Harus bangkit,kan?

13 0 0
                                    

Bangun saja dari tidur,Corrine regangkan seluruh otot badan. Menggeliat. Gadis itu melepaskan keluhan. Kenapa rasa macam hangat je matanya ni?

Setelah berbulan-bulan dia tidak dapat lena,akhirnya dia kalah dengan kepenatan dan hadiah yang Ayyad beri. Telefon pintarnya segera diambil. Aplikasi Whatsapp laju dibuka. Rekaman suara yang dihantar Ayyad semalam dibunyikan sekali lagi.

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillahirabbil 'alamīn...
Arrahmānir Rahīm...
Mālikiyau middīn...

Corrine biarkan telinganya dialunkan dengan rekaman suara Surah AlFatihah berdurasi sekitar 1 minit itu. Tenang...rasa macam takde apa-apa pun yang pernah berlaku.

Gadis itu tidak bangkit dari tempat tidurnya. Dia ulang,ulang dan ulang rekaman yang diberikan Ayyad itu. Corrine tak kisah. Kalau bacaan itu hak milik Islam sekalipun,tapi boleh menenangkan hati dan fikiran celarunya,maka dia akan terus-menerus mendengarkannya. Kalau boleh,sampai dia hafal. So...kalau dia stres lagi,bolehlah dia baca sendiri.

Tiba-tiba,ada mesej yang diterima di handphonenya. Corrine melihat siapa yang menghantar mesej tersebut. Nombor yang tidak dikenali. Siapa ni?

Mesej yang berupa sebuah gambar itu dilihat. Hampir gugur jantung Corrine apabila mendapati lelaki yang berada dalam gambar itu adalah Theo dan perempuan bersamanya itu adalah Lucy. Sedang berciuman. Bibir bertemu bibir. Di depan Eiffel Tour lagi. Nampak romantica dè amour sangat.

Kali ini, nafas Corrine tidak teratur daripada biasa. Jantung berdetak kencang. Sungguh,dia masih teringat kepada seseorang yang dulu selalu memeluk hangat tubuhnya,mengusap pipi dan rambutnya. Yang dulunya berusaha untuk menjamin kehidupan berdua bersama. Theo...

Hei,Corrine. Kata nak lupakan Theo?

Oh dear beauty brain of me, I really want you forget about him. But...how?

Dear heart,move on.

How?

Find someone else. Find someone that love you unlimitedly,find love that you can learn how valuable love is from him.

Who? Who is he?

Maybe...

Lamunan Corrine terhenti. Baru dia sedar yang dia larut sangat dalam rindunya kepada Theo. Air mata pun ternyata sudah menitis dari tadi. Aduh...Kenapa dia masih tak boleh lupakan lelaki itu?!

Susah.

Itu adalah sebuah kenyataan yang harus ditelan oleh seorang Corrine. Kerana mencintai seseorang lebih dari apa yang dia ada,Corrine hilang segalanya.

Kekasih...

Cinta...

Kebahagiaan...

Tawa dan senyuman...

Punca kehidupan...

Waktu...

Dan hampir hilang arah.

Corrine pegang dada. Sungguh sakit. Rasa kehilangan itu sangat sakit lagi memeritkan.

Corrine hambur tangisan sepuas-puasnya. Handphonenya sudah terjatuh dari tangan ke atas katil. Semakin erat tangannya memegang dada. Sakit...sungguh. Tak cukup dengan sakit di dada,kepalanya juga turut pening. Rasa macam ada beban yang sangat berat.

Perlahan-lahan tangan Corrine mencapai handphone. Nombor siapa saja dipilih.

"Hello..."Corrine memulakan bicara dengan lemah sekali.

Lots Of Love: SunsadWhere stories live. Discover now