Your tears

6 0 0
                                    

Farid rapikan sampin yang melilit pinggangnya. Baju melayu aqua blue yang tersarung di tubuh tegapnya dipandang bangga. Tak sabar dia dibuatnya. Ini adalah hari yang bahagia. Farid siap untuk segalanya.

Dengan langkah kaki kanan dan lafaz bismillahirrahmanirrahim, masjid dituju.

***

Piano masih dimainkan. Jari-jemari yang berlari di atas kekunci piano itu mengalunkan lagu 0330 dari U-kiss. Lagu lama, tapi hatinya tetap sama. Masih merindukan orang yang sama. Yang sudah lama bertakhta di hatinya dan jujur, takkan pernah padam dari hatinya. Orang yang sangat istimewa.

"Tak siap lagi?" Tanya seorang wanita tua yang dah banyak berjasa kepadanya. Menemani dia dalam mengharungi hidup ini dengan tabah dan cekal.

"Kejap lagi ibu." Balasnya cukup pendek. Hanya tiga kata.

3 kata.

Teringat pada 3 kata magis yang tak ingin diucapkan lelaki sorang tu sebelum akad nikah. Berkeras menahan diri menghindari zina dan turutan hawa nafsu.

Sungguh, air matanya mula menitis. Jatuh setitik demi setitik ke pipi yang putih melepak itu.

"Dah...jangan nangis. Ibu tahu ini semua tak mudah. Melepaskan orang yang kita sayang pastinya sangat menyakitkan." Pujuk wanita berusia senja yang dipanggilnya ibu.

"I missed him, ibu. I really missed him." Mengongoi wanita muda itu dibuatnya. Menahan sakit kehilangan yang dia pendam selama ini. Tahan hati dari meratapi sesuatu yang haram dirapati. Perasaan sedih dan dukalara harus dijadikan satu pelajaran bahawa ini semua adalah ujian buat dirinya.

Ujian dari Yang Maha Esa.

Menandakan bahawa dia sedang diperhatikan. Dia sedang dilihat dan didengar oleh Sang Pencipta. Ini waktunya untuk dia hadiahkan kesabaran yang mampu dia kumpulkan selama bernafas di muka bumi yang sementara ini.

Untuk dibuktikan kepada Allah SWT bahawa hambanya yang satu ini kuat menghadapi ujian yang diberi.

Kuat untuk berdiri tanpa terumbang-ambing dan terus kukuh.

Berhati cekal dan tak mudah roboh.

Seorang dia tak akan kalah dan bukanlah seorang yang bodoh.

Kerana dia yakin, Allah bersamanya saat susah mahupun senang.

Selalu begitu.

***

Amacam?

Ni special part setelah sekian lama menjeruk ni.

Teruskan menunggu untuk membaca.

#sunsad #nurinayyad #ayyadmana? #lolsunsad

Entah kenapa author rasa macam author bahan page ni dah macam Instagaram ops typo. Instagram dah. Banyak sangat #hashtag. Hadoi...author punya otak dah penat.

Tapi takpe. Keep on your reading.

***

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lots Of Love: SunsadWhere stories live. Discover now