Cubalah!

14 0 0
                                    

Puan Hasnah hanya melihat anak tunggalnya itu termenung seorang diri. Dah takde kerja hari ni,boleh pula dia termenung. Ish...ish..ish...anak teruna siapalah ni? Puan Hasnah geleng kepala.

Ayyad membuang pandangan ke kolam ikan depan rumah,tapi fikirannya melayang-melayang entah ke mana. Setelah 2 tahun dia melupakan gadis itu,ternyata gadis itu dibawa arus takdir untuk kembali menemuinya. Memang gadis itu tidak mengenali dirinya,tapi dia cukup kenal dengan pemilik mata hijau kecoklatan itu.

Dialah Corrine...gadis pertama yang mampu membuatkan dia jatuhkan buku di perpustakaan kerana cinta. Gadis itu walau dulu namanya tidak diketahui,tetap saja Ayyad suka melihatnya.

Duduk sopan lalu memulakan bacaan dengan penuh tertib. Sehinggalah saat gadis itu membuka kafe sendiri dan sibuk sehingga tiada masa untuk diluangkan di perpustakaan awam,Ayyad mengambil keputusan untuk melupakan Corrine. Tanpa dia tahu nama Corrine.

3 tahun yang silam,

Ayyad meletakkan kembali buku yang sudah dibaca di rak. Cermin mata dibetulkan. Dia pakai cermin mata ketika membaca je.

Matanya mencari-mencari buku yang ingin dijadikan pilihan. Hmmm...pencarian dan pemilihan menjadi makin sukar. Buku-buku di sana banyak sangat yang best. Itu yang rambang mata tu. Nampak buku pun dah macam nampak barang kemas. Berharga dan harus disayangi. Baik ilmunya atau kovernya saja.

"Ala...takde buku best ke..."Ayyad menggumam sendiri sambil berjalan di antara rak-rak yang ada. Jarinya menyentuh buku-buku di rak. Meneruskan ekspedisi mencari buku yang boleh menarik perhatian dirinya. Ha! Jumpa pun satu.

Buku yang bertajuk 'Mengapa Saya Masih Memetik Gitar' hasil penulisan Yusuf Islam atau nama bukan Islamnya dulu adalah Cat Steven itu dicapai. Tiba-tiba ada tangan yang menarik buku di sebelah buku yang ingin diambil. Err...terkejut sebenarnya. Sampaikan buku yang dah diambilnya itu terjatuh menyentuh lantai.

Ayyad tunduk mengambil semula buku berkenaan motivasi hidup Yusuf Islam itu.

Ayyad melihat si pemilik tangan itu melalui celah kosong. Seorang perempuan. Dia sedang bercakap dengan temannya. Rambut panjang paras bawah bahu yang berwarna coklat kehitaman. Mata berwarna hijau kecoklatan. Kulit yang putih. Dah macam minah salih. Siapa dia tu ye? Cantik...

Habis je skodeng anak dara orang, Ayyad pun tersedar dan beristighfar. Hesy...dekat perpustakaan pun jadi ye,Yad.

Ayyad mengambil tempat duduk lalu menjeling gadis yang dilihatnya tadi. Cantik...dan nampak rajin. Gadis itu menelaah bahan bacaan tanpa menghiraukan ada seorang lelaki mengganggunya. Siapa pula lelaki tu? Pakwe dia ke? Hesy...sibuk pula kau,Yad. Biarlah kalau tu pakwe dia ke,suami dia ke, apa kena mengena dengan life kau?

Hei....author tahu apa yang terjadi. Ayyad dah mula jatuh suka kat perempuan tu kan??

Ayyad menyambung bacaan.

Untuk beberapa saat dan kemudian pandangan Ayyad tertancap kembali kepada si gadis yang diganggu tadi. Nampaknya si gadis tidak mengendahkannya dan hanya fokus membaca.

Entah berapa lama waktu yang dihabiskan untuk melihat gadis itu. Sedar-sedar je gadis dengan T-shirt hitam dan kardigan magenta itu keluar dari perpustakaan. Dan dikejar si lelaki yang mengganggunya tadi. Haish... Ayyad,serious?! Are you falling in love to that unknown girl?

Dan tanpa sedar,Ayyad memang dah mula jatuh hati pada gadis itu,tanpa diketahui namanya. Sejak hari tu juga,Ayyad akan melihat Corrine dari jauh. Tanpa keberanian untuk meluahkan perasaan.

Lots Of Love: SunsadWhere stories live. Discover now