Duduk berdua di bangku kayu yang terdapat di pantai itu. Ayyad di hujung kiri, Corrine di hujung kanan. Mata Ayyad sebenarnya dari tadi tak boleh nak lepas daripada pandang muka Corrine yang comel memakai tudung.
Sedar kalau pandang wanita ajnabi lama-lama nanti berdosa, itu yang Ayyad tak berani nak pandang lebih-lebih sangat. Takut kehilangan Corrine, lagi takut akan murkanya Allah. Takut akan azabNya.
Corrine menghadapkan muka ke matahari yang semakin menunjukkan ciri-ciri akan terbenam. Cantik. Indahnya ciptaan Allah SWT.
"Seriuslah awak ni, Corrine?" Ragu Ayyad. Kot-kot ada yang suka pada dia lepas tu tahu yang dia berkawan dengan Corrine, dan orang tu buat pembedahan plastik then menyamar jadi Corrine. Ha...tinggi betul imajinasi author. Lain kali buat cerita fantasi atau sci-fi lah, tak payah tulis kisah cinta. Nanti author merapu entah ke mana-mana.
Corrine sembunyikan senyum dalam diam. "Tak,saya Nurin Qatrun Olien. Panggil je saya Nurin."
"Nu...rin. Awak tukar nama? Selepas awak convert?" Corrine...eh. Nurin mengangguk mengiyakan. "Papa awak...awak tak ajak papa awak ke sini?"
Reaksi Nurin negatif. "Tak. Papa saya dah tak boleh jumpa sesiapa dah. Dia dah takde."
"Takde?"
"He passed away after two weeks after I convert."
"Oh..." Tak tahu nak kata apa. Tapi. Kasihan Nurin. Allah berikan sesuatu yang indah. Namun pada masa yang sama, Allah menguji Nurin dengan kehilangan sesorang yang disayang.
"Sedih. Memang sedih. Kat sana, macam-macam yang saya lalui. Saya bergaduh dengan Theo sampai pecah banyak barang. Dia mengamuk. Handphone saya pun dicampaknya sampai rosak. Sebab tulah saya dah tak chat awak, tak dapat nak telefon awak apa semua. Saya pula lupa yang saya ada IG. Kalau tak saya dah buka dah, tanya khabar awak."
Ceh! Ingatkan tak rindu orang kat sini, rupa-rupanya menahan rasa juga,eh?
Lalu diceritakanlah apa yang terjadi padanya di sana.
Suatu hari, atas aturan Allah Yang Maha Esa, Nurin dipertemukan dengan Aisyah, gadis Turki kacukan Melayu yang menetap di London. Saat itu, Nurin sedang menahan rasa apabila diprovokasi terus-menerus dengan kemesraan Lucy dan Theo. Entah apa dalam fikiran mereka, Nurin tahu di sudut hatinya yang masih mencintai Theo, cemburu akan menguasai diri.
Theo hanya mahukan hartanya. Itu adalah fakta yang membuatkan Nurin sampai mati pun akan meluat dan menyampah tengok muka Theo. Walaupun sudah memaafkan, tapi sebagai manusia biasa, rasa sakit hati itu tetapi ada dalam diri Nurin.
Balik kepada cerita, Nurin jumpa Aisyah di taman ketika Nurin sedang menangis. Aisyah yang tak dikenalinya pada waktu itu datang. Menghulurkan sebotol air mineral. Bertanya apakah Nurin ada masalah. Menenangkan Nurin. Yang pada hari-hari berikutnya, Aisyah menjadi tempat Nurin bercerita. Menjadi kawan Nurin yang selalu mengajarkan Nurin untuk berfikir positif. Sama macam Ayyad.
Don't waste your time crying for someone that don't know how to appreciate who you are.
Kata-kata Aisyah kalau masalah Nurin itu adalah Theo. Kadang-kadang, Nurin akan cerita pasal kafe yang baru dibina di sana, masalahnya dengan pelanggan, dengan pekerja, dan tak lupa juga rindunya pada Puan Hasnah dan Ayyad.
"Kalau rindu...kenapa awak tak balik sini? " Soal Ayyad.
"Papa saya sakit. Saya dan papa saya tinggal berdua di sebuah apartemen. Saya kena jaga papa saya sebab takde siapa yang boleh jaga papa pada waktu itu. Papa pun asyik nak saya layan je. Tak boleh nak berenggang langsung. Tapi...saya tak kisah. Bukankah seorang anak harus berbakti kepada orang tuanya?"
YOU ARE READING
Lots Of Love: Sunsad
Short Story"Why is it so hard to let it go?"- Corrine "Saya akan bantu awak lupakan dia. Dan cari kebahagiaan untuk awak." -Ayyad LOL: Bukan 'laugh out loud' tetapi 'lots of love' Sunsad: Kisah sebuah rindu dengan definisi cinta yang satu: Tiada cinta lebih in...