"Woah, panjang betul surat yang mak bapak kau kasi kan Jebond" Cahya berkata seusai Jebond membaca surat yang diterimanya siang tadi. "Aku masih ragu-ragu la sama ada aku nak pergi jumpa orang tua tu ke tak" luah Jebond. Dia masih terkejut dengan isi kandungan tersebut yang menjelaskan dirinya mempunyai 20 orang adik beradik. "Kau okay lagi ada orang nak tuju, kau tengok la aku, Dasin, Saneem, Nafael, Benny, Niqon, Reiji, Tom, Fassian, Zeef. Kitorang takde tempat nak pergi. Kitorang tak tahu la boleh hidup ke tak kat luar sana" kata Nafizi dengan nada kesal kerana terlalu runsing. Nafizi tahu akan dirinya dan sahabat-sahabatnya yang telah kehilangan ibu dan ayah serta tiada tempat untung bergantung bagai layang-layang putus tali "Tadi Ayah ada bagitahu aku yang kita akan dapat RM100 setiap sorang sebagai wang saku bila kita dah nak keluar nanti" ujar Benny yang merupakan antara orang paling rapat dengan Ayah. "Masalahnya, cukup ke RM 100 tu? Entah-entah tak sampai seminggu dah habis." kata Nafizi. Nafizi amat berpengalaman dalam soal wang disebabkan oleh dirinya merupakan bendahari pertubuhan anak yatim di situ. "Tak tahulah" sambut sahabatnya yang lain. "Aku ada cadangan, apa kata kalau korang semua ikut aku jumpa orang tua tu. Nnti kita boleh tuntut ilmu daripada dia. Lepastu bolehla kita gunakan ilmu tu untuk menyara diri kita sendiri" cadang Jebond selepas menyaksikan sahabat-sahabatnya berselisihan pendapat. "Cadangan yang bernas!" kata Fassian. "Tapi aku dengan Niqon masih ragu-ragu la nak ikut ke tak" Reiji bersuara. Semua terdiam untuk seketika. "Emmm, apa kata malam ni kita buat qiamullail sama-sama pastu buat solat istikharah. Setuju?" cadang Tom. Masing-masing yang lain mengangguk tanda setuju.
Selepas itu, mereka semua membaca surah Al-Asr dan tasbih Kifarah sebelum bersurai ke katil masing-masing. Mereka mengemas barang-barang peribadi mereka. Kelihatan setitis air mata terjatuh di atas beg kepunyaan Dasin. Nafael yang melihat kejadian itu hanya membiarkan sahabatnya menenangkan diri sendiri. Sebenarnya, mereka semua berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rumah yang menyaksikan mereka bermain,makan,minum,mandi dan tidur bersama-sama.
Ketika semua orang sudah tidur Jebond mengeluarkan surat yang baru dibacakan di hadapan sahabat-sahabatnya tadi. Dia meneliti dan cuba menghadam apa yang ditulis oleh ibu bapanya pada surat tersebut. Selepas dibelek-belek surat tersebut maka dia menjumpai sebaris ayat yang membuatkannya terfikir sejenak iaitu ...
'Born to Be a R E V A R'
Dia memerah otak untuk memikirkan maksud perkataan R E V A R itu. Namun, otaknya masih buntu. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk tidur. Sebelum tidur, dia mengucup surat itu dan meletakkannya di bawah bantal.
Seperti yang dijanjikan, 11 orang sahabat itu telah bangun pada awal pagi iaitu seawal pukul 3:00 a.m untuk melaksanakan qiamullail secara berjemaah tatkala orang lain sedang dibuai mimpi. Mereka mandi dan mengambil wuduk dengan penuh tawaduk kerana mereka tahu bahawa itulah kali terakhir mereka membersihkan diri di rumah kebajikan anak-anak yatim itu. Selepas itu, mereka mendirikan solat sunat tahajud, taubat, hajat, dan istikharah.
"Emmm,sape nak jadi imam ni?"
"Kau la Saneem"
"Eh, tak nah ah"
"Abestu sape?"
"Benny ar"
"Benny kan budak paling baik kat sini"
"Bolehlah, layan ar"
"Ha Benny pergi ar depan tu"
"Aku? Yela-yela"Semua orang di situ sudah maklum bahawa Benny merupakan orang yang paling warak dan baik di rumah tersebut maka mereka melantik Benny untuk memimpin jemaah pada pagi itu. Mereka bersungguh-sungguh melaksanakan solat istikharah untuk memohon petunjuk daripada Tuhan. Kemudian, mereka mengejutkan semua penghuni rumah tersebut untuk solat Subuh secara berjemaah dan memastikan tiada yang menjadi Makmum yang masbuk.
"WOI!!! BANGON WOII!!!"
"SAPE MASBUK NANTI KENA ROTAN!!!"Apabila penghuni rumah tersebut terdengar sahaja amaran KERAS itu mereka semua automatik bangun bagaikan robot dan bergegas ke Musolla Nuz Ren Al-Banna kerana tidak sanggup merasa bisanya rotan pada awal hari...
![](https://img.wattpad.com/cover/111165794-288-k261927.jpg)
YOU ARE READING
R E V A R 1 :The Beginning
AventuraMengisahkan sekumpulan pemuda yatim piatu cuba untuk menimba ilmu daripada seorang pak cik yang sangat handal , pro , terror menari tarian yang diberi nama R E V A R. Mereka mengambil keputusan untuk belajar tarian ini untuk mencari nafkah. Akan tet...