Tanpa Arzaq Danial sedar, hampir 15 minit dia menyorok di belakang pokok kelapa yang berada betul betul di hadapan rumah Fiona.Sepasang matanya sedang memerhati tingkah laku Fiona bersama kucingnya dari sebalik pokok kelapa itu. Kepalanya terhendap hendap dan hatinya pula berdoa agar buah kelapa di atas pokok tempat dia menyorok tidak gugur.Takut juga jika buah kelapa kering tiba tiba jatuh atas kepalanya.Nanti tak pasal pasal mati katak.
Apabila melihat orang sebelah rumahnya memandang ke arah pokok kelapa tempat dia menyorok, segera dia melarikan kepalanya agar tidak dilihat Fiona.Apabila merasakan dirinya selamat, Arzaq mengintai lagi. Dilihatnya Fiona begitu riang bermain dengan kucingnya. Gadis itu betul betul meminati kucing.Tatkala nelihat Fiona masih lagi memakai baju tidur, hati kecilnya sempat lagi mengejek.
Arzaq langsung tidak berniat atau menyimpan hasrat untuk mengintai Fiona walaupun pagi tadi dia sudah memandang ke arah rumah itu sebelum keluar berjogging.Tadi kelihatan rumah itu masih lagi bertutup rapat.
Segala penat dan lenguh tidak lagi dirasai Arzaq apabila dirinya dapat melihat wajah polos Fiona. Kali ini dia dapat menatap gadis itu lama walaupun dari jauh kerana gadis itu bertudung.
Sah memang dia! Jerit hati Arzaq.Teruja kerana Fiona adalah gadis yang dia temui di restoran tempoh hari.Hari itu Arzaq tidak dapat mengecam Fiona kerana gadis itu tidak bertudung.
------------------------------------------------------
Sampai di pintu pagar rumah, Fiona berpatah balik masuk ke dalam rumah mencari uminya. Kelihatan uminya sedang memasukkan sesuatu ke dalam peti ais.
"Umi bubur jagung ni nak bagi dekat rumah jiran sebelah mana? Kanan ke kiri?" Bekas plastik berisi bubur jagung berbentuk segi empat di tangannya diangkat paras pinggang.Isinya dari dalam dapat dilihat dari luar kerana bekas itu bersifat lutsinar.
"Budak bertuah ni! Benda ni pun nak kene bagitahu ke?" Bernada sedikit marah.
"Iyelah mana Fin tahu nak bagi dekat rumah mana.Kita kan ada ramai jiran." Fiona membela diri.
"Jiran sebelah kanan lah, rumah Mak Esah.Kalau rumah sebelah kiri nak bagi dekat siapa? Rumah tu kan tak ada orang sewa."
"Okey...okey...Fin pergi sekarang."
Fiona memusingkan badannya ke belakang berura ura untuk pergi.Lagi dia berdiri dekat situ, lagi dia kena dengan uminya.
'Baik aku cabut awal awal sebelum umi cakap macam macam.Siapa tak kenal umi mulut ada satu je, tapi kalau dah mula membebel bermacam benda dia hujahkan.Siap dengan bermadah lagi.Kadang kadang tu rasa macam umi kuasa sepuluh pulak.'
Fiona menyarungkan selipar lalu berjalan ke arah rumah Mak Esah.Sampai saja di depan rumah Mak Esah dia teragak agak untuk memberi salam apabila teringatkan peristiwanya bersoal jawab dengan detektif tidak diiktiraf ketika dia menceroboh rumah Mak Esah untuk mengambil Luhan.
Terasa mahu pulang ke rumah semula, tetapi kakainya tetap saja kaku tidak mahu melangkah.Suaranya pula seolah olah tersekat di kerongkong. Tidak mahu mengeluarkan suara.Sel saraf mentafsir supaya memberi salam memanggil tuan rumah, tetapi suaranya tetap tidak mahu keluar.
"Assala..." Fiona tidak jadi memberi salam.Dia mengigit jari.Berfikir mahu beri atau tidak bubur jagung di tangannya sekarang ini kepada tuan rumah. Bubur jagung di tangannya sudah beransur sejuk.
Apa perlu dibuat sekarang? Tengah berfikir untuk bagi atau tidak.Kalau tak bagi, apa alasan nak jawab dekat umi nanti bila bawak balik semula bubur jagung ni? Tapi kalau bagi, macam mana nanti kalau bukan Mak Esah yang keluar? Alamak macam mana ni? Macam tengah jawab soalan aras tinggi lah pulak perlu fikir cara nak bagi benda ni.Soalan semester enam hari tu pun tak susah macam ni lah.
YOU ARE READING
Tembak Egoku Tuan Inspektor
RomansaBiarpun saya bukan seorang Engineer yang boleh melakar peta kisah hidup kita, tapi saya seorang Tuan Inspektor yang boleh menembak ego awak .