Sunset

58 1 0
                                    

Corrine memandang lautan yang luas terbentang itu dengan sayu. Hatinya dipagut rindu. If I can write my own lifestory....If I still can be with him...

Dirinya merasakan kesepian. Dan secebis harapan untuk melihat si dia lagi. Theo...kenapa secepat ini waktu memisahkan kita? Kenapa semudah itu you tinggalkan diri I? Kenapa semua ni terjadi pada I?

Corrine masih memandang laut biru pantai yang indah dan bersih itu. Di sinilah kenangan terakhirnya bersama Theo menjadi saksi cintanya yang setia. Di pantai inilah dia berjanji bahawa dia akan sentiasa memegang cinta Theo. Di sinilah,pantai ini bersaksi akan kisah cinta mereka. Tapi...apa yang dah jadi? Kenapa Theo cepat sangat meninggalkan si gadis berambut panjang bernama Corrine? Kenapa cinta mereka tidak semanis dan seindah seperti ketika mereka berpelukan hangat?

Kenapa?

Biarlah...aku hanya ingin menikmati hari-hariku dengan kenangan saat indah bersama Theo. Sunset...

Matahari terbenam,aku tunggu dirimu. Begitulah kata hati Corrine. Gadis berumur 24 tahun itu melangkah menuju ke laut,bagai ingin mengejar sang matahari yang kian melabuhkan tirainya. Theo...is that you? Tanya Corrine pada diri sendiri apabila dia semakin dekat dengan air laut.

Di bawah kesedaran diri,Corrine melangkahkan kakinya. Bibir pucatnya masih memanggil nama yang sama. Theo. Theodore Argenhood. Sang kekasih yang dipuja,namun juga yang melukai hati kecil Corrine.

Dan saat dia sedar air laut sudah separas pinggangnya,gadis yang sedang berduka itu melihat matahari terbenamnya dan jatuh pengsan,semakin lemas. Botol berisi surat yang dipegangnya pun turut terlepas dari tangan dan terbawa hanyut dek ombak.

***

"Miss,miss. Are you okay?" Si coastguard yang menyelamatkan Corrine daripada mati lemas di laut tadi.

Si coastguard menepuk-nepuk pipi Corrine. "Uhuk. Uhuk." Corrine bangun dengan keadaan yang pucat,tak bermaya. Terbatuk-batuk dan air laut yang rasanya pastilah masin keluar sedikit demi sedikit dari mulutnya.

"Alhamdulillah. Miss,are you okay? Do you want to go to the clinic,perhaps?"

Tanya lelaki coastguard. Pemuda yang tampaknya berusia kira-kira 24-27 tahun itu amat risau saat dia menyelamatkan gadis itu. Dahlah di pantai itu jarang terjadi kes lemas. Jadi,haruslah cuak kalau terjadi apa-apa masalah. Lagipun,ombak memang sedang mengganas pada bulan ini. Al-maklum,angin dan daya tarikan bumi sedang mematuhi hukum-hakamnya.

Kalau terjadi apa-apa kan susah? Pasti anggota coastguard sepertinya akan dimarahi oleh pihak atasan. Itupun bendera merah menandakan aktiviti berenang,menyelam mahupun aktiviti air yang lain tidak boleh dilakukan sudah pun dipasang. Itu yang menyebabkan pantai ini tidak dikerumuni manusia saat ini. Lagipun waktu sudah menjelang Maghrib. Matahari pun sudah melabuhkan tirai dan bertukar staf dengan Encik Bulan.

Langit yang semakin menggelap menemani encik coastguard dan Corrine. Corrine memandang penyelamatnya itu. Dia nampak... Tio.

Terus Corrine memeluk coastguard yang disangkanya Theo itu. Encik coastguard terkedu. Ke...kenapa ni?

"Theo..why do you have to leave me,babe? You know that I love you more. You always know that I will do everything to you. Theo..."

Gadis itu tidak menjawab pertanyaan encik coastguard malah mengongoi merindui Theo,sang kekasih hati pengarang jantung yang sudah dua bulan meninggalkannya.

"Wei kenapa ni Yad?" Seorang lagi coastguard bernametagkan Farid meluru ke arah penyelamat Corrine.

"Err...tolong aku doh Farid." Coastguard yang masih dipeluk Corrine itu cuba untuk menenangkan Corrine sambil meleraikan pelukan yang amat mencengkam itu. Dalam hati dia berdoa agar dosanya diampuni Allah SWT. Astaghfirullah.

Lots Of Love: SunsadWhere stories live. Discover now