"Aa..aku ikut" ucap Iqa .
Iqa sebenarnya tidak pasti dengan keputusannya itu . Tapi niat ingin tahu ada dalam dirinya .
"Ok , jom " kata Bell lalu tangannya bergerak menuju ke tombol pintu tersebut tetapi ditahan oleh Sha .
"A..aku berdiri depan pintu je lah " ucap Sha
"Suka hati kau la " kata Iqa lalu dia mengikuti Bell masuk ke dalam bilik tersebut .
Tiada sebarang cahaya yang menerangi bilik tersebut , bilik itu seperti bilik tidur yang kelihatan agak usang .
"Ni bilik tidur ke stor? " tanya Iqa hairan
"Entahlah , tilam pon bersawang " ucap Bell .
Mereka hanya dapat melihat dengan bantuan cahaya dari luar tingkap .
"Ehh aku jumpa lilin dengan kotak mancis " ucap Iqa secara tiba-tiba
"Haa cepat nyalakan lilin tu " arah Bell
Iqa menyalakan lilin tersebut . Kini mereka dapat melihat sebuah tilam yang mempunyai langsir ditepinya dan dipenuhi dengan sarang labah-labah.
Disudut tepi ialah meja berias dan sebelahnya ialah sebuah almari pakaian . Di sudut belah kanan ialah rak buku dengan susunan yang berterabur .
"Wehh kau rasa bilik ni betul ke cik nin punya ?"tanya Iqa
"Entahlah. tapi aku rasa tak mungkin dia tidur sini sebab tilam je dah bersarang labah-labah" kata Bell
Bell menuju ke rak buku , manakala Iqa menuju ke arah meja berias yang terdapat dalam bilik itu .
Iqa menyapu habuk yang berada diatas meja tersebut . Dia terlihat ada sebuah Bingkai gambar ditepi meja rias , dengan segera Iqa meraih gamabr tersebut .
Di gambar tersebut terdapat seorang wanita dan seorang lelaki sedang berdiri dihadapan rumah .
"Mungkin ni cik nin dengan suami dia " batin Iqa berkata .
Iqa meletakkan bingkai gambar tersebut , dia membuka laci di meja rias itu lalu benda yang dia jumpa ialah botol ubat yang banyak dan beberapa kapsul ubat yang terkeluar .
...
Bell pula melihat satu-persatu buku yang berada dirak tersebut , Dia terpandang pada satu buku yang kelihataan sangat lama . Dia mengambil buku tersebut dan membacanya , ternyata buku itu ialah sebuah diari .
20 mei 1998
"Bila ? Bilakah aku akan memperolehi cahaya mata ? Pelbagai cara aku lakukan untuk dapatkan cahaya mata tapi tiada hasil . "
Bell membuka Muka surat seterusnya .
15 julai 1999
"Punca aku tak dapat zuriat ialah kerana bini aku sendiri , dia tidak boleh mengandung dan sakit mental "
Bell membuka lagi muka surat seterusnya .
5 feb 1999
"Hanya ini satu-satunya jalan untuk aku dapat anak iaitu perjanjian dengan syaitan , dengan mengkorbankan darah pada 18 tahun akan datang iaitu pada bulan feb " .
Bell terkejut dengan apa yang dibacanya tadi . Dia meneruskan pembacaannya .
12 april 2000
"Tahun ini , isteriku Cik Nin melahirkan anak .."
Buku tersebut jatuh dari genggaman tangan Bell . Bunyi buku tersebut membuat Iqa terkejut . Iqa melihat ke arah Bell yang sudah terduduk dilantai .
"Wehh bell kau kenapa ?"tanya Iqa
"Cik..Cikk Nin buat perjanjian dengan syaitan , dia kena korbankan nyawa pada 18 tahun akan datang dan tahun itu sekarang "ucap Bell terketar-ketar
Iqa terkejut dengan ucapan Bell .
"Ap..apa kita nak bu,,buat ni bell?"tanya Iqa
"Tawakal , aku harap kita masih sempat keluar " kata Bell
Iqa merasa ketakutan sekarang .
"Jom masuk bilik aku dengan Ara kita duduk situ ramai-ramai , jom keluar dari bilik ni " ucap Bell
Bell segera menari Iqa keluar .
Sha terkejut setelah mendengar cerita tersebut .
"Sha , sekarang kau pergi kejut Ris , cepat " arah Bell
Sha berlari masuk dalam bilik dan membangunkan Ria yang sedang tidur , tanpa mengetahui apa-apa Ris segera mengikuti Sha .
Mereka duduk bersama didalam bilik , Ara dan Ris pun mula ketakutan setelah mendengar cerita sebenar dari Bell dan Iqa .
"A..aku takut weh" ucap Sha
"Ya , aku pon takut " ucap Ara pula .
Buat masa sekarang mereka hanya dapat memperbanyakkan doa supaya mereka berlima selamat .
....
Jam menunjukkan 4 pagi . Mereka masih lagi setia duduk didalam bilik tersebut tanpa berganjak .
Kringg kringg
Telefon milik Ris bergetar .
"He..hello " ucap Ris
"Ris awak kat mana ? " tanya seseorang dihujung talian
"Ai..aiman awak ke tu ?"tanya Ris
"Ya , saya aiman , encik faizal ada tanya saya kenapa awak dan yang lain tak balik lagi , kami risau pasal awak dan yang lain" ucap Aiman
"Jangan Risau tunggu kita orang semua balik " ucap Ris
Tutt tutt tutt
terputus talian
"Apa kita nak buat sekarang ni ?"tanya Ara
"Aku rasa kita patut lari , bawak apa yang penting , pakaian kita biarkan je cepat pergi dari sini " ucap Bell
Mereka segera membawa beg dengan berisi camera , dan cip rakaman mereka juga telefon .
Mereka turun dari tangga . Cik Nin sedang duduk disofa . Mereka turun secara senyap-senyap dan cuba membuka tombol pintu .
"Kamu semua nak ke mana ?"jerit Cik Nin dengan kuat
"Lepaskan kami semua , kami tak bersalah , jangan korbankan kami " jerit Ara
"Ohhh jadi kamu semua dah tahu , aku akan korbankan salah satu daripada kamu semua malam ini hahaha " ucap Cik Nin dengan ketawanya .
"Cepat lari " ucap Bell tetapi rambut panjang milik Cik Nin terbang dan menarik Ara .
Ris dan Sha terpaku dengan kejadian itu .
"Lepaskan kawan aku " jerit Iqa
"Hahahaha , aku akan bunuh dia malam ini " ucap Cik Nin .
Bell berlari menuju kedapur dan mengambil pisau untuk membunuh Hantu Cik Nin .
Zasss
Rambut panjang yang menarik Ara dipotong oleh Bell . Ara terjatuh lalu tangan Cik Nin terus mencengkam dagu Bell .
"Kau berani lawan aku " jerit Cik Nin dan imagenya kini berubah menjadi hantu yang sangat menyeramkan .
TBC . . . Please vote 😊 .
ANDA SEDANG MEMBACA
TRAUMA!
AventuraBell , Iqa , Ara , Sha dan Ris tidak menyangka idea mereka untuk melakukan dokumentari didalam hutan berakhir dengan ngeri sehingga menyebabkan salah satu daripada mereka maut dan TRAUMA . #Rank 87 - Adventure #Rank 24 - Adventure #Rank 246 - Adve...
