Mereka pun menerima pelawaan Arqid untuk pergi ke tempatnya demi mendapatkan barang-barang yang mereka perlukan semasa pendakian Gunung Lambak di kemudian hari.
"Btol ke Qid yang ko nak tolong kitorang ni?" tanya Jebond.
"Btol la, korang sebenarnya bertuah sangat dapat jumpa dengan aku ni"
"Bertuah? Kenapa bertuah plak Qid?" soal Saneem.
"Bertuah la. Sebabnye korang tak perlu pegi Paloh jauh-jauh nak dapat barang-barang yang korang perlukan tu" jelas Arqid.
"Ouh, haah la! Tima kasih ye kid." ucap Cahya.
"Ha, yelah. Sama-sama, kita dah sampai pun ke tempat aku"
Mereka tiba di hadapan sebuah rumah kedai dua tingkat yang bercirikan seni bina Omputih. Mereka tergamam seketika apabila membaca papan tanda kedai tersebut.
'AJIZ AND LOVELY FAMILY ENTERPRISE, MUAH,MUAHH'
"OMG" getus Zeef dalam hatinya.
"Muah,muahh?" hati Fassian terkesima.
"Astaghfirullah!" ucap Benny.
"Ni ke tempatnya, Qid?" tanya Cahya.
"Haah, dah, jom ikut aku turun bengkel"
Enam sahabat itu pun mengikuti langkah Arqid masuk ke bahagian dalam kedai tersebut yang nyata tidak ramai orang yang mengunjungi kedai tersebut pada waktu sebegini.
Lalu, Arqid tiba-tiba berhenti di dalam sebuah bilik putih yang kosong, tiada perabot atau apa-apa sahaja di dalam bilik itu. Arqid berdiri di hadapan salah satu bahagian dinding itu. Jebond and the gang dah rasa pelik dengan gaya Arqid yang mencurigakan itu. Tak semena-mena Arqid menjerit...
"JOMBALONG!!! JOMBELENG!!!! BANGUN!!!! BANGUN!!!! SAHUR!!! SAHURRRR!!!!!"
Terkejut biruk mereka dibuatnya pabila Arqid tiba-tiba jerit macam orang nak puasa bulan Mei (ada kan?) kat dinding yang tak bersalah tu. Tak semena-mena dengan kuasa Allah Subhanahu Wa Ta'ala 'Amma Yasifun dinding tu tumbang.
GEDEGANGGANG!!!!TORKOTORTORR!!!!
"What the?" gumam Jebond dalam pale otak die. Lalu muncullah dua ekor manusia di sebalik pintu tu. Kami pun hendak masuk ke dalam bilik dinding tu menyusuli Arqid.
"Woi! Kejap! Kalo nak masok korang kena menyanyi dulu!" jerit kedua-dua manusia tadi.
"Nyanyi?" soal mereka.
"Haah nyanyi. Meh aku nyanyi dulu..." kata Arqid sebelum menyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star dengan suara yang amat lunak bagi seorang lelaki tough sepertinya.
"Masuk!"
Maka mereka pun nyanyi la apa-apa lagu yang pernah mereka nyanyi kat rumah kebajikan dulu seperti lagu Bangsa Lajak, Lagu Anti Sosial dan Lagu Janji Manis Melayu. Seorang demi seorang masuk ke bilik itu. Sehinggalah giliran Zeef.
"Woi korang aku nak nyanyi ape ni?"
"Nyanyi je la apa-apa"
"Tak tahu doh"
"Nyanyi je la, banyak bunyi la ko ni"
"Oklah aku nyanyi....aaaa"
Mereka semua berasa amat kagum bagai melihat superman pakai spender kat luar buat pertama kalinya apabila Zeef nyanyi lagu atas ni kuat-kuat sambil buat muka duck face paling cun dan sylo malah kiutnye kat dunia ni. Selesai sahaja Zeef nyanyi lagu tu, Zeef tros nyanyi sampai 1 jam sebelom mereka menyumbat mulutnya dengan peta koyak (bernajis) tu.
Apabila kami masuk ke bilik tu, kedua-dua orang yang menyambut kami duduk di tepi Arqid yang berdiri membelakangi sebuah kotak hitam besar. Lalu dia memulakan majlis dengan ........ secawan teh. Teh itu dihirupnya perlahan sebelum memulakan bicara.
"Okay, kita mulakan balik, nama aku Arqid, aku seorang blacksmith underground. Dua orang yang kau lihat kat sebelah aku ni yang muka hensem macam cina jual nombor ni nama dia Opek. Mamat yang pakai baju warna pink-pink kehijau biruan ni nama dia Botak. Diorang ni lah yang tolong aku buat senjata-senjata tajam macam zaman Melaka dahulu. Kalau orang dulu panggil pandai besi, sekarang dah panggil blacksmith. Sebab tu aku digelar Arqid the Blacksmith."
.
.
.
"Ouh, kesahnyaaa.." jawab 6 sahabat itu,blur sambil buat muka domblé lepas dengar penerangan Arqid yang panjang gila tu.
.
"Anyway, aku nak tanya la, apa tujuan korang daki gunung tinggi gila bapak kau hijau tu?" tanya Arqid.
"Ermm...kitorang sebenarnya ikot si Jebond ni nak belajar ilmu daripada seorang tua kat puncak gunung tu" jawab Cahya bagi pihak kami.
"Apa? Orang tua? Kat puncak gunung? Korang biar betul?"
"Aaaa.. haah kitorang siyes nak pegi puncak gunung tu"
"Korang memang tempah bala, tapi takpe aku tetap akan support korang."
"Bala? Apa yang balanya?"
"Sebenarnya, dulu ade jugak atuk kepada nenek ipar (???) aku daki gunung tu. Semangat tak rehat dia sampai bawak barang macam-macam. Setelah mendapat restu daripada jiran dia (tak masal) dia pun daki la gunung tu. Daki punye daki punye daki-daki hitam kat badan, akhirnya dia daki sampai separuh je."
"Aik,kenapa daki separuh je?"
"Masa dah separuh tu dia jumpa macam-macam, ade beruang terbang, monyet bercakap, bunga meletup, pastu ade jugak b*b* bertanduk di leher."
"Ouh gitu, banyak betul binatang-binatang pelik kat sana ek. Macam takut pulak dowh."
"Korang jangan risau aku,Opek & Botak boleh tolong korang"
"Yeke? Terima kasih korang sebab nak tolong kitorang"
"Aku dah buat research macam mana nak kalahkan hewan-hewan tu. Peluru moden tak tembus badan diorang. So, senjata khusus untuk bunuh hewan tu pun kitorang dah buat. Tinggal tunggu sape je yang sanggup daki gunung tu."
"Maknanya, kitorang la orangnye kan?"
"Nampaknya macam tu lah, gunung tu pun dah lama takde orang nak daki"
Kemudian Arqid menyuruh Botak dan Opek membuka kotak hitam besar di belakang mereka. Terdapat 11 senjata khusus di dalam kotak tu.
"Keris ni nama nya Keris Paya Fan, korang akan guna keris ni bila lawan makhluk Kera Sumbang yang ada tanduk kat pipi." terang Opek.
"Lembing ni pulak namanya Lembing Pakiswa, lembing ni untuk bunuh beruang terbang aka Winnie Pooh." jelas Botak pula
.........................
Lalu ketiga-tiga blacksmith itu menerangkan setiap satu kegunaan senjata itu. Sahabat-sahabat itu berasa takjub mendengar penerangan yang diberikan.
"Harga senjata-senjata ni berapa Qid?" tanya Benny. "Ouh, tak mahal. Tolak harga diskaun awal Mei, tolak harga member-member emmm... harganya RM1k je" jawab Arqid. "Wuisshh mahalnye. Kitorang takde duit sebanyak tu la Qid" keluh Zeef. "Ha, yelah-yelah aku kurangkan jadi separuh harga, RM 500 je" kata Arqid. "Okaylah kitorang setuju" balas Saneem. Berbekalkan RM100 yang diberikan Ayah, mereka pun membayar harga senjata-senjata tersebut.
"Semoga berjaya!" kata Arqid. "Good luck!" Opek bersuara. "Sayang kalian!" Botak tak masal bercakap.
_______________________________________
"Okaylah jom gerak, senjata ni kita bagi-bagi masa nak daki Gunung Lambak nanti" ajak Jebond. "Jom!" balas masing-masing.
Akhirnya, misi kumpulan kedua sudah selesai. Mereka meneruskan perjalanan ke kaki Gunung Lambak.
ANDA SEDANG MEMBACA
R E V A R 1 :The Beginning
AbenteuerMengisahkan sekumpulan pemuda yatim piatu cuba untuk menimba ilmu daripada seorang pak cik yang sangat handal , pro , terror menari tarian yang diberi nama R E V A R. Mereka mengambil keputusan untuk belajar tarian ini untuk mencari nafkah. Akan tet...
