Semalam Adalah Hari yang Sudah Lepas

14 0 0
                                    

Saat kau merenung ke luar jendela, saat itu fikiran kau melayang-layang membayangkan gimik-gimik minda yang memaksa memori-memori lampau berkampun di satu sudut otak. Yang paling sakitnya bila, semua memori itu adalah yang tidak sempurna sifatnya- sama ada ianya menyakitkan atau menyedihkan.

Kau menolak rasa-rasa gemuruh dan gementar ke tepi sambil menyelam ke alam sementara memori itu. Kau mencari-cari satu cebisan memori yang tak sempurna, kau titipkan jari dan terus tenggelam bersamanya.

Jantung berdegup kencang bagai nak pecah. Kau memberanikan diri walhal kau sedia tahu- kau sememangnya pengecut di hadapan memori lampau. Namun, ia belum lagi mematahkan semangat kau untuk menyelam bersamanya.

Lalu memori itu berhenti pada satu masa yang kau sendiri sudah lupa akan kehadirannya- satu sinar cahaya yang putih terang membutakan mata kau saat kau sampai ke dasarnya.

Mata kau terpegun melihat dua jasad yang tidak mempunyai sifat roh yang sama- salah satu sudah beralih angin, satu lagi masih menunggu seperti besi berani menunggu elemen besi yang lain.

Kau kenal jantina mereka. Sepasang lelaki dan perempuan yang dulu bercinta bagai nak rak: menyintai satu sama lain, membuka pintu hati kepada masing-masing. Menyayangi. Menikmati cinta. Namun, apa yang kau lihat pada masa itu, segalanya sudah sepi- Mati.

Kau masih merasa kehangatan yang ada pada si lelaki itu; membara matanya kerana hangat cinta dan hangat amarahnya. Sedang si gadis itu; melacurkan diri dan membuang perasaan cinta terhadap si lelaki itu pada lelaki yang lain. Kau berharap- semuanya tidak berlalu begitu. Masih ada ruang untuk memperbaiki kesan calar-balar pada hati masing-masing.

Si gadis sudah tiada hati pada si lelaki. Sudah terngiang-ngiang penangan jantan yang baru sahaja dikenalnya. Segala apa yang berlaku, si lelaki itu ingin terus mengampunkan dosanya- berharap agar semuanya dipadam dan diulang semula kisah mereka berdua.

Tidak! Si gadis itu masih tetap ingin melacurkan dirinya. Masih berpegang pada katanya yang: dia tidak bersalah kerana selingkuh. Dia tetap benar kerana hatinya sudah tidak lagi ada pada si lelaki.

Sebentuk cincin di hempaskan ke tanah. Walaupun cincin emas itu tidak seberapa namun, ia tetap cincin emas janji cinta si lelaki pada si gadis itu. Si lelaki itu melutut sambil menangis. Mengampunkan dosa selingkuh si gadis itu.

Kau rasa apa yang dirasakan oleh si lelaki. Namun, kau masih lagi cuba menangkap jiwa dan fikiran si gadis. Saat tangan kau bergerak memegang benak si gadis, kau sudah ditarik tinggi ke langit. Kau meronta dan meronta. Sehingga akhirnya kau tersedar yang kau masih di jendela merenung keluar.

Pendek pendekWhere stories live. Discover now