1.1 Kepada Anakku

52 11 0
                                        

Kepada Anakku,
Ibu dan Ayah meminta maaf kerana terpaksa meninggalkan kamu di rumah kebajikan. Ibu sangat-sangat berharap agar kamu memahami situasi yang keluarga kita tempuhi. Ibu dan Ayah tidak mampu untuk menampung kehidupan adik-beradik kamu yang ramai iaitu seramai 20 orang tidak termasuk kamu dan GST 6%. Walaupun Ayah kamu seorang Perdana Menteri yang mendapat gaji sebanyak RM2.6 billion sebulan, manakala ibu pula seorang jutawan kosmetik yang menjual kosmetik dengan jenama Lo'real Zimbabwe, kami masih tidak mampu untuk menyara hidup kita sekeluarga. Maklumlah, adik-beradik kamu semua taste mereka semua tinggi-tinggi. Abang sulong kamu setiap bulan akan meminta daripada ibu dan ayah RM500k untuk kegunaannya belajar di Atlantis. Abang ke-2 kamu pula perlukan wang sebanyak RM200k setiap minggu untuk membeli pakaian2 baharunya. Katanya, kita perlulah berpakaian ikut trend. Trend apa ibu pun tidak memahaminya kerana dia selalu pakai ala-ala orang Red Indian yang pakai cawat dengan bulu pelepah burung garuda ke mana-mana. Kakak kamu yang ke-3 pula lagi pening ibu dan ayah memikirkannya kerana dia selalu buat pembedahan plastik yang bernilai berbilion-bilion ringgit dalam sekali pembedahan. Ibu lihat wajahnya sekarang tidak ubah seperti alien yang mempunyai kepala yang besar dan mata hitam besar. Abang ke-4 kamu pula selalu meminta ibu dan ayah RM100k setiap kali dia mahu. Ibu pun tidak tahu apakah tujuannya meminta wang sebanyak itu. Tidak perlulah ibu dan ayah menyenaraikan lebih banyak lagi wang yang diperuntukkan untuk adik-beradik kamu yang lain kerana ianya hanya akan membawa kepada pecahnya kepala otak. Justeru itu, ibu dan ayah telah mengambil keputusan yang amat sangat sungguh berat untuk menempatkan kamu di rumah kebajikan anak yatim. Ibu dan Ayah dapat meramalkan yang kamu akan keluar dari rumah kebajikan ini suatu hari nanti. Apabila kamu sudah keluar dari rumah anak yatim ini, pergilah berjumpa dengan seorang tua yang tinggal di puncak Gunung Lambak. Ibu dan ayah mengingatkan agar kamu berhati-hati semasa dalam perjalanan ke puncak gunung itu kerana terdapat banyak rintangan yang perlu kamu tempuhi. Orang tua itu amat handal dalam suatu ilmu yang dapat menolong kamu mencari nafkah. Ayah kamu juga dahulu pernah menuntut ilmu tersebut daripada orang tua itu.  Amalkanlah ilmu itu dan gunakannya untuk kebaikan serta tentanglah segala kejahatan yang cuba mengganggu hidupmu wahai anakku. Janganlah kamu mencari di mana Ibu dan Ayahmu kerana kami tinggal di suatu tempat yang amat jauuuuh dari tempat kamu berada sekarang. Jagalah diri kamu dan orang di sekeliling kamu baik-baik. Ibu dan ayah mendoakan agar kamu sihat sentiasa, dimurahkan rezeki, diberi zuriat yang baik-baik (???) dan sentiasa berada di bawah rahmat Tuhan.

Sekian,

Daripada ibu dan ayahmu yang terchenta.

'Born to be a R E V A R'

R E V A R 1 :The BeginningCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang