Gee

28 2 0
                                    

Hatinya berkecai. Dia hilang arah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh ada di Mid Valley Megamall ini. Dia buntu. Entah mana keretanya dipakir. Dia sudah tidak peduli. Dia cuma menyeret kakinya dalam lautan manusia yang sedang berseronok bersama yang tersayang. Adakalanya dia berlaga bahu dengan pasangan yang sedang berjalan mesra. Adakalanya dia terpandangkan riak wajah anak kecil mendapat belon. Dia sedih. Hatinya hancur. Dia seperti halimunan dalam lautan manusia ini. Malah, orang yang sedang menjual produk insurans pun turut mengendahkan dirinya. Entah kenapa hari itu dia rasa sangat kosong. Terlalu kosong.

Tekaknya haus dan terasa tawar. Terlihatkan satu restoran yang ada di hadapanya, dia berhenti. Memandang lama pada signboard hitam itu. Matanya berkaca. Sedangkan, kedai itu tidak pernah menjadi tempat dia dan Mira bermanja mesra. Dengan entah apa kudrat yang ada pada kakinya, dia melangkah masuk dan menuju pada meja kosong berhampiran.

"Encik. Saya Gee, pelayan encik untuk hari ini. Encik mahu pesan apa?" "Beri saya air bottomless satu. Tak nak ais. Itu sahaja" katanya lemah. "Okay encik. Sebentar lagi saya datang semula." Pelayan itu terus ke dispenser dan mengambil air Ice Lemon Tea dan diisi dalam gelas kaca. Dia membuka apron dan meminta kepada manager untuk berehat.

"Ni airnya encik." kata Gee kepadanya. Terus, Gee duduk dikerusi yang terletak di hadapannya. Dia tersentak. Dipandangnya gadis cina-muslim itu tembus. Ditenungnya rapi. Matanya mula berkaca dan terus mengalir dipipinya. "Awak sudahlah. Jangan menangis. Minumlah air tu." kata Gee kepadanya sambil melipat tisu dan mengelap airmatanya. "Jangan cakap apa-apa. Saya tahu apa awak rasa sekarang ni. Saya rehat sejam. Jadi, saya nak teman awak. Jangan risau, okay?" Dia buntu. Dia langsung tidak kenal perempuan yang duduk dihadapannya itu. Dengan tidak sengaja, dia berasa aman dan tenang dengan kelakuan gadis cina-muslim ini. Dia tidak mampu bersuara. Dia diam.

Mereka merenung antara satu sama lain. Mereka hanya kaku. Kadangkala Gee menongkat dagu di atas meja. Rasa aman itu timbul. Lalu dia bangkit. Dia mahu berjalan lagi tanpa tujuan. Dengan sekelip mata, gadis cina-muslim itu terus mendakapnya. Dia keras. Lalu, dia terdengar suatu bisikkan ditelinga kanannya: "Jangan sedih. Saya ada disini. Pergilah. Saya belanja awak hari ini."

Pendek pendekWhere stories live. Discover now