Part 7 : Koperasi Cashier

50 15 4
                                        

"Wowowow, banyak gila telor kat sini mattt" ujar Nafizi. Mukanya membuat mimik duckface yang comel apabila terkejot melihat telor-telor ayam di kedai itu. "Tengok dari depan macam kecik kedai ni, besar rupanya".

Maka, dicarinya telor-telor yang benar-benar bagus sebagai bekalan makanan perjalanan mereka kelak. Setelah membuat sai'e sebanyak 7 kali di kedai itu maka dijumpainya telor-telor ayam yang sangat rare di muka bumi Allah Ta'ala.

"Telur ayam spesies ape nie ek? Apsal la semua telor-telor ni hitam?"getus Nafizi di dalam hatinya. Dia melihat ke kanan dan kiri untuk memastikan kalau-kalau ada pekerja kedai tersebut yang muncul bolehlah dia bertanyakan akan hal yang menjadikan dirinya kehairanan.

Akhirnya, dia nampak kelibat seseorang melintas di sebalik rak telor-telor di situ. Tanpa berfikir panjang, dia terus mengejar kelibat tersebut. Dia pon berlari selaju Usain Bolt dan belok ke kiri sambil buat drift. Keluarlah bunyi 'kreeeet....reeeeteeeettt' hasil daripada drift kencangnya itu.

Akan tetapi, sebaik sahaja dia membelok tajam itu dia langsung berasa terkejut. "Aik? Mana org tadi? Aku rasa aku tak silap pandang ada org baru lalu tadi." monolognya di dalam hati berbaur perasaan takut. Tiba-tiba dia terasa seperti bahunya disentuh oleh sesuatu yang berbulu-bulu.

Apabila menyedari akan hal ini, apalagi menjeritlah si Nafizi tu macam Tarzan "Aaaaaaaaa!!!!!...... Aaaaaaaaaa!!!!......Aaaaaaaaaa!!!". Kemudian dengan perasaan terkejut itu dia pun menoleh ke belakang perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia menoleh dia ternampak seorang lelaki berbaju ungu berdiri di belakangnya sambil memakai sarung tangan berbulu (yang untuk bersihkan tingkap tu).

"Bro, kau okay tak bro." ujar pekerja itu. "Errrrr, aku okay matt" kata Nafizi lalu matanya melirik ke arah nametag lelaki itu 'Beydah Seman'. "Takde la bro, aku tgok kau tetiba lari pastu wat drift tadi, tu yg aku tanye ko ni,ade ape-ape masalah ke?" tanya Beydah. "Emm.. tadi aku pelik tgok telor-telor ayam tu hitam semacam, aku pon cari la pekerja kedai ni nk tanye pasal telor-telor ayam tu" ucap Beydah nk back up kejadian tadi.

"Oh, telor-telor ayam tu sebenarnya daripada baka ayam cemani atau ayam yang biasa nampak kat internet tu warna hitam satu badan. Ha, tulah telurnya" terang Beydah kepada Nafizi."Gitu rupanya,boleh tak abang bungkuskan 110 biji" pinta Nafizi. "110 BIJI!!?? Banyak sungguh mat" terkejut Beydah sampai tak rehat apabila mendengar permintaan dari pelanggannya. "Haah Beydah" kata Nafizi.

"Okaylah bro, bro tunggu kat kaunter depan nnti aku datang bawak 110 biji telur ayam cemani" arah Beydah. "Tima kasih Beydah" ucap Nafizi lalu berjalan ke pintu masuk utama kedai di mana terletaknya kaunter yang dimaksudkan Beydah tadi.

"Aduhh kacho btol la sape yg main lari-lari tadi. Terpaksa aku tahan malu lepas aku jerit depan Beydah tadi. Naseb baik laki yang nmpk aku jerit kalau pompuan mau meninggal aku" keluh Nafizi di dalam hatinya ketika berjalan ke kaunter.

Tiba-tiba takde angin takde ribut takde badai takde taufan takde huriken takde cyclone, lehernya disapa angin sepoi-sepoi bahasa. Nafizi pon dah mula cuak "Ape pulak ni main tiup-tiup pulak" getus hatinya. Kemudian terdengar pula suara lembut memanggil-manggil namanya berulang kali,"Na....fi.....zi.....Naaa.....fiii.....ziiii.."

"OMAIGOD!!!!LARIIII!!!" jeritnya lalu mengambil langkah seribu dengan 2x kelajuan cahaya untuk pergi jauh-jauh dari tempat tu. Terkincit-kincit dia waktu lari tu sebab takut gila bapak sedare dia.

