Hari keempat berada di rumah Ayyad,Corrine dah sembuh sepenuhnya. Pagi Sabtu itu,sempat dia dengar budak-budak yang datang belajar mengaji dengan Puan Hasnah membaca Al-Qur'an. Kagum Corrine...kecil-kecil lagi dah pandai baca kitab suci mereka.
Kemudian,dia dibawa Ayyad ke kedai buku milik lelaki itu. Di situ baru Corrine tahu yang Ayyad mempunyai kedai buku sendiri. Selain menjadi coastguard,rupa-rupanya seorang entreprenuer cik abang kita ni.
Di sana,jujur Corrine katakan yang dia dah jatuh cinta. Book lovers lah katakan...
Banyak jugalah buku yang dia borong tadi. Buku-buku berbahasa Inggeris bergenre fantasy adalah yang paling banyak. 4 buah buku kesemuanya. Sengaja Corrine beli buku fantasy supaya sekali-sekala dia boleh tenggelam dalam khayalan dan lupakan realiti yang menyakitkan.
Tapi, dalam banyak-banyak buku yang dia beli,ada satu buku yang Corrine rasakan istimewa dan sangat dekat di hati. Buku bertajuk Sedetik.com yang Ayyad hadiahkan kepadanya. Buku itu sebenarnya adalah kisah-kisah inspiratif daripada para manusia yang menemukan motivasi dari setiap kejadian pertama kali yang terjadi dalam hidup mereka.
Jadi...motivasi apa yang dapat ditemukan Corrine dalam kejadian pertama kali dia ditinggalkan Theo?
Entah. Corrine dah tak nak fikir pasal lelaki itu lagi. Muak dengan cinta Theo yang berhujung menyakitkan. Kesal dengan harapannya yang berhujung pada seuatu yang perit untuk ditelan.
Dahlah,Corrine...
Why do you have to remember someone that doesn't know how to appreciate what you have gave?
Seterusnya, selepas solat Zuhur, Ayyad menemani Corrine shopping. Tak banyak pun yang Corrine beli,lebih kepada window shopping sebenarnya. Ayyad pula layankan je Corrine sebab dia nak Corrine tahu yang dia akan bantu gadis itu bangkit selagi termampu.
"Awak nak beli baju kurung buat apa?" Tanya Ayyad.
"Nak pakailah. Takkan nak goreng pula. Ni bukan bahan masak." Balas Corrine. Dah kenapa tanya dia macam tak suka je...?
"Takdelah. Awak nak pakai untuk apa? Biasanya perempuan zaman sekarang cari baju kurung peplum atau baju kurung moden. Awak pula...beli baju kurung Pahang. Nampak terlalu gadis melayu lah pula nanti." Panjang penjelasan Ayyad.
"Kalau saya nampak macam gadis melayu,kenapa? Tak cantik ke?"
Ayyad menggeleng,"Saya tak kata pun tak cantik."
"So...you don't have any reason to judge my decision. Saya suka dengan baju kurung ni. Fabrik dia, colour dia, cantik sangat. Suka tengok. Daripada orang lain yang beli,baik saya yang beli. Saya harap sesuailah untuk saya."
Corrine dah berkira-kira. Membayangkan dirinya memakai baju kurung Pahang berwarna dusty pink itu."Awak masuklah fitting room. Baru tahu sesuai ke tidak." Saran Ayyad. Corrine mengangguk dan menuju ke fitting room. Ayyad pula berjalan melihat-lihat pelbagai blaus dan baju kurung yang ada di situ. Besar juga butik ni...padahal semuanya dipenuhi baju perempuan saja.
"Awak."
Ayyad menoleh ke belakang. Automatik badannya kejang. Terpana dengan apa yang dilihatnya.
"Cantik tak? Okey?" Tanya Corrine. Dah kenapa Ayyad pandang dia macam tu? Tak sesuai ke dia pakai baju kurung ni?
"Caa..can..tik. Cantik." Ayyad,macam mana boleh gagap ni?
"Hmm...okeylah macam tu. Saya bayar dulu." Corrine meninggalkan Ayyad yang masih statik di situ. Lelaki itu pegang dada. Jantung,kau jangan buat perangai. Jangan nak bekerja terlebih masa,nanti habis semua benda jadi tak betul!
YOU ARE READING
Lots Of Love: Sunsad
Short Story"Why is it so hard to let it go?"- Corrine "Saya akan bantu awak lupakan dia. Dan cari kebahagiaan untuk awak." -Ayyad LOL: Bukan 'laugh out loud' tetapi 'lots of love' Sunsad: Kisah sebuah rindu dengan definisi cinta yang satu: Tiada cinta lebih in...