"Ayah ingin mengucapkan terima kasih kerana sepanjang kalian berada di sini, kalian telah memberikan sokongan dan menunjukkan akhlak yang baik. Ayah juga amat berasa bangga dengan prestasi kalian dalan pelajaran dari umur 4 tahun sehinggalah sekarang. Pihak rumah kebajikan berbesar hati untuk memberikan RM100 setiap seorang untuk dibelanjakan oleh kalian semasa kalian berada di luar sana. Akhir kata, Ayah berharap agar kalian menjadi orang yang berjasa kepada negara suatu hari nanti dan sentiasa ingat akan rumah ini."
Begitulah amanat terakhir yang diberikan oleh Ayah kepada 11 orang sahabat yang bakal dikeluarkan dari rumah kebajikan tersebut. Benny merupakan salah seorang antara mereka yang berasa terlalu sedih kerana dia merupakan antara orang yang rapat dengan Ayah sejak kecil. Niqon berlagak tenang walaupun sebenarnya dia dirindung pilu kerana peristiwa ini. Selepas itu, mereka bersalaman dengan Ayah buat kali terakhir sekali gus menerima wang RM 100 yang diberikan pihak rumah kebajikan.
"Jebond, kat luar sana jaga diri ya"
"Baik Ayah, Jebond akan jaga diri"
"Dasin, tengok-tengokkan kawan kamu tu"
"In Sha Allah Ayah
Ayah memberikan pesanan yang berlainan setiap kali dia bersalaman dengan anak jagaannya sehinggalah tiba giliran orang yang terakhir iaitu Benny. Benny tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya. Dia terus memeluk Ayah dan menitiskan air mata jantannya.
"Benny, kenapa menangis ni?
"Benny takut ayah"
"Takut apa Benny?"
"Benny takut tak dapat jumpa dengan ayah lagi lepas ni"
"Janganlah takut, ayah sentiasa dekat dengan Benny"
Lalu ayah menunjuk ke arah hati Benny
"Ayah sentiasa ada kat dalam hati Benny"
"Chia! Chio! Chie!" sambut yang lain apabila ayah membuat pick up line.
Benny mengesat air mata yang mengalir di pipinya dan perlahan-lahan melepaskan pelukannya. Kini, Benny tidak menangis lagi. Dia berazam untuk menjadi lebih kuat.
"Dah-dah jom lah kita gerak!" ajak Reiji. "Jom! Kami gerak dulu ya Ayah!" kata mereka serentak. "Baiklah, Ayah berdoa agar kamu semua sentiasa diredai dan dirahmati Allah" jerit Ayah. Ayah mengiringi mereka ke pagar pintu masuk rumah kebajikan itu dan memerhati 11 orang sahabat itu perlahan-lahan lenyap dari pandangan matanya.
"Syukurlah" getus ayah di dalam hatinya.
Selepas itu, mereka semua berjalan-jalan di Bandar Kluang sambil mencari tempat yang sesuai untuk merehatkan badan dan mengatur rancangan mereka yang seterusnya iaitu mendaki Gunung Lambak untuk menuntut daripada seorang tua di situ.
"Bro,kita nak berhenti kat mana ni bro" tanya Fassian
"Sebelum gerak tadi aku ada minta peta daerah Kluang daripada Ayah" jawab Jebond
"So, kita berhenti kat mana ni?" tanya Tom yang sudah penat berjalan. Al-maklumlah badan dia 'semangat' sikit.
"Aku dah cari port baek punya,"ujar Jebond.
"Kat mana tempat tu?" kata Saneem kerana sudah agak lama mereka berjalan dan dia pun sudah kepenatan.
"Lepes la, depan tu je. Dah nak dekat dah"
Setelah berjalan sejauh 2 marhalah iaitu bersamaan dengan 3 jam selepas Jebond menjawab soalan Saneem akhirnya mereka tiba di sebuah masjid, Masjid Bandar Kluang.
Mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan terhuyung-hayang macam mat gian dek kerana berjalan terlalu lama sehingga betis mereka seperti baru sahaja 'dibetiskan' .
Seterusnya, tanpa menghiraukan jemaah aneh yang berjubah putih tanpa kepala yang sedang duduk bersila, mereka terus landing atas karpet masjid yang berwarna biru bercorakkan nipah dengan berniatkan qailulah.
"Mat, ni yang macam kuning-kuning atas karpet ni ape ye mat?" tanya Tom kepada Cahya.
"Entahlah mat, ko baring je la"
"Bau dia lain macam la mat"
"Ala ko ni bising ar tido je la"
"Hmmm, yela"
Perasaan sedih yang dilalui mereka semua pagi tadi semakin hilang. Sementara itu, Jebond meneliti peta yang dikatakannya peta Daerah Kluang itu tadi bersama Zeef untuk merangka rancangan mereka ke Gunung Lambak.
"Zeef, cuba ko tgok peta ni"
"Mana-mana?"
"Ni ha, aku rasa macam ada lain macam doh kat peta ni"
"Ha'ah la. Eh ni bukan ke....."
ANDA SEDANG MEMBACA
R E V A R 1 :The Beginning
AdventureMengisahkan sekumpulan pemuda yatim piatu cuba untuk menimba ilmu daripada seorang pak cik yang sangat handal , pro , terror menari tarian yang diberi nama R E V A R. Mereka mengambil keputusan untuk belajar tarian ini untuk mencari nafkah. Akan tet...
