Cahaya Petang Terakhir di Marduk, 2017

15 0 0
                                    

Udara hidrogen dan campuran separa helium itu dihirup dalam. Manis. Ia lebih manis dari oksigen yang dikatakan pahit-pekat dan busuk. Cahaya matahari sudah menghilang dari ufuk dan membiaskan warna-warna ungu bercampur jingga kemerah-merahan seperti padma. Suasana makin layu dan sayu tatkala matahari sudah mengundurkan dirinya. Namun, 5 jam lagi bakal terbit semula matahari.

Hari yang ke-4332. Lagi sejam, bakal lihat suasana terbitnya percikan bunga api yang ditembak dari bumi ke atmosferanya. Malam itu juga bakal dapat dilihat perbezaan percikan bunga api dari setiap zon masa yang berbeza. Saat jam 12 tengah malam di zon yang melewati benua Amerika, saat itu juga satu nombor baharu yang akan tertambah ke tarikh.

31 bulan mulai terbit dan dapat dilihat dengan jelas. Selebihnya jelas di waktu siang. Ianya seperti bebola kristal yang tersusun secara rawak. Cantik dan berseri. Mengindahkan 1 jam yang terakhir untuk tahun ini. Sambutan tahun ini bakal meriah di bumi kerana Marduk akan bergerak seiring bersama Bumi-- yang mana, dua-dua memasuki tahun baharu pada masa yang sama. Bezanya, Marduk perlu tunggu selama 11 tahun bumi untuk mendapatkan satu tahun baharu.

Jovian menghirup sekali lagi udara Marduk yang manis itu. Secawan kopi pekat hitam yang dikirim dari Bumi, dibancuhnya bersama susu Habel (seekor binatang yang berasal dari Marduk), dihirup.

Tiba-tiba, satu pesanan ringkas masuk ke alat transmitter-nya.

"Selamat Tahun Baharu, Jovian. Moga tenang bersama tuhan di sana!"

Dia tersenyum. Masakan akan lupa sang manusia; yang tinggal di garisan Khatulistiwa, mempunyai senyuman paling manis, pada dirinya.

Selamat Tahun Baharu juga, Sofia. Semoga kau dilimpahi kurnia yang berganda seperti namamu.

Pendek pendekWhere stories live. Discover now