Sementara itu di kaunter ahli team pertama yang lain dah kumpulkan semua barang kat tepi kaunter. Sesak betul kat kaunter tu sampai ke pintu masuk utama barang-barang mereka susun. Reiji pun periksa la barang mereka.

"Beras?"
"Checked!"
"Tomato?"
"Checked!"
"Tin sardin"
"Checked!"
"330 ekor ikan bilis?"
"Checked!"
"Ko kira betol-betol tak?"
"Aku kira la,takkan tak percaya kot, woi ni Niqon yang digelar Mr. Chia Chia laa"
"Okay-okay lepak-lepak. Rehat la mat, setakat chia chia chai tak bawak masuk kubur la Qon."
Maka, Niqon pun sentap sesentapnya
Krikk...krikk...krik...
"Telor ayam?"
.
.
.
"Mana Nafizi?"

Ke kiri ke kanan mereka pandang untuk cari Nafizi sehinggalah menreka terdengar suara...

"OMAIGOD!!!!LARIIII!!!"

Mereka nampak Nafizi berlari kencang kencing seolah-seolah dikejar anjing gila. Tidak lama kemudian Nafizi pun sampai ke kaunter. Semua orang memerhatinya tercungap-cungap.

"Ko dah knape mat? Tak rehat ko ni" tanya Reiji. "A...aku kena sakat la" kata Nafizi. "Kena sakat? Dah-dah tu tak penting, yang penting mana telor ayam?" ucap Dasin. "Aku dah cakap dgn seorang pekerja kedai suruh packkan" jelas Nafizi.

Tidak lama selepas itu, muncul Beydah dengan membawa seguni telor ayam cemani.

"Ha, kan aku dah kata"
"Yelah-yelah"
Lalu semua barang yang dah tersedia ada telah dikumpulkan dan diletakkan di atas kaunter.
"Tolong kirakan"

Agak lama juga Beydah mengira jumlah keseluruhan barang yang dibeli oleh team kedua itu. Beydah tertanya-tanya dalam pale otak dia "Mana diorang nak pergi bawak bende-bende banyak macam ni?"

"Bro, aku nak tanye la bro, korang beli barang banyak-banyak macam ni nak buat ape ek?" tanya Beydah kepada 5 sekawan tu. "Aaaa... takde ape-apelah. Kitorang beli banyak-banyak ni untuk jadikan bekalan bila daki Gunung Lambak nanti" terang Reiji.

"Daki Gunung Lambak? Nak buat ape daki gunung yang tinggi tu?" tanyanya lagi,hairan kerana setahunya hanya orang-orang yang ada buat janji, buat nazar atau yang nak harumkan nama je yang daki gunung tu. Lalu Reiji mendekati Beydah dan berbisik "Kitorang sebenarnya nak jumpa seorang tua kat puncak gunung tu."

Beydah terkejut lalu pitam selama 0.2 detik sebelum kembali bangun dengan dadanya berombak kencang kenceng. Sejurus selepas dia bangun, dia mengeluarkan sebuah buku nota kecil dari poket dalam bajunya (macam filem Jems Bond tu). "Nah, korang ambik buku ni"

"Buku apa ni bro?"
"Ni buku arwah ayah aku masa dia daki gunung tu. Tujuan dia sama mcm korang. Mungkin buku ni sedikit sebanyak dapat membantu korang nanti"
"Tima kasih la bro"
"Tapi aku ingatkan korang supaya hati-hati sebab aku tak nak kau jadi macam bapak aku yang kena bunuh lepas kantoi amalkan ilmu tu"
"Kena bunuh!!?? Siapa yang bunuh bapak abang?"
"Orang-orang BREAK DANCE"
"Break dance?"

Selepas mengucapkan terima kasih sekali lagi, mereka pun beredar dari kedai itu sambil melambai-lambai Beydah. Barang yang baru sahaja dibeli tadi dibawa di atas bahu masing-masing. Sepanjang perjalanan ke kaki gunung suasana sunyi sepi, masing-masing memikirkan peringatan yang diberikan Beydah tadi.

"Aku rasa kan, kalau kita angkat barang-barang banyak macam ni daki gunung mesti orang panggil kita malim gunung kan?" kata Tom memecahkan kesunyian. "Haah kot" sambut Niqon. "Tapi kannn.. Break dance?" tanya Nafizi. "Siyes ar?" Ujar Dasin. "Entahlah, dah tak payah lah piker pasal Break Dance tu, kita lek-lek tenang je." kata Reiji.

Maka, sempurna sudah misi kumpulan pertama untuk mendapatkan bekalan makanan demi untuk menuntut ilmu daripada seorang tua di Gunung Lambak.

R E V A R 1 :The BeginningCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang