Kafe Bert's

52 3 0
                                    




           

Malam. Hujan turun renyai setelah lebat selama dua jam. Tiada tanda akan berhenti. Mungkin berterusan selama beberapa jam lagi. Terdapat sebuah kedai kopi yang agak terasing. Terasing dari bunyi kebisingan bandar di Shah Alam. Suasananya agak sunyi. Kedai kopi itu mempunyai susun atur yang minimalis; simple. Penggunaan warnanya; putih dan warna-warna pastel. Cahaya mentol lampu yang menyinari kedai kopi itu agak malap; seakan-akan kekuningan. Struktur perabot di kedai itu kebanyakkannya diperbuat dari kayu; dicat putih dan kelihatan seperti barang-barang yang klasik. Dinding kedai itu dihiasi dengan wallpaper bertemakan English House dan sebahagiannya dilekatkan dengan kayu-kayu yang sudah di-varnish dan diletakkan wax. Digantung empat buah lukisan abstrak yang dihasilkan oleh artis tempatan; siri Awang Damit dan siri Fauzul Yusri yang mungkin bernilai ribuan ringgit setiap satu. Terpampang besar papan tanda kedai itu yang diberi nama Bert's.

Di luar kedai itu terdapat satu meja empat segi putih; ashtray, sepasu bunga Daisi, dua bangku bar tinggi, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kelihatan juga, seorang pelayan berjalan masuk ke kedai selepas menghantar pesanan mereka.

Lelaki itu mengacau perlahan kopi Latte yang disediakan dalam cawan dan piring putih yang dipesannya setelah meletakkan beberapa sudu gula sirap. Dia menghidu cawannya itu sebelum mampirkan ke bibirnya untuk dihirup. Saat kopi Latte panas itu singgah ke mulutnya, dia memejamkan mata untuk menikmati rasa enak kopi di kedai itu. Cukup rasa. Lemak kopi itu membuatkan dirinya merasa bahagia. Dia tersenyum setelah Latte panas itu membasahi tekaknya. Kemudian dia meletakkan semula kopi itu ke piring yang tersedia bersama cawan itu.

Secawan kecil Espresso hitam dipesan oleh perempuan itu masih berasap. Ia seakan seimbang dengan suasana malam yang dingin itu. Dia meniup perlahan dan terus melekatkan cawan itu ke bibir merahnya. Pekat. Itulah kesukaannya. Kopi yang hitam pekat tanpa gula. Dia tersenyum pabila membuka matanya—tanda menikmati kopi hitam pekat itu. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu yang melihatnya sambil tersenyum. Mereka bertentangan mata. Senyap.

Lelaki itu mengubah postur badanya; meletakkan siku diatas meja sambil menongkat dagunya. Mata kecilnya masih merenung gadis dihadapannya. Gadis itu tersipu, hampir tergelak kecil melihat gelagat lelaki yang tubuhnya yang memakai pakaian bersaiz M. Dengan perlahan, gadis itu menyisir rambutnya dengan tangan kanan ke belakang telinga dan mengalihkan pandangannya ke Espresso kepunyaannya di meja.

Pelayan lelaki bertubuh tegap hampir ke meja mereka dengan meletakkan Dessert yang dipesan mereka awal tadi. Crème Brûlée diletakkan kehadapan lelaki itu, manakala sebiji Croissant dan kaya pandan diletakkan dihadapan perempuan itu. Sedang itu, kedengaran lagu Slow yang dinyanyikan oleh Rumer berkumandang dengan sayup. Tidak terlalu kuat, tidak terlalu perlahan. Cukup sempurna.

Lelaki itu mengangkat sudu teh yang tersedia dan memecahkan lapisan kerak Crème Brûlée yang kekuningan itu. Krak krak. Dia tersenyum saat makanan kegemarannya itu dicucuh dengan sudu. Dia suka dengan bunyi itu. Dengan perlahan, dia menghalakan sudu yang sudah dicedok ke mulutnya. Terpejam matanya. Indah. Entah berapa lama sudah dia tidak hadir dan menikmati makanan itu di kedai itu. Gadis itu memotong Croissant itu dengan pisau meja. Dia mencicah potongan Croissant itu ke dalam semangkuk kaya pandan dan terus memasukkannya ke mulut. Dia mengunyah dengan perlahan; dia memerhatikan gelagat lelaki itu yang sedang menikmati makanan kegemarannya. Dengan tidak sengaja, mereka bertentangan mata. Mereka tersenyum sambil menunjukkan lesung pipit masing-masing. Masih tiada konversasi berlaku. Senyap.

Pendek pendekWhere stories live. Discover now