2015
13 tahun telah berlalu sejak pasangan suami isteri tersebut meninggalkan bayi mereka di rumah kebajikan anak yatim. Kini, anak tersebut telah melangkah masuk ke usia remaja yang bakal menyaksikan dirinya menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Anak tersebut telah dianugerahkan dengan nama Jebond
Pada suatu pagi, Jebond bersama 10 orang rakannya, Zeef, Saneem, Nafizi, Benny, Cahya, Niqon, Dasin, Fassian, Reiji serta Tom telah dipanggil oleh ketua penjaga rumah kebajikan tersebut.
"Kamu semua tahu apa tujuan Ayah memanggil kamu semua?" tanya ketua penjaga tersebut. "Tak tahu Ayah" jawab mereka serentak. Mereka memanggil ketua penjaga sebagai Ayah kerana mereka telah diasuh dengan memanggil ketua penjaga sebagai Ayah. "Sebenarnya, rumah kita ini kekurangan ruang untuk menempatkan lebih ramai anak yatim" kata Ayah kepada Jebond dan rakan-rakannya. Mereka semua ada yang menunjukkan ekspresi terkejut malah ada juga yang berasa sedih. "Ayah dah ambik keputusan supaya kamu semua dikeluarkan dari rumah kita. Ayah amat berharap agar kalian tidak berburuk sangka dengan ayah dan dapat menjaga kebajikan diri kalian di luar sana. Faham?" kata Ayah dengan nada yang amat berat untuk memberitahu hal ini kepada anak jagaannya. "Kami faham Ayah" jawab mereka semua serentak. "Kamu dibenarkan keluar dari rumah pada hari esok"
Mereka berasa sangat sedih dan risau untuk menghadapi kehidupan di luar.Selepas itu, mereka semua bersalaman dengan Ayah dan berjumpa dengan semua anak-anak yatim dan penjaga rumah tersebut untuk memberikan kata-kata akhir dan meminta maaf.
Pada ketika itu, Cik Linda tiba-tiba teringat akan surat yang terlekat pada kotak yang mengiringi Jebond pada 13 tahun yang lalu. Kemudian, Cik Linda telah menemui Jebond.
"Jebond, Cik Linda ada sesuatu yang Cik Linda hendak beri kepada kamu yang disimpan sejak kamu datang ke sini" kata Cik Linda. "Ha? Sejak saya datang ke sini? Maknanya dari ibu dan ayah saya ke Cik Linda? tanya Jebond inginkan kepastian. "Betul, dari ibu dan ayah kamu" lalu Cik Linda mengeluarkan sekeping surat yang agak lusuh dari beg Cik Linda. Surat itu diberikannya kepada Jebond. "Terima kasih Cik Linda". "Sama-sama" jawab Cik Linda,lega kerana telah menunaikan amanah yang telah diterimanya 13 tahun yang lalu.
Pada malam itu, kesemua 11 org sahabat telah berkumpul di dewan makan rumah kebajikan untuk berbincang tentang hala tuju mereka selepas mereka keluar.
"Emmm, lepasni korang nak pergi mana?" ujar Jebond
Kesemua sahabat tersebut menggelengkan kepala tanda tiada idea kemana hala tuju mereka selepas ini.
"Korang nak tahu sesuatu tak?"
"Nak, apa dia?" balas Zeef
"Tadi aku ada dapat surat daripada Cik Linda. Dia kata surat ni daripada mak bapak aku. Korang nak dengar tak isi kandungan surat ni?" kata Jebond sejurus selepas mengeluarkan sepucuk surat dari kocek seluarnya.
"Boleh jugak, kitorang tengah bosan ni" sambut Dasin.
"Ok eh, aku mulakan. Uhuk2....
ANDA SEDANG MEMBACA
R E V A R 1 :The Beginning
AventureMengisahkan sekumpulan pemuda yatim piatu cuba untuk menimba ilmu daripada seorang pak cik yang sangat handal , pro , terror menari tarian yang diberi nama R E V A R. Mereka mengambil keputusan untuk belajar tarian ini untuk mencari nafkah. Akan tet...
