Awak...

14 0 0
                                    

Waktu telah menjadi saksi atas kesabaran seorang lelaki dalam perjalanan cintanya...

Matahari terbenam telah menjadi saksi terhadap pencarian seorang gadis dalam menentukan bahagaianya...

Setelah Corrine pergi meninggalkan Ayyad, akankah dia pulang kembali?

***
"Abang. Bila kakak nak balik?" Tanya Syira pada suatu petang. Ayyad bungkam. Tak tahu nak jawab apa. Dia pun tak tahu bila Corrine akan balik.

"Abang...I miss kakak." Randy di pangkuan mengadu. Sungguhlah, Ayyad tak tahu nak jawab apa kalau budak-budak ni bercakap pasal Corrine.

"Abang pun tak tahu bila kakak akan balik. Mungkin dia tengah jalan-jalan dengan papa dia. Kita kena faham...kakak dah lama sangat tak jumpa papa dia. Mesti dia rindu kat papa dia."

Itu saja jawapannya. Mula-mulanya,budak-budak itu mengerti. Dan tak ada yang bertanya lagi. Tapi, sekejap saja. Tak sampai sehari dua hari, datang rumah bukan nak belajar mengaji. Tapi nak tengok Kak Corrine mereka ada di situ atau tak. Nak jadikan Abang Ayyad sebagai pekerja kaunter pertanyaan dengan soalan yang sama hampir setiap hari.

Corrine...Corrine...

Bila awak nak balik?

Bukan budak-budak ni je yang rindu. Saya pun sedang sabar menunggu. Dah lebih dari tiga bulan awak di sana. Awak tak rindu budak-budak ni ke?

Saban hari, Ayyad kena ajarkan dirinya untuk lebih bersabar. Ayyad harus terima kalau takdir mungkin tak menemukannya dengan gadis itu lagi.

Mungkin. Gadis itu telah menemukan bahagianya di sana. Di benua yang berbeza, waktu yang tak sama. Terpisah oleh ruang dan waktu.
Tak lupa juga.

Terpisah kerana kepercayaan mereka.

***

London.
Pagi.

Musim gugur di tanah berdirinya Big Ben dan beberapa negara di sekitarnya. Kedinginan mencengkam jari jemari Corrine. Kedudukannya di tepi tingkap, barisan keempat dari depan dalam bas ber-aircond itu membuatkannya mudah melihat suasana kota London. Orang ramai bergegas ingin pergi kerja. Pohon-pohon menggugurkan daun yang makin menguning dan memerah. Ada pasangan kekasih yang saling berpegangan tangan sedang berjalan.

Ada budak lelaki yang sedang menangis di depan ibunya...

Ada yang sedang tempat perhentian bas duduk sambil menunggu kehadiran bas.

Teettt...

Bas yang dinaiki Corrine berhenti. Beberapa penumpang keluar dan ada yang baru masuk. Mata Corrine tertarik pada seorang lelaki tua yang berkopiah dan berskaf. Seorang muslim?

Corrine memerhatikannya untuk seketika. Corrine dapat lihat lelaki tua tadi menuju ke depan,ingin membayar tambang bas kepada si konduktor bas. Lelaki tua itu menghulurkan duit. Konduktor bas menerima tersebut dan memberi baki. Baki berupa wang syiling bertukar tangan pula.

Lalu,lelaki tua tersebut duduk di bahagian belakang bas. Pintu bas ditutup. Kemudian, kenderaan itu pun bergerak seperti biasa. Setelah beberapa minit perjalanan,bas itu berhenti lagi. Dan lelaki tua itu menuju ke depan,mendekati si konduktor.

Dahi Corrine berkerut. Dia nak buat apa?

Entah apa yang dibicarakan konduktor bas dengan lelaki tua itu. Yang Corrine tahu...konduktor bas itu mengatakan rasa kagumnya terhadap lelaki tua itu kerana telah bersikap jujur kerana duit baki yang diterimanya tadi terlebih 20 sen. Konduktor itu terus memeluk lelaki tua itu dan mengatakan hajatnya ingin masuk Islam.

Penumpang yang berada di dalam bas itu termasuk Corrine turut berasa takjub. Kagum dengan sikap jujur yang dimiliki lelaki muslim yang sudah semakin lanjut usia itu. Corrine tersenyum. Dan lama-kelamaan,tanpa diketahui para penumpang lainnya...senyuman semakin melebar.

Lots Of Love: SunsadWhere stories live. Discover now