"Eh, ni bukan peta dunia ke?"
"Yeke? Ko jgn main2 mat tadi aku sendiri yang mintak peta ni daripada Ayah"
"Btol la. Ko tgok la tulisan kat atas ni 'W-O-R-L-D M-A-P' maknanya peta dunia!"
"Jap aku cek, eh mat! Btol la mat ko cakap "
"Kan aku dah cakap. Patot la kita jalan tadi jauh semacam je"
"Aaaa, sori ye mat. Ko jgn bagitau budak-budak yang tgh tido tu plak eh"
"Ha yelah-yelah, ko stay sini kejap aku nk pegi tengok kat sekeliling masjid ni kot-kot ade peta Daerah Kluang"
"Ok mat, jangan lama-lama tau"
Sementara menunggu Zeef mencari peta, Jebond bertafakur seorang diri dengan duduk bersila dan menggoyang-goyangkan kepalanya ke atas ke bawah (bayangkanlah ikut imaginasi masing-masing). Dia memikirkan tentang ayat ibu bapanya yang masih bercelaru di dalam mindanya. Dia bermonolog...
"Apa maksud R E V A R ni ek?"
"Ibu dan ayah ckp aku dilahirkan untuk menjadi R E V A R, tapi aku masih tak paham maksudnya"
"Ah! Ni tak boleh jadi mahu meninggal aku memikirkannya"
"Aku perlu jumpa orang tua tu jugak"
Dia bermonolog dalaman selama tiga puluh minit sehinggalah
Tiba-tiba..
PANG!!!!
Seketul tangan mendarat di atas pipi Jebond. Jebond pun berasa sangat bengang terhadap orang tak rehat yang menampar pipinya yang gebu itu. Dia pun membuka mata..
"Kau rupanya Zeef! Apa pasal kau lempang aku ah?"
"Eish ko ni! Tadi aku pikir ko kene sampuk, terangguk-angguk macam orang tgh high, aku pon lempang ar muka kau laju-laju"
"Aku tgh bertafakur la tadi"
"Oh,cakaplah. Ha ni dia peta Kluang yang ko cri tu"
Zeef pun melemparkan peta tersebut ke muka Jebond. Jebond hanya membuat muka undertaker apabila diperlakukan sebegitu rupa. Dia lalu membuka lipatan peta itu satu persatu dan didapatinya terdapat bahagian yang terkoyak.
"Ni apsal terkoyak ni? Ko kutip kat tong sampah ke?" tanya Jebond kehairanan. "Eh, mana ade, dah tak payah la kau pikir bende-bende remeh ni, baik ko pikir macam mana kita nak pergi gunung lambak tu" ujar Zeef, selamba.
______________________________________
15 minit sebelum itu...
"Ehemmm!!...ehemmm!! Ah, lega pun dapat melepaskan hajat kat tandas masjid ni" ucap Zeef, lega.Zeef pun teringat akan pesan Ayah supaya istinjak setiap kali selepas qodo' hajat. Kemudian dia pun menghalakan getah paip aka tólèr ke situ. Makanya apabila telah benar-benar bersedia dia pun memutarkan kepala paip sehingga habis untuk mendapat bekalan air mutlak lagi suci. Unfortunately for him, air tak dak la pulakkk.
Selepas berfikir seperti Elberd Enstens akhirnya Zeef mendapat satu idea. "Ayah cakap kalo takde air boleh guna kertas". Lalu Zeef tanpa ragu-ragu mengoyakkan peta yang baru diambilnya tadi dari mimbar masjid pastu melaksanakan istinjak dengan sempurna. Zeef juga memastikan tiada bau,warna dan rasa untuk mengiktiraf dirinya telah beristinjak. "Nak bagitau Jebond tak? Ah! Tak payah lah nanti ape diorang ckp nnti" getus Zeef di dalam hatinya.
_______________________________________
"Aku dah pikir dah bende ni awal-awal. Lepasni kita pergi beli bekalan makanan dan minuman sepanjang perjalanan kita ke Gunung Lambak tu. Lepas aku buat kira-kira jangka masa perjalanan kita dari masjid ni ke kaki gunung tu dalam 4 jam. Pastu, dengan ketinggian puncak gunung tu setinggi 5000 meter memerlukan masa 5 jam 55 minit 55 saat 55 detik untuk daki sampai ke puncak. So, makanan kena beli banyak sikit lah." kata Jebond dengan penjelasan yang panjang lebar. "Ouh gitu. Ade lagi tak?"soal Zeef. "Ade. Dengan berpandukan surat yang telah diutuskan kepadaku daripada ibu dan ayah melalui Cik Linda, sepanjang pendakian kita nanti kita perlu tempuhi dan atasi cabaran dan rintangan. Mungkin ade harimau ke, penanggal ke, pontianak ke atau boleh jadi Puteri Gunung Lambak jugak. Kalau jumpa aku cakap dengan ko ni yang aku dah cop puteri tu awal-awal. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, kita perlu beli alat keselamatan seperti parang, keris, grenade, AK 47 dan M16 jugak." jawab Jebond dengan panjang lebar.
"Macam banyak je benda nak kena beli ni, duit kita cukup tak?" soal Zeef.
"Mana ada banyak, In Sha Allah cukup lah" kata Jebond kepada sahabatnya. "Emmm, aku dah tetapkan nama untuk misi kita ni, nama baek punya" ujar Jebond. "Ha, apa nama misi kita ni" tanya Zeef,teruja. "Setelah kita solat istikharah malam tadi, muncullah ilham untuk namakan misi kita ni Misi GLMTKD!" jawab Jebond. "GLMTKD? Maknanya Gay Lesbian Mati Tambah Keadaan Darurat ke?" Zeef berasa pelik bin aneh ibnu ajaib apabila mendengar nama misi mereka. "Eisshh, ape ko merepek ni, maknanya ialah...
'Gunung Lambak Mu Tunggu Kami Datang'
"Oh, rupa-rupanya"
Kata Zeef sebelom tidur dalam keadaan matanya terbeliak dan badannya seperti ulat beluncas.
ANDA SEDANG MEMBACA
R E V A R 1 :The Beginning
AventuraMengisahkan sekumpulan pemuda yatim piatu cuba untuk menimba ilmu daripada seorang pak cik yang sangat handal , pro , terror menari tarian yang diberi nama R E V A R. Mereka mengambil keputusan untuk belajar tarian ini untuk mencari nafkah. Akan tet...
