chap 24 [Special Chapter]

31 7 0
                                    

Suasana dalam kereta agak sunyi . Mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang . Bell sedang fokus memandu , Sha sedang memainkan telefon manakala Iqa sedang mendengarkan lagu .

"Guys "

"Kenapa ?" Tanya Iqa pada Sha

"Dah ada 2 orang budak perempuan nak sewa bilik . " ucap Sha

"Baguslah , Suruh dia jumpa kita bertiga esok " ucap Bell

....................................................................

Bell Pov . . .

"Kenapa buku ni ada alamat kawasan rumah ni" ucapku sambil membaca alamat yang ada pada halaman belakang buku lusuh dari perpustakaan itu .

"No.16 , jalan B-Land 1 , Taman Emrise "

"Arhhh "

Kepalaku terasa sangat sakit

"Tolong aku . Hanya kau dan kawan kau yang boleh tolong aku "

Aku terdengar sebuah suara yang meminta aku untuk menolongnya .

"Kau siapa ?" Ucapku sambil menutupkan mata .

"Aku terkurung , Tolong aku . Arghhhhhhhh"

Suara tu hilang secara tiba-tiba dari pendengaranku .

Author Pov . . .

Pintu bilik Bell dibuka oleh Sha .

"Bell kau ok ?"tanya Sha pada Bell dengan tatapan risau

"Dia minta tolong kita " balas Bell

"Ya , Dia nangis tersiksa " Sha mendudukkan dirinya disebelah Bell .

"Kita kena cari tahu apa yang dah terjadi dekat taman perumahan ni " ucap Bell .

"Apa maksud kau Bell ?"tanya Iqa yang tiba-tiba muncul .

"Iqa "

"Apa dah jadi ?" Tanya Iqa lagi

Sha dan Bell menceritakan semua yang terjadi termasuk kelebihan yang ada pada mereka .

"Aku rasa kita memang patut selesaikan semua ni "ucap Iqa

Mereka berpelukan bersama . Semangat berani dan setia kawan mereka tidak pernah lenyap .

...................................................................

"Jom kita pergi cafe " ucap Sha yang sedang duduk disofa .

"Untuk?"

"Jumpa budak yang nak sewa bilik tu . Hari ni diorang nak masuk " ucap Sha

Mereka bertiga bersiap dan pergi ke cafe yang dijanjikan untuk perjumpaan mereka .

"Hi " sapa seorang gadis yang bertudung Biru .

"Hi , Kau ke yang nak sewa bilik kita orang " tanya Bell .

"Ya , Kau ingat aku ke bell ?" Tanya Gadis tersebut .

"Takkan la tak ingat . Kau Hawa kan ?"

"Hahaha , rupanya kau ingat aku lagi . Btw , aku dengan kawan aku nak sewa bilik kau hari ni " ucap Hawa.

"Mana kawan kau ?"tanya Sha pada Hawa .

Seorang gadis menuju ke arah meja mereka .

"Kenalkan ni Zyan . Dia dengan aku yang nak sewa bilik dekat rumah kau " ucap Hawa

Iqa agak terkejut . Bell dan Ris ? Mereka turut terkejut .

"Ara " ucap Sha perlahan dengan suara yang bergetar .

"Nama aku Zahara Zyan . Panggil Zyan jangan panggil Ara ya " ucap Zyan sambil tersenyum .

"So macam mana ?"tanya Hawa .

"Bayar sebulan Rm100 seorang . Deal ?"tanya Iqa

Hawa dan Zyan menganggukkan kepala tanda bahawa mereka setuju .

Mereka pulang ke rumah .

"Jemput masuk " ucap Sha

"Cantik rumah korang . Kemas je " puji Hawa .

"Bilik kat rumah ni ada 2 . Dekat atas Aku dengan Sha punya bilik . Dekat bawah Bell punya bilik jadi korang nak tidur bilik mana ?"tanya Iqa

"Aku tidur sebilik dengan Bell " ucap Ara

Manakala Hawa tidur dibilik Sha dan Iqa .

Didalam bilik Bell . Zyan sedang memainkan telefonnya .

"Bell aku nak tanya sikit " ucap Zyan

"Apa dia ?"

"Ada apa-apa yang pernah terjadi ke kat sini ?"tanya Zyan

Bell hanya senyum .

"Aku dah agak "

Zyan agak tak faham dengan ucapan Bell

"Kau sebenarnya boleh rasakan sesuatu perkara kan ? . Ya memang ada sesuatu terjadi kat taman ni tapi aku , Sha dan Iqa akan siasat bila cuti semester nanti"ucap Bell .

"Aku ikut " Zyan agak gembira untuk turut serta menyiasat perkara itu .

"Sure , Maybe aku perlukan kelebihan kau yang tu " ucap Bell lalu tidur .

Zyan hanya menganggukkan kepalanya lalu melelapkan mata dan tertidur

Keep Support and Vote . THANKS ❤

TRAUMA!Where stories live. Discover now