Iyelah siapa yang tidak cemburu apabila segalanya telah dicurahkan, dan akhirnya dikhianati kerana kecurangan pasangan.Kesian!

Fiona faham perasaan El, kerana sebelum ini dia telah melalui perkara yang sama.Walaupun sudah hampir tiga tahun tidak bercinta, tetapi dia masih lagi ingat saat dia putus cinta. Sungguh menyedihkan setelah cintanya terputus di highway dulu, dia langsung tidak memikirkan untuk bercinta lagi sampailah sekarang.

"Tapi aku harap sangat dia akan terima aku balik." Ucap El perlahan.Kedengaran betul betul ikhlas.

"Tapi kan El, yang aku pelik kenapa kau tak pernah pun kenalkan aku dengan pakwe kau. Apa mahal sangat ke wajahnya sampai aku tak pernah tengok pun walau sekali? Atau kau takut aku jatuh hati dekat pakwe kau?"

"Mana adalah.Aku bukan tak nak kenalkan, cuma belum sampai masa lagi kot.Gambar dia pun ada banyak dalam telefon lama aku yang rosak tu, dalam telefon baru ni tak ada langsung gambar dia." El beralasan.Bukan sengaja El tak nak kenalkan dekat Fiona, cuma dia malu kerana lelaki itu membenci dan tidak menyintai dirinya.Kalau setakat mahu menunjukkan gambar memang boleh sangat, tapi dia belum bersedia kerana cintanya sekarang hanya bertepuk sebelah tangan.Bertepuk sebelah tangan mana nak keluar bunyi.

"Macam tu pulak.Nanti kau jangan lupa kenalkan de..."

"Eh Fin, kau tak nak balik rumah umi kau ke? Aku rasa dah lama kau tak balik, kau tak rindukan umi kau?" Cepat cepat El menangkas bicara Fiona kerana dia dapat menghidu apa yang ingin dikatakan Fiona, mestilah gadis di hadapannya ini ingin kenal dengan kekasihnya.
Maaflah Fin aku bukan tak nak kenalkan cuma belum sampai masa lagi, bercakap dengan kau pasal part ni boleh buat aku meroyan.

"Haa...nasib baik kau sebut pasal umi aku.Ni aku nak bagitahu, esok aku balik rumah umi.Kali ni aku balik lama sikit kot sebab nak ganti yang lepas lepas. Maklumlah kan, dah lama aku tak jumpa umi.Rindu ketat ketat dah ni, lagipun ni musim cuti study week." Mujurlah El ingatkan dia tentang umi, kalau tak memang dia dah lupa nak bagitahu El yang dia nak balik rumah uminya esok.Banyak perkara yang dia ingin lakukan di kampung nanti untuk melepaskan rasa rindu.

Alhamdulillah umpan mengena. Tak sia sia aku pancing si Fiona ni. El sudah mengucap syukur di dalam hati kerana helahnya memusing topik perbualan dengan Fiona tadi berjaya. Disebabkan itu, Fiona terus melupakan perihal kekasih El. Alah minah ni memang, sebut je pasal uminya terus hilang benda lain yang berlegar dalam minda. Anak umi kan, mana boleh berpisah lama lama.

____________________________________

Banyaknya lepastu hhahahaha.

Korang perasan tak dalam tulisan Lyana ada banyak ' yang, yang, yang, dan yang ' lepas ' yang satu, yang dua, lepastu yang tiga dan seterusnya. Hadoi tak lengkap rasanya kalau tak ada ' yang ' !  Tapi takde ke sesiapa datang ingin menambah 'sa' dekat depan ' yang ' ? Okey merapu. 🙈😂 .

Lepas baca jangan lupa comment dan vote ye guys . Komenlah negetif ke positif ke insya'allah Lyana terima. Komen kan dapat membangunkan kita sebagai seorang yang berjaya !

Tembak Egoku Tuan InspektorWhere stories live. Discover now