Sha , Ris , Iqa , dan Bell selesai membersihkan diri . Bell sedang duduk dihujung katil sambil membalut kepalanya yang masih terluka dengan kain .
"Yuhuuuuu"
Iqa , Ris dan Sha masuk kedalam bilik Bell dan Ara .
"Kepala kau masih belum baik ke ?" Tanya Ara
Bell memandang Ara sekilas lalu menghelakan nafas panjang .
"Belum" jawab Bell singkat lalu menggelengkan kepala .
"Hmm , Aku nak pergi mandi " ucap Ara lalu pergi kearah bilik air
Ris dan Sya sedang berguling-guling diatas katil empuk yang terdapat didalam bilik tersebut.
Iqa duduk disebelah Bell .
"Macam mana kau boleh cedera?"tanya Iqa sambil memegang bahu Bell
"Aku dengan Ara terjatuh dari gaung masa jalan nak cari kau dengan yang lain " ucap Bell tersenyum
"Sorry" ucapan tersebut keluar dari mulut Iqa
"Bukan salah kau , Ini salah aku sebab aku ajak korang pergi tempat macam ni , semua ni ...
"Tak bukan salah kau dan bukan salah kita semua" ucap Sha memotong ucapan Bell
"Betul tu ! Kita kena tempuh semua ni sama-sama walau apa pun yang terjadi " sambung Ris
Mereka berpelukkan satu sama lain . Mereka bergelak ketawa bersama-sama .
"Gelak tawa korang akan bertukar dengan tangisan hahahahahahaha"
Seseorang memerhati mereka berlima tanpa disedari .
Suara tapak kaki terdengar diruangan bilik mereka .
"Mari kita makan malam bersama "ucap Cik Nin yang tiba-tiba muncul dipintu bilik .
Mereka terkejut dengan kehadiran Cik Nin
"Haa baiklah Cik Nin " ucap Ris sambil tersenyum , mereka bangun lalu mengikut Cik Nin pergi kearah dapur .
Sesampainya didapur . Meja makan didapur telah dipenuhi dengan beberapa makanan iaitu Nasi , Ayam Goreng , Sayur dan ulam-ulaman , sup dan Beberapa buah-buahan segar .
Mulut mereka berlima ternganga melihat makanan yang sudah terhidang diatas meja .
"Se..semua ni Cik Nin yang masak ke ?"tanya Sha
"Mestilah , Semua ini saya hidangkan khas untuk kalian semua "ucap Cik Nin sambil tersenyum .
"Wahhh mesti sedap ni "ucap Ara pula .
"Arhh silakan duduk " ucap Cik Nin
Mereka duduk sambil menikmati Masakan Cik Nin .
"Ermm Cik Nin saya rasa kami tinggal sampai malam esok je la , sebab perjalanan kami masih jauh " Ucap Bell tiba-tiba
"Ohh tidak mengapa " Kata Cik Nin .
Mereka melanjutkan makan malam mereka bersama . Selesai makan mereka duduk bersama diruang tamu .
"Ermm kalian duduklah disini , Saya sudah mula mengantuk "ucap Cik Nin tiba-tiba memecahkan keheningan .
"Kalau macam tu Cik Nin tidurlah , Sekejap lagi kami semua pun nak berehat " ucap Iqa .
"Baiklah , Semoga tidur kamu semua lena " ucap Cik Nin dengan senyumnya yang agak menyeramkan lalu meninggalkan mereka berlima .
Setelah beberapa minit mereka berlima naik ketingkat atas dimana terletaknya bilik mereka .
"Selamat malam "ucap Ris lalu masuk kedalam biliknya bersama Iqa dan Sha . Begitu juga dengan Ara dan Bell .
Katil Iqa berhampiran dengan tingkap . Dia duduk dan termenung , tiba-tiba dia terlihat seseorang membuka pagar rumah dan keluar .
"Orang tu pakai baju kebaya hitam , rambut disanggul , tu bukan ke Cik Nin "ucap Sha yang ikit memerhati kearah luar tingkap .
"Haah la , Dah la kita tidur je la " ucap Iqa lalu menarik selimut
"Hmm ok , selamat malam " balas Sha lalu menutup matanya supaya tertidur .
Keep reading and please vote ye readers , love you guys , Bye 😊 . (Sorry jika ada typo huhu) .
ANDA SEDANG MEMBACA
TRAUMA!
AbenteuerBell , Iqa , Ara , Sha dan Ris tidak menyangka idea mereka untuk melakukan dokumentari didalam hutan berakhir dengan ngeri sehingga menyebabkan salah satu daripada mereka maut dan TRAUMA . #Rank 87 - Adventure #Rank 24 - Adventure #Rank 246 - Adve...
