Tembak Egoku Tuan Inspektor

241 7 0
                                        

Bab 5

Luhan! Nak pergi mana tu? Jangan keluar! Laung Fiona Azzahra apabila kucing kesayangannya si Luhan sudahpun melepasi pintu pagar rumah uminya.Degil betul Luhan ni.Siaplah kau kalau aku dapat tangkap, masak kau kene panggang nanti.Suka sangat keluar rumah merayau sana sini. Lepastu gaduh dengan kucing jiran.Kalau menang tu tak apa juga, ni luka sana luka sini. Pastu siapa yang susah? Aku juga sebab terpaksa sapu ubat dekat luka kau.Tak reti nak serik langsung.

Luhan sekadar menggedikkan ekornya.Dengan selamba Luhan memasuki rumah jiran tuannya. Sesedap kau je Luhan ye masuk rumah orang.

"Cis! Memang sah minta kene masak gulai lemak tempoyak si Luhan ni.Asyik menyusahkan aku ajelah.Kau sedar tak yang aku ni tuan kau dan kau tu kucing? Aku rasa kau tak sedar semua tu dan kau tak ingat pun yang kau ni kucing.Dah kucing tu jadilah kucing, tak payahlah berlagak nak jadi pencuri tak berbayar masuk rumah orang sesuka hati.Siaplah kau." Gerutu Fiona.Tanpa banyak bicara lagi, dia ikut membuka pintu pagar rumah Mak Esah sambil terhendap hendap di sebalik pokok bunga halaman rumah Mak Esah.

"Meow...meow...meow..." Panggil Fiona sambil memetik jari memanggil kucing kesayangannya.Saat Luhan berhenti memberi perhatian kepada Fiona, dia terus menerkam Luhan yang nakal plus degil itu.Sayangnya Luhan terlalu pantas untuk ditangkap.

Tanpa meminta izin daripada sesiapa Luhan terus memasuki rumah Mak Esah.Luhan telah membuat rumah Mak Esah seperti rumahnya sendirian berhad.Melampau tahap kritikal betul si Luhan ni, aku panggang bebetul kan nanti buat makan malam. Fiona menghela nafas berat cuba menenangkan hatinya yang panas.Geram dengan telatah si Luhan pagi ini.Dengan berhati hati dia memasuki rumah Mak Esah.Matanya mengekori langkah kaki kucing pujaan hatinya yang memasuki ruang dapur.

Fiona tumpang masuk rumah ye Mak Esah.Fin janji Fin tak akan buat apa apa pun dalam rumah Mak Esah, Fin hanya nak ambil intang payung emas Fin aje.Bisik Fiona sendiri.Sekali lagi dia terhendap hendap di sebalik peti Toshiba milik Mak Esah. Pergerakkannya dapat dikesan oleh Luhan yang licik lagi tangkas itu.

Bukan main lagi gelagat Luhan. Bagaikan big bos.Selamba sahaja dia menjatuhkan badannya di kaki kerusi meja makan. Kemudian dia menjilat jilat bulunya dengan penuh khusyuk ala ala Garfield.Langsung tidak menghiraukan Fiona yang mula berapi.Kalau kau datang rumah orang setakat nak jilat bulu buat apa Luhan? Kau duduk rumah lagi baiklah, aku akan sediakan kau karpet merah lagi.Siap kau Luhan! Gerutu Fiona lagi seraya menerkan kucingnya.

Dapat pun, mana baby nak lari hah? Ujar Fiona.Dia mencium berkali kali kucing kesayangannya itu. Bibirnya sudah mengukir senyuman panjang.Namun senyumannya hilang saat matanya bertembung dengan renungan tajam bak helang lapar yang mahu menerkan mangsanya melihat gelagat dia bersama si comel Luhan.Lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik air dan hanya bertuala seperti pernah dilihat Fiona sebelum ini.

Wow! Ada six pack.Pujian Fiona itu hanya mampu diucap dalam hati kerana takut akan lelaki yang tercegat di hadapan pintu. Setelah perasan bahawa dia melihat satu susuk tubuh yang tidak berbaju dan mendedahkan otot, terus dia menjerit sambil berpaling ke arah lain.

Amboi, kau Fiona! Lepas habis scan semua badan orang tu baru kau reti nak tutup mata. Astaghfirullahalazim! Tak pasal pasal rosak mata aku yang suci ni.Fiona beristighfar di dalam hati.

"Minta maaf tadi sa..."

"Excuse me! Who are you?" Soal lelaki itu.Lagak seperti seorang polis pencen tidak mahu memberi peluang kepada Fiona untuk menjelaskan perkara sebenar.Fiona kembali memandang ke arah lelaki itu semula yang telahpun selesai memakai baju.Hensemnya! Anak kacukan ke? Tapi mamat ni nampak familiar lah.

"I'm asked who are you?" Tanya lelaki itu, lebih tegas dari sebelumnya.Melihat wajah serius lelaki itu membuatkan Fiona serba salah sendiri.

"I'm your neighbour" Fiona berlagak tenang.Dia mengatur balik degupan jantung supaya kembali normal.Gila tak keruan tengok lelaki hensem yang separuh bogel.

Tembak Egoku Tuan InspektorWhere stories live. Discover now