chap 20:bermalam hari pertama(3)

50 11 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi . Agak nyenyak mereka semua tidur kerana penat seharian berjalan didalam hutan .

......

3:30 pagi .

Bell terjaga dan bangun . Dia mengosok kelopak matanya menggunakan jari .

"Wehh Ara teman aku pergi tandas " ucap Bell sambil menggerakkan tubuh Ara.

"Ala kau kan berani pergi la sorang , jangan ganggu aku nak tidur la " ucap Ara lalu menutup seluruh badannya dengan selimut .

"Ishh kau ni , pemalas betul " ucap Bell geram , lalu keluar dan menuju ke arah bilik Air .

Bell melalui jalan untuk ke bilik air,sebuah perasaan aneh meyeluputi dirinya.Akhirnya Bell tiba dibilik air dan masuk kedalam bilik air tersebut.
Apabila selesai dia memegang tombol pintu bilik air dan ingin keluar .

"Arghhhh " jerit Seseorang .

"Hoi Iqa kau kenapa ?"tanya Bell

Rupanya orang yang menjerit ialah Iqa .

"Lah kau rupanya , Aku ingat siapa tadi "ucap Iqa sambil menyapu keringat di dahinya .

"Kau kenapa ada kat sini " tanya Bell

"Aku nak pergi turun dapur minum , aku kejutkan yang lain semua tidur mati " ucap Iqa

"Ohh , haa pergi la bye , aku nak tidur " ucap Bell lalu ingin melangkah pergi tetapi ditahan oleh Iqa

"Ehh nanti , teman la aku pergi dapur ye " ucap Iqa sambil tersenyum .

"Ish yelah " kata Bell lalu mereka berdua turun ke arah dapur .

Iqa membuka peti sejuk dan mengambil minuman  jus oren . Sementara Bell pula sedang duduk dimeja makan .

"Wehh Bell kau tau tak tadi malam sebelum aku tidur aku nampak Cik Nin keluar " kata Iqa

"Haa? Mana kau tahu?"tanya Bell pula

"tempat tidur aku dekat dengan tingkap jadi aku nampak lah , kalau tak percaya tanya Sha " jawab Iqa .

"Ehh , tapi bukan dia kata dia ngantuk ke ? "Tanya Bell lagi

"Tu la yang aku pelik " jawab Iqa sambil meneguk secawan jus oren yang berada ditangannya .

Bell mengerutkan dahinya berfikir tentang Cik Nin .
"Kau tak rasa pelik ke dengan Cik Nin " tanya Bell

"Pelik kenapa ?" Tanya seseorang yang baru tiba di meja makan .

Apabila Iqa dan Bell pandang rupa-rupanya itu ialah Sha .

"Ehh kau ni Sha buat orang terkejut je tahu tak "kata Iqa geram .

"Hehe sorry tadi aku melepas , lepas tu aku dengar ada suara orang bercakap , aku ingatkan siapa rupanya kau " kata Sha sambil tersengih .

"Haa pelik kenapa Bell ? " tanya Iqa kepada Bell

"Kau dengar tak bahasa apa yang Cik Nin bercakap?"tanya Bell

"Bahasa melayu " ucap Sha selamba

"Ishh memanglah , tapi cara percakapan tu " kata Bell lagi .

"Bahasa Baku " ucap Iqa

"Haa kata baku dah ada dalam kamus sejak setengah abad , Bahasa baku ni orang dulu-dulu yang selalu pakai , kenapa cara percakapan dia guna bahasa baku ?"tanya Bell

"Mungkin sebab dia dah lama duduk dalam hutan"kata Sha

"Tak mungkin , kalau dia terlalu lama duduk dalam hutan mesti dia tahu cara percakapan orang zaman sekarang , lagipun dia ada rumah , ada Televisyen , tak mungkin dia tak tahu perkembangan manusia zaman sekarang"ucap Bell

"Ye lah , betul juga apa yang kau cakap tu " kata Iqa sambil menangguk kepala .

"Aku nak cari tahu pasal dia  " kata Bell lalu berdiri

Bell pergi kearah bilik Cik Nin yang pintu berwarna hitam .

"Wehh kau nak buat apa ni " tanya Iqa panik

"Kalau kau nak ikut , teruskan tapi kalau tak nak , pergi tidur " ucap Bell dengan nada perlahan .

Semuanya akan terbongkar . So wait for next chapter , keep reading and vote this story . Bye(sorry for typo)  .

TRAUMA!Where stories live. Discover now