Bab 3
Setibanya di hadapan pintu rumah setelah balik berjogging, matanya menangkap beberapa pasang kasut yang jarang jarang dilihatnya.Tiba tiba matanya terpandang satu kasut lain yang pernah dilihat dipakai seseorang.Arzaq Danial mengeluh perlahan.Badannya yang terlalu penat setelah balik dari berjogging terpaksa melayan tetamu pula ? Dan tetamu tersebut, argh... Seseorang yang amat dibencinya. Belum lagi tengok muka, dengar namanya sahaja pun dah cukup meluat.Pagi pagi buta dah datang rumah orang, macam tak ada rumah sendiri.Tahulah harini hujung minggu.
"Assalamualaikum." Arzaq Danial memberi salam dengan wajah yang langsung tidak dihiasi senyuman.Kelihatan ada satu keluarga yang tidak mahu dilihatnya di ruang tamu.
"Walaikumussalam. Haa... Arzaq, dah balik pun kamu.Pukul berapa kamu keluar tadi ? Papa tak perasan pun kamu keluar ?"
Kepulangannya disambut dengan soalan dari papanya Tan Sri Halifie.Arzaq Danial tersenyum nipis, senyuman paksaan sebenarnya.Soalan papanya dibiarkan tidak terjawab.Dia berjalan menuju ke arah Uncle Khalid untuk bersalaman tanda menghormati orang tua.Uncle Khalid bersama isterinya Untie Julaida adalah parents Elina selaku bekas bakal tunang Arzaq.Arzaq Danial hanya memandang sekilas wajah Elina.Tak lalu nak pandang lama lama.
"Uncle Halifie...Arzaq kan berpangkat besar, Tuan Inspektor Arzaq.Berdedikasi pulak tu.Haruslah kene sihat dan badan mesti sado, barulah mudah nak lawan orang jahat nanti." Ujar Elina dengan suara sengaja digedikkan.Arzaq Danial mencebik.Pujian yang selalu didengar dan dah lama lapuk.Menyampah.
"Kerja,kerja juga Arzaq, tapi kamu tu bukan muda lagi.Kamu kene sedar usia kamu semakin meningkat bukan menurun, bila kamu nak kahwin ? Bukan apa kalau kamu kahwin ada juga yang nak jaga makan pakai kamu nanti." Untie Julaida menambah.
Kahwin! Kahwin! Kahwin! Tak ada topik lain ke nak dibincangkan ? Stuck otak. Arzaq Danial hanya mampu mengata di dalam hati.Setiap kali jumpa Elina, topik yang sama akan dibincangkan.
"Nanti, nantilah fikir uncle, untie.Memanglah Arzaq dah ada calon tapi Arzaq belum bersedia lagi nak jadi pemimpin keluarga belum layak lagi." Mendatar sahaja suara.
"Lagipun kalau kahwin setakat nak suruh jaga makan minum sahaja buat apa ? Semua tu Arzaq boleh buat sendiri sebab dari kecil lagi Arzaq dah diajar untuk berdikari tanpa mengharapkan sesiapa." Tambah Arzaq lagi.Untie Julaida terdiam, riak wajahnya sedikit berubah.Sentap ke wanita itu ? Biarlah.Memang benar Arzaq dah pandai biasakan dirinya membuat sesuatu sendiri tanpa harapkan bantuan orang lain, kerana dia membesar tanpa ibu disisi.Dari situ dia belajar untuk tidak menyusahkan orang lain.
"Kalau calon dah ada, apa tunggu lagi ? Masuk merisik ajelah.Kami dah lama bersedia, tunggu isyarat daripada kamu sahaja."
Arzaq Danial terkedu.Huh! Macam dapat diagak apa yang Untie Julaida ingin sampaikan ingatkan dah tak nak buka mulut lagi dah.Mesti mereka salah faham, tak pun mereka terperasan dengan sengaja.Wajah Elina sudah tersengih sengih.Mungkin dia ingat calon yang dinyatakan Arzaq adalah dirinya.Sedangkan itu sekadar helah lelaki itu untuk lari dari topik perkahwinan.Calon tang mananya Arzaq Danial.
"Arzaq minta maaf keputusan Arzaq tetap sama dan muktamad.Seperti apa yang dikatakan Arzaq tadi, Arzaq belum bersedia."
"Ehh Tuan Arzaq ni, kalau segan cakap aje segan, tak payah I dengan you nak tunggu lama lama.Biar I yang masuk meminang you." Wajah Elina dipandang tajam.Lama! Respons Elina itu benar benar di luar jangkaannya.Memang perempuan tak tahu malu, dah orang tak nak tu pergi balik ajelah.Ni tak masih sempat menggatal lagi, nak pancing aku konon.Ejek Arzaq di dalam hati. Ni bukan perigi cari timba, tapi pergi cari nahas.
"Oh ya, Elina ada cerita dekat papa tentang dia dengan Arzaq. Papa dengar korang dah getback balik, dah jalin hubungan semula.Betul ke ?"
Arzaq Danial membesarkan matanya ke arah Elina.Kerja gila apa lagilah perempuan ni buat. Kalau bukan sebab mulut besar dan celopar perempuan ni, sudah tentu perkara sebegini tidak akan terjadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/109579207-288-k5507.jpg)
YOU ARE READING
Tembak Egoku Tuan Inspektor
RomanceBiarpun saya bukan seorang Engineer yang boleh melakar peta kisah hidup kita, tapi saya seorang Tuan Inspektor yang boleh menembak ego awak .