"Woi Reiji, kita beli makanan kat kedai tu ar." kata Tom sambil kedua-dua tangannya menghala ke sebuah kedai (tak rehat matt).
"Kedai ni?"
"Boleh lah, kitorang pon dah malas nak pergi jauh-jauh. Nanti lambat plak nk pergi kaki gunung tu" ujar Nafizi kerana keletihan.
"Ha, yelah-yelah"
Lalu, mereka pun berjalan terhuyung-hayang sambil membawa beg masing-masing di pundak. Mereka pergi ke sebuah kedai yang tertera nama kedai tersebut di billboard pada bahagian atas kedai tersebut
"Kedai Koperasi ***** Berhad"
"Woi semua kumpul kat aku jap, aku nak bahagi-bahagi tugas" arah Reiji.
Maka hanya dengan sekelip-kelip mata, berkumpul lah mereka di hadapan Reiji secara teratur.
"Nafizi, ko pergi beli 110 BIJI TELOR AYAM"
"Dasin ko carikkan 110 tin sardin"
"Niqon kau aku nak pergi cari 330 ekor ikan bilis."
"Nak kena kira ke?"
"Kira ar. Takkan la ko ni kasyaf main ambik-ambik cenggitu je"
"Ha, Tom ko punye sepesial sikit"
"Gapo dio?"
"Alang-alang nama kau Tom, aku nak ko cari 110 biji Tomato!"
"Yelaj-yelah. Kau pulak?"
"Aku nak angkat 11 kampit beras kejap lagi"
"Weeeiiissshhh... sado boleh arr"ujar yang lain kepada Reiji.
_______________________________________
To be continued in
Part 7: Koperasi Cashier
_______________________________________
Makanya, ber'tawaf-tawaf'lah team kedua ke sekeliling kota Kluang itu sungguh-sungguh mencari kedai jual keperluan mereka yang seterusnya iaitu senjata ampuh.
"Dah setengah jam kita jimba-jimba tak jumpa pon walau satu kedai senjata Jebond" keluh Cahya.
"Penat siak jalan, kalau aku boleh fly kan senang jadi mcm Ayen Men (Iron Man)" luah Saneem.
"Sabo la, dengan pertolongan Allah S.W.T , In Sha Allah urusan kita dipermudahkan" kata Benny untuk menenangkan hati rakan-rakannya.
"Apa kata kalau kita baca doa dipermudah urusan?" cadang Jebond.
"Bolehlah, layanlah" sokong Fassian & Zeef yang hanya terdiam dari tadi.
"AYUH, RAMAI-RAMAI!!"
Mereka pun baca la doa atas ni kuat-kuat sehingga bergoncanglah bumi Kluang selama 0.1 detik. Terjoget-joget penduduk Kluang waktu tu untuk imbangkan badan selama goncangan itu berlaku demi untuk supaya agar mengelakkan kes ikhtilat berlaku.
Setelah fenomena ajaib itu berlaku, sedang team kedua mula meneruskan pencarian, tiba-tiba datang seorang lelaki berbadan besar, berbaju kelabu yang tertulis perkataan 'WHATEVER' serta memakai seluar slack jeans, malah berkaca mata ala-ala hipstur gitu. Lelaki tersebut datang ke arah mereka sambil berjalan catwalk yang lemah gemalai namun masih menampakkan dadanya yang bidang dan six pack jelas kelihatan pada tubuhnya yang besar itu.
"Aaaa, abang nak apa bang jumpa kitorang ni" tanya Jebond kepada lelaki itu,ketakutan. Lelaki itu berdiri tegap di hadapan mereka semua lalu dia memulakan bicaranya,"Nama aku Arqid, aku tgok korang dari tadi macam gelandangan, jalan sana, jalan sini, aku jumpa korang ni sebab aku kesian tengok korang. Ada apa-apa yang boleh aku tolong?" jelas lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Arqid itu.
"Sebenarnya kitorang nak beli senjata dengan kelengkapan nak daki Gunung Lambak, tapi tak tahu kedai yang jual barang-barang macam tu" kata Saneem dengan husnuzzon nya.
"Oh, macamtu rupanya! Kalau nak diikutkan kat Kluang ni yang jual barang-barang macamtu ade kat Paloh." ujar Arqid. Cahya tetiba berkata dengan nada yang amat terkejut "Paloh?!! Paloh bukan jauh ke? Kalau dari sini dalam sehari berjalan kaki tak silap"
"Ya, betul. Tapi korang jangan risau, aku ada jual benda-benda macamtu kat 'tempat' aku" ucap Arqid. "Yeke bang? Terima kasih la bang sebab tolong kitorang" Benny menzahirkan rasa syukurnya.
_______________________________________
To be continued in
part 8 : Arqid The Blacksmith
ANDA SEDANG MEMBACA
R E V A R 1 :The Beginning
AdventureMengisahkan sekumpulan pemuda yatim piatu cuba untuk menimba ilmu daripada seorang pak cik yang sangat handal , pro , terror menari tarian yang diberi nama R E V A R. Mereka mengambil keputusan untuk belajar tarian ini untuk mencari nafkah. Akan tet...